Lenovo X1 Series
Ada mana-mana ahli peniagaan ataupun berkerjaya profesional yang sedang mencari komputer riba yang sesuai dengan kerjaya mereka?

Komputer riba berkuasa & berteknologi terkini serta dan elegant bagus bagi mengambarkan professionalism mereka terhadap klient.

Lenovo baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa siri terkini bagi ThinkPad, yakni :-

  • Lenovo ThinkPad X1 Carbon
  • Lenovo ThinkPad X1 Yoga
  • Lenovo ThinkPad T480s

Kesemua model ini kini sudah berada di pasaran Malaysia.

Preview Lenovo X1 SeriesSiri Lenovo ThinkPad merupakan padanan paling sempurna bagi generasi baru terutamanya pekerja dalam arena digital yang setiasa bekerja on-the-go (bekerja secara bebas di mana-mana sahaja).

Sama ada anda berkerja di ruang kerja pejabat ataupun keluar berjumpa klient, pastinya anda memerlukan peranti dengan teknologi terkini, berkemampuan tinggi, ringan dan punyai jangka hayat bateri yang lama.

Untuk pengetahuan anda, ThinkPad synonim dengan warna hitam (turut hadir dengan warna silver bagi tempahan atas talian) telah diuji pada tahap extreme terhadap 12 keperluan gred tentera untuk memastikan
tahap keselamatan dan kecekapan.

Sebagai tindak balas terhadap ancaman virus, malware dan penggodam di dunia, siri terbaru ThinkPad dipertingkatkan dengan ciri keselamatan dan pengesahan seperti privasi kamera ThinkShutter, teknologi cap jari anti-spoofing dan pengecaman muka.

ThinkPad X1 meletakkan penanda aras baru bagi komputer riba untuk anda yang inginkan paparan terbaik, privasi dan sambungan internet yang pantas.

Wow, nampak menarik bukan?

2018 Lenovo ThinkPad X1 Carbon

Lenovo ThinkPad X1 CarbonLenovo ThinkPad X1 Carbon (Gen 6) merupakan laptop 14-inci bagi tujuan komersial yang teringan di dunia. Menjadikan ia mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Mempunyai jangka hayat bateri selama 15 jam.

Sekiranya kehabisan tenaga, ianya mampu dicas sehingga 80% dalam tempoh sejam dengan teknologi RapidCharge yang mampu memanjangkan jangka hayat bateri sehingga 12 jam.

Didatangkan bersama ThinkShutter, yang mampu menutup kamera webcam HP pada hadapan  laptop. Selepas ini, anda tidak perlu menutup kamera webcam anda dengan sticky note atau seangkatan dengannya untuk mencecah hacker merakam anda di hadapan laptop anda.

Ia turut digandingkan bersama cip pengimbas cap jari berteknologi anti-spoofing sekaligus membantu melindungi data syarikat dengan ciri pengesahan yang selamat.

Lenovo ThinkPad X1 Carbon boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM6,832.00.

2018 Lenovo ThinkPad X1 Yoga

Lenova X1 YogaMasih lagi dalam siri ThinkPad X1.

Lenovo ThinkPad X1 Yoga (Gen 3) merupakan model yang lebih versatile serta lebih ringan untuk aktiviti peniagaan anda.

Mampu hadir dalam 4 mode yang flexible (dalam posisi 360 darjah) yakni mode kerja, perbentangan, cipta dan berhubung.

Mempunyai papan kekunci jenis backlit bersaiz penuh, dengan ciri tahan limpahan air dan kekunci akan ditarik ke dalam secara automatik apabila ia tidak digunakan sebagai komputer riba.

Secara tidak langsung ianya tidak terdedah apabila papan kekunci menghadap ke bawah di atas permukaan meja.

X1 Yoga turut didatangkan dengan tempat penyimpan pen stylus yang boleh mengecas ia selama 15 saat untuk penggunaan sehingga 100 minit.

Dengan adanya tempat penyimpan ini, memastikan anda boleh mencapai ThinkPad Pen Pro diwaktu anda memerlukannya.

Lenovo ThinkPad X1 Yoga boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM9,939.00.

2018 Lenovo ThinkPad T480s

Lenovo ThinkPad T480sSementara itu, Siri Lenovo ThinkPad T yang ringan, nipis dan dibina bagi kesesuaian digunakan dimana-mana.

Terdiri dari cip pemproses berkuasa, grafik yang super dan fungsi keselamatan yang dipertingkatan mampu memberi pelindungan maksima kepada pengguna.

Lenovo ThinkPad T480s mampu memenuhi permintaan masa kini yang bersesuaian dengan lokasi kerja untuk mengoptimakan hasil produktiviti bersama jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 15.6 jam.

Dolby Audio™ Premium meningkatkan pengalaman audio dan hiburan kepada pengguna. Pengguna juga dapat menikmati bunyi surround maya dan sambutan bass yang dipertingkatkan untuk bunyi yang berkualiti tinggi dan segar setiap hari.

Dengan adanya Windows Hello, pengimbas cap jari dan kamera infrared (optional) mampu menjimatkan masa pengguna untuk log masuk dengan hanya penggunakan jari atau sekadar senyuman.

Lenovo ThinkPad T480s didapati di pasaran Malaysia pada RM4,660.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Lenovo di Malaysia, anda boleh layari www.lenovo.com/my.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter