Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7
Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 apabila Pakatan Harapan (PH) memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Majlis mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 telah diadakan di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Mahathir, 92, mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981.

Tahniah Bro ucapkan.

BACA : Where Is Najib Razak Now?

Senarai Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia 2018

Berikut di bawah ini adalah senarai nama menteri karbinet yang baru bagi kerajaan Malaysia 2018 selepas Pilihanraya Umum Ke-14(PRU-14).

Senarai nama menteri akan dikemaskini selepas pengumuman secara rasmi dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

  • Perdana Menteri : Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
  • Timb. Perdana Menteri : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
  • Menteri Kewangan : Lim Guan Eng
  • Menteri Dalam Negeri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Menteri Pertahanan : Mohamad Sabu
  • Menteri Pendidikan
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar
  • Menteri Ekonomi
  • Menteri Kerja Raya
  • Menteri Pengangkutan
  • Menteri Multimedia,Sains and Teknologi
  • Menteri Luar.