April 25, 2024

Resepi Nasi Lemak Udang Butter Milk Yang Mudah dan Sedap Dimakan

Nasi Lemak Udang Butter Milk
Tak reti nak masak nasi lemak yang sedap dan menyelerakan?

Jangan risau, hari ini Bro akan berkongsi resepi & rahsia nasi lemak yang selalu Bro & Puan Isteri masak selama ini.

Lagipun, tak susah pun nak masak nasi lemak nie.

Masak nasi memang kena ikut sukatan. Cuma part sambal dia, korang kena pandai oter sampai rasa sedap dekat tekak korang / orang yang akan menjamah hidangan anda.

Jika dah pass, rasanya tiada masalah untuk masak ikut resepi Nasi Lemak Udang Butter Milk yang Bro kongsikan.

Bahan-Bahan Untuk Memasak Nasi Lemak Udang Butter Milk

Bahan Nasi Lemak Udang Butter Milk

Nasi Lemak

  • Beras 2 cawan
  • 1 cawan Anchor Culinary Cream & 2 cawan air biasa
  • Hirisan bawang & halia
  • Garam secukup rasa

Bahan Nasi Lemak Udang Butter Milk

Sambal Nasi Lemak

  • 1 gengam cili kering
  • 1 bawang besar & 2 ulas bawang putih
  • ikan bilis

Bahan Nasi Lemak Udang Butter Milk

Udang Butter Milk

  • Udang 300gm
  • Tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Anchor Butter (50gm)
  • Daun kari
  • Bawang besar & bawang putih (dicincang)
  • Cili padi
  • Anchor Culinary Cream (300-400 ml)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Nasi Lemak Udang Butter Milk

1 – Nasi Lemak : Masak 2 cawan beras bersama 2 cawan air biasa & 1 cawan Anchor Culinary Cream.

2 – Masukan hirisan bawang & 1 ulas halia (lebih kuang seinci) yang dihiris bersama sedikit garam.

(Boleh masukan daun pandan untuk menaikkan aroma nasi lemak)

3 – Sambal Nasi Lemak : Cili kering direbus, ditos dan dikisar bersama bawang besar, bawang putih.

4 – Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik aromanya. Ikan bilis yang digoreng kemudian ditumbuk halus lalu dimasukan dalam masakan. Masukan sedikit air asam jawa (boleh ganti dengan asam keping), garam & gula secukup rasa.

5 – Gaul sehingga sambal itu tadi menjadi kering.

Udang Butter Milk

6 – Udang Butter Milk : Udang yang telah dibersihkan digaul bersama telur dan tepung jagung.

7 – Goreng udang tadi sehingga masak keperangan.

8 – Cairkan butter dalam kuali, pastikan api kecil digunakan untuk mengelakkan butter tadi hangit.

9 – Kemudian, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari sehingga bawang keperangan.

10 – Masukkan Anchor Culinary Cream dan kacau sebati. Masukkan juga sedikit garam dan gula secukup rasa.

11 – Akhir sekali masukkan udang yang digoreng ke dalam kuih buttermilk dan gaul sebati sebelum ia sedia dihidangkan.

Udang Butter Milk

Rupa Udang Butter Milk yang telah siap dimasak. Nampak menyelerakan tak?

Jika mulut anda lebih kepada melayu, anda boleh masukan lebih cili padi atau daun kari untuk rasa yang lebih mengancam.

Nasi Lemak Udang Butter Milk

Mudah bukan?

Boleh tambahkan sayur (timun), telur rebus etc untuk menaikkan seri hidangan anda.

Maka siap sudah Nasi lemak Udang Butter Milk yang dimasak bersama dengan produk dari Fonterra Brands Malaysia.

Contest Like, Komen & Share Untuk Menang Dari Fonterra Brands Malaysia


Bila sebut pasal produk Fonterra Brands Malaysia, tertiba teringin nak pergi ke New Zealand, di mana terdapat kehijauan yang merata dan saya boleh menikmati susu yang segar dan berkrim untuk pertubuhan yang baik.

Untuk pengetahuan anda, Fonterra Brands Malaysia yang mempunyai pelbagai produk tenusu yang berkhasiat.

Sebab itu resepi nasi lemak yang Bro masak mengunakan Anchor Culinary Cream untuk mendapatkan nasi lemak yang lebih beraroma serta membantu pertubuhan tulang yang sihat.

Lagi satu, korang nak menang hadiah-hadiah hebat tak?

Cepat-cepat terjah facebook page Fonterra Brands Malaysia dan rebut peluang untuk memenangi Fujifilm Instax mini 8, Tefal Cookware dan FBM Products!! Cara-cara mudah saja :

  1. Like Fonterra Brands Malaysia page
  2. Like resepi Resepi Nasi Lemak Udang Butter Milk di dalam album di Fonterra Brands Malaysia page
  3. Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi pilihan korang dan tag 3 rakan
  4. Share untuk tingkatkan peluang korang untuk menang!
  5. Tarikh tutup 11 Jun 2018 pada pukul 11.55 malam.

Mudah bukan? Jom sertainya sekarang…!!!

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Resepi Nasi Lemak Udang Butter Milk Yang Mudah dan Sedap Dimakan

  1. Udang butter milkkkkk, uuuuuuu sedapnya. Emi kurang gemar nasi lemak. Tapi apa2 yg masak butter memang emi suka. Berhantu sangatlah kata orang, hehe. nanti nak try la resepi ni.

  2. udang buttermilk mmg fav anakdara..tp puasa kalini tk buat lg menu ni tp menu nasilemak dh merasa lastweek…jrg org hidangkan menu nasi lemak ngan udang buttermilk kn..biasa sambal udang

  3. Udang Buttermilk memang fav SA dan anak dara..tapi tak pernah lagi makan dengan Nasi lemak..menarik ni…nak buat la style Bro ni…tengok entry ni automatically perut berbunyi…deng!!

  4. Udang butter milk ni sedap ni. Bole tukar udang kepada ayam butter milk pun sedap. Tekak melayu nak yang pedas sikit. Tapinya tak la terlampau pedas. Kena manis, pedas semua complete. Terer bro masak eh?

  5. bro, pasni buatlah bisnes sikmak plak. ada member siap dah beli foodtruck kot jual sikmak je. sekali masak je, yg penting sambal kena aummmmm

    1. Memang ada plan nak buat business nasi lemak… Tunggu je la… Dalam kepala nie, ada banyak sangat business nak buat, cuma perlu pilih mana yang bersesuaian je dulu.

      Yup, sambal memang aummmm punya

  6. Wahh. Kagumlah dengan Bro. Saya pun tak pernah lagi masak udang butter apatah lagi guna barang-barang sebagai pengganti susu. Boleh cuba ni, selain resepi Maha tadi. Nice!!

  7. nasi lemak ni memang favorite saya sekeluarga dan selalu buat sambal udang atau sambal sotong jer tapi lenkali boleh la buat udang butter milk makan dgn nasi lemak ni..mesti rasa lemak berkrim kan

  8. Wahh beruntungnya puan isteri dapat suami yang pandai masak bermacam macam masakan. Sis pun tak pandai masak macam ni. Bilalah sis leh merasa bro masak kan?
    Apa2 pun nak try lah resepi yang bro bagi kat atas tu..thanks tau sudi kongsi resepi

  9. Akhirnya kita dapat juga tengok bro buat resipi macam ni, nampak sangat sedap dan menyelerakan pulak udang tu dah la lama tak makan nasi lemak puasa ni susah nak cari hehehehehe…

  10. Mudahnya buat. Nampak menarik. Lain daripada yang lain..Bahan-bahan yang digunakan pun unik. Mesti rasanya istimewa sikit kan..hehee. Boleh dicuba dengan produk Fonterra ni

  11. Assalamualaikum wbth

    Salam kenal dari saya..
    nice post tentang resepi nasi lemak udang butter tu..
    boleh saya salin menu tersebut…mintak izin dulu ni…

Leave a Reply to Mahamahu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *