You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > PRU 14 – Tsunami Rakyat Dari Kaca Mata Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

PRU 14 – Tsunami Rakyat Dari Kaca Mata Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7
Sudah sebulan PRU14 berlalu, terpahat dalam sejarah Negara dimana kerajaan yang sedia ada selama 60 tahun tersungkur dek tsunami rakyat yang cintakan negaranya.

Satu per satu rahsia yang selama ini disembunyikan terdedah membuka mata rakyat Malaysia bahkan media asing yang selama ini tidak putus-putus menyiarkan berita mengenai isu penyelewengan terbesar dalam sejarah.

Jika PRU sebelum ini,

Kita nampak kaum cina menafikan hak MCA dalam Barisan Nasional, kali ini rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bersatu menafikan calon-calon Barisan Nasional untuk menerajui kepemimpinan Negara.

Yang dinafikan bukannya calang-calang calonnya.

Sebelum ini, mereka adalah Menteri & Timb Menteri yang mendapat tempat di hati rakyat / pengundi. Kini, kalah di Parlimen masing-masing.

Manakah silapnya?

Adakah ia berkait rapat dengan Teori RAHMAN yang menjadi titik notah kepada berakhirnya perjuangan UMNO?

Buku Sumpahan Teori RAHMAN ~ Musibah Dari Tragedi PRU 14

Mesti anda pernah mendengar mengenai Teori RAHMAN yang dikatakan seperti ramalan siapa bakal menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Mengikut teori ini, terdapat 6 Perdana Menteri mengikut huruf hadapan RAHMAN.

R – Rahman (Tun Abdul Rahman)
A – Abdul Razak (Tun Abdul Razak)
H – Hussein Onn (Tun Hussein Onn)
M – Mahathir (Tun Mahathir)
A – Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)
N – Najib (Datuk Seri Najib)

Teori ini berakhir dengan huruf N, yakni Najib. Maka ramai yang tertanya-tanya siapakah bakal Perdana Menteri selepas DS Najib.

Kini, segalanya telah terjawab.

BACA : Tun Mahathir Kembali Menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Sumpahan Teori RAHMANDalam Buku Sumpahan Teori RAHMAN tulisan Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin menceritakan mengenai tragedi PRU 14 dimana Tsunami Rakyat berjaya mengubah kerajaan dan membina Malaysia Baru.

Penulisan beliau bermula dengan sejarah politik di Malaysia dan penubuhan parti-parti yang sedia ada hingga kini kepada punca kejatuhan Barisan Nasional & juga DS Najib.

Kekalahan Barisan Nasional & juga DS Najib telah punyai pertanda awal bila satu per satu orang kuat didalam parti ditendang keluar bila bersuara.

Dalam masa yang sama, ramai pula yang membisu bila pucuk pimpinan tidak melakukan apa-apa usaha untuk meredakan kemarahan rakyat dan mengambil hati mereka untuk terus bersama dengan Barisan Nasional.

Bahkan satu persatu bebanan diberikan kepada rakyat menjadi rakyat mula hilang keyakinan kepada pemimpin sedia ada.

Turut diselitkan juga beberapa rahsia kejayaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Mahathir dalam memastikan kemenangan dalam PRU14 tanpa kehadiran PAS dalam pakatan.

Bagi Bro, buku ini sesuai dibaca atau dijadikan rujukan / iktibar bagi mana-mana wakil rakyat yang ingin perbaiki atau mengubati barah dalam parti mereka.

Dalam masa yang sama memantapkan niat dan tujuan asal kepada mereka perlu menjadi wakil rakyat dan bukannya boneka kepada pihak tertentu.

  • Judul : Sumpahan Teori RAHMAN
  • Penulis : Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
  • Terbitan : Casamas Resources Sdn Bhd
  • Harga : RM29 (Sem) / RM31 (Sbh/Srwk)

Berkenaan dengan Teori RAHMAN, ia memudahkan generasi kita kenal & hafal susunan Perdana Menteri yang pernah meneraju kepimpinan Negara.

Jangan tersalah susun, sudah la hahahaha.

Buku Tun Mahathir ~ Menongkah Arus Menerjah Limitasi

Tak sangka Tun Mahathir akan kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika berusia 93 tahun. Perkara ini bukan sahaja mengejutkan kita bahkan juga negara luar.

Walaupun ada ketikanya beliau digelar si tua nyanyuk, beliau masih membuktikan kemampuan beliau untuk memimpin Pakatan Harapan untuk menang besar terhadap Barisan Nasional pada PRU14.

Sebarang serangan atau tomohan kepada beliau oleh UMNO & Barisan Nasional membuktikan beliau masih berbisa dan mampu menjadi kepala kepada pakatan yang terbentuk ini.

Tun Mahathir Menongkah Arus Menerjah LimitasiDalam Buku Tun Mahathir ~ Menongkah Arus Menerjah Limitasi yang juga tulisan Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin menceritakan mengenai latar belakang bekas Perdana Menteri kita yang ke-4 merangkap Perdana Menteri yang ke-7.

Dari falsafah pemikiran politik kepada keinginan beliau untuk melakukan perubahan dalam menyelamatkan Negara dari kerajaan dibawah pucuk pimpinan DS Najib.

Bagi mereka yang lahir lewat 90an mungkin tidak mengenali peribadi dan kemampuan Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri terdahulu sedangkan PRU14 ini menjadi permulaan kepada tanggungjawab sebagai pengundi.

Kita sedia maklum Tun Mahathir bukan sahaja lantang bersuara terhadap pemerintahan DS Najib. Beliau juga lantang bersuara dan berani mengkritik kepimpinan terdahulu sehingga beliau beberapa kali ditendang keluar dari UMNO.

Sekalipun ia tidak mematahkan semangat walaupun menerima ugutan dan kecaman dari pelbagai pihak.

Kelantangan Tun M bukan sahaja kepada pucuk kepimpinan negara, bahkan juga pemimpin antarabangsa membuatkan banyak pihak tidak berani bersuara menentang beliau.

Cara pemikiran beliau membawa Malaysia ke satu fasa yang baru menerjah limitasi yang tidak dapat diterima oleh masyarakat ketika itu. Tapi kini, ianya menjadi kebanggaan negara & membuka mata dunia dengan kewujudan Malaysia dalam peta dunia.

Satu per satu cerita dan perancangan Tun M dalam menundukkan pengaruh luar diceritakan dalam buku ini.

Dari peristiwa ‘Dawn Raid’ yang melemahkan penguasaan ekonomi British kepada kerjasama PETRONAS dengan Sudan yang menarik minat negara-negara Afrika untuk bekerjasama dengan Malaysia dan menolok penguasaan Amerika disana.

Walaupun tidak ini mampu mencetutkan gencatan senjata, kebijaksaan Tun M membuatkan Amerika terpaksa akur dan mengundur diri.

Banyak lagi kisah-kisah yang menarik dikongsikan dalam buku ini.

  • Judul : Tun Mahathir ~ Menongkah Arus Menerjah Limitasi
  • Penulis : Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
  • Terbitan : Casamas Resources Sdn Bhd
  • Harga : RM35 (Sem) / RM37 (Sbh/Srwk)
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top