You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Penubuhan Tabung Harapan Malaysia Bantu Kukuh Kewangan Kerajaan

Penubuhan Tabung Harapan Malaysia Bantu Kukuh Kewangan Kerajaan

Tabung Harapan Malaysia
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan.

Tujuan penubuhan tabung ini adalah bagi memastikan derma rakyat Malaysia (yakni korang) yang patriotik akan sampai kepada Kementerian Kewangan.

Kita sendiri maklum mengenai hutang negara yang diumumkan oleh kerajaan ditubuhkan oleh Pakatan Harapan dan menarik perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini.

Boleh dikatakan ramai antara mereka memberi respon dengan menyatakan kesediaan untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang tersebut di media sosial.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi menangani masalah hutang negara, anda boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun :-

Tabung Harapan Malaysia

Malayan Banking Berhad : 566010626452

Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja dan kutipan dana ini akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.

Bicara Bro : Nampak lebih telus jika sumbangan / derma ini diuruskan secara telus oleh Kementerian Kewangan berbanding dengan seseorang yang menerima derma RM2.6b masuk ke akaun peribadi.

Dalam masa yang sama, nampak ada beberapa kenalan berkongsi pengalaman mereka menderma kepada Tabung Harapan Malaysia untuk membantu kerajaan yang baru ditubuh ini. Tahniah diucapkan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Penubuhan Tabung Harapan Malaysia Bantu Kukuh Kewangan Kerajaan

  1. kedengaran agak lucu apabila kerajaan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia atau derma untuk kerajaan..

    dari segi positifnya inilah cara terbaik untuk menguji nasonalisme rakyat Malaysia….

    Rakyat memberi untuk negara..

    dari segi negatifnya …Tabung ini mengambarkan Malaysia negara yang jatuh miskin sehingga perlukan ihsan rakyat untuk dibangunkan kembali…

    Secara tidak langsung kita telah mempersendakan kerajaan yang terdahulu telah membuat mala petaka kepada negara..

    persoalannya adakah ada ketelusan atau ada agenda lain yang tersembunyi disebalik slogan Selamatkan Negara.

    sekadar pendapat 20 sen

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top