April 25, 2024

Rancang Percutian Keluarga Ke Vietnam Bersama Vietjet Pada Musim Panas Ini

Percutian Keluarga Ke Vietnam Dengan Vietjet Air
Musim panas akan tiba tidak lama lagi, maka tiba masanya untuk anda merancang percutian musim panas seisi keluarga anda.

Ada anak kecil?

Oh, itu bukan masalah jika anda merancang untuk membawa mereka bercuti disekitar Asia Tenggara yang mempunyai lokasi percutian serta aktiviti yang menarik sesuai buat si ‘pengembara kecil’.

Terdapat beberapa negara di mana perjalanan bersama kanak-kanak boleh menjadi perjalanan yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan, dan Vietnam adalah salah satu daripada mereka.

Kenapa Anda Perlu Bercuti di Vietnam?

Vietnam Map - Vacation with Vietjet Air

Bila sebut Vietnam, dalam kepala hanya terlintas Ho Chi Minh dan Hanoi. Kadangkala, ramai yang ke sana hanya melawat bandar ini sahaja.

Untuk pengetahuan korang,

Selain dari bandar-bandar Ho Chi Minh (yang berada di selatan) dan Hanoi (yang berada di utara), terdapat beberapa destinasi lain yang boleh membuat percutian anda sekeluarga menjadi sesuatu yang amat mengasyikkan.

Family Beach Holiday

Sekiranya anda merancang percutian keluarga, anda boleh masukan dalam ‘bucket list’ salah satu pantai peranginan Vietnam, yakni Hoi An atau Danang.

Selain keindahan pantainya, terdapat banyak tempat makan menarik & aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Turut terdapat beberapa resort tepi pantai terbaik di Vietnam terletak di Danang, Begitu juga dengan pantai Cua Dai berdekatan dengan Hoi An yang merupakan tempat bercuti yang popular.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pantai-pantai lain di bahagian tengah dan selatan Vietnam yang patut anda terokai.

Hoi An turut menawarkan beberapa lokasi unik yang boleh anda sekeluarga kunjungi.

Dari bangunan Pagoda Buddha yang berusia berabadlamanya, kuil-kuil dan muzium-muzium yang menarik hingga ke kedai runcit kolonial yang terdapat di sekitar bandar purba ini.

Salah satu cara terbaik untuk anda merapikan kekayaan budaya dan warisan sebagai sebuah keluarga adalah dengan berbasikal melalui jalan-jalan di sekitar Hoi An.

Sa Pa Valley

Bagi keluarga yang sukakan sesuatu yang lebih mencabar,

Terdapat gunung-ganang dan trek hutan yang menakjubkan dari stesen bukit Dalat di selatan, ke lembah Sa Pa di sebelah utara.

Kawasan pegunungan Sa Pa – bersempadan dengan wilayah Yunan di China – menawarkan laluan trekking yang menarik untuk didaki; teres dan air terjun; dan menjadi kediaman kepada beberapa puak etnik minoriti di sini.

Suoi Tien Cultural Theme Park

Percutian di Vietnam boleh diteruskan lagi di bandar metropolitan Ho Chi Minh yang moden dan sibuk.

Salah satu tarikan yang terdapat di sini ialah Taman Hiburan Budaya Suoi Tien di District 1.

Tarikan bertema Buddha ini, dilengkapi dengan patung-patung makhluk mitos yang berwarna-warni serta bangunan dan kuil-kuil Buddha di tengah-tengah gelongsor air, gelanggang rollercoaster, teater 4D dan akuarium!

Vietnamese Noodles

Percutian kurang bermakna sekiranya tidak merasai makanan tempatan, terutamanya ‘food street’ yang menjadi ikon pelancongan Vietnam. Kita sendiri sedia maklum bahawa masakan Vietnam yang sedap dan kurang pedas.

Dari mangkuk hangat Vietnam pho (sup mi) dan banh mi (sandwish Vietnam) kepada Banh Xeo (krep Vietnam), terdapat banyak makanan yang mesra kanak-kanak di Vietnam.

Anda juga digalakkan menyusuri kedai dan gerai yang dikendalikan bergenerasi turun menurun sepanjang kaki lima bandar raya. Selain itu, anda boleh melawat Pasar Ben Thanh juga untuk melengkapkan pengalaman cuti yang tidak dapat dilupakan di Ho Chi Minh.

Jom Bercuti ke Vietnam Bersama Vietjet

Free Up Your Summer With Vietjet

So macam mana? Macam menarik je kalau dapat bercuti di Vietnam.

Cuti sekolah bakal tiba pada bulan Jun dan Ogos, jom rancang percutian keluarga anda lebih mudah dengan Vietjet, syarikat penerbangan Vietnam yang sedang berkembang pesat.

Kini Vietjet menawarkan promosi yang tidak dapat dinafikan pada rangkaian domestik dan antarabangsanya sebagai sebahagian daripada promosi musim panas 2018.

Dari 9 – 11 Mei 2018, dua juta tiket promosi dijual dari serendah USD0 untuk direbut dari pukul 1 petang hingga 3 petang setiap hari.

Promosi ini sah untuk laluan domestik dan antarabangsa Vietjet ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Thailand, Malaysia, Myanmar dan Kemboja dalam tempoh perjalanan 20 Ogos hingga 31 Disember 2018 (tidak termasuk cuti umum).

Anda boleh menempah tiket promosi di www.vietjetair.com, atau di laman facebook www.facebook.com/vietjetvietnam (hanya klik tab “Tempahan”) atau melalui pusat panggilan 24/7 di (+603) 2730 9887.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Rancang Percutian Keluarga Ke Vietnam Bersama Vietjet Pada Musim Panas Ini

  1. VietJet selalu menanti para pelancong tuk terbang bersama ke Vietnam. Vietnam salah satu negara yang wajib dikunjungi untuk pergi liburan bersama keluarga maupun solo traveling.

  2. I wish one day I can travel to Vietnam. Have never try the new flight. If I have the opportunity, I want explore Vietnam food and many unique food in Vietnam. This will be my next year plan.

  3. Airlines baru ye. Wah bole kongsi dengan kawan yang kaki travel. Info untuk ke tempat lain selain hot spot tu menarik sangat. Harap nanti bole plan ke sana.

  4. Teringat plak bercuti ke Vietnam dulu..best betul Bandar Ho Chi Minh..siang sibuk dengan bunyi kenderaan..sejuk pada waktu malam..best part kalau vietnam shopping la kan..bestnya kalau bleh plan lagi ke Vietnamdengan VietJet ni..eh..moh ler simpan duit…

  5. Nampak menarik juga percutian ke Vietnam ni. Tentang makanan tu tak sure boleh ke tekak ni telan?. Kalau Thailand memang tekak boleh telan makanan di sana. Memang tak pernah ke Vietnam tapi dengar cerita kain kat Vietnam murah2. ni. Harus bawa duit lebih untuk berbelanja.

  6. Menarik juga bervuti di Vienam nih. Selalu masuk dalam liat nak bercuti di Thailand saja. Kali nih boleh masukkan Vienam dalam list. Yang saya tahu vietnam nih syurga shopping..hehehe..Boleh bawa anak anak mandi manda di Hoi An atau Danang. Pasir tuh nampak bersih saja. Terima kasih bro share tempat menarik untuk bercuti .

  7. teringin sangat nak jalan-jalan dekat negara ornag ni, tapi masih belum ada rezeki. Kalau dapat pergi dengan keluarga, memang suatu yang emneyeronokkan. Banyak tempat menarik dekat vietnam ni ye..bestla tengok..dapat tengok gamabr pun menarik..hhee

  8. Banyak lagi tempat menarik dekat vietnam untuk di explore. Ana pernah ke bandar HCM je. Suka ke sana sebab makanan halal senang nak jumpa. Kalau ada rezeki ke sana nak try naik vietjet sebab ramai kata best dan selesa naik pesawat ni.

  9. Nak kena g vietnam tapi taknak bwk anak2.. nak g shopping dan apent time dating dgn husband je la. Byk jugak tempat beat kat sana erk.. mmg nak kena pujuk husband ni

  10. Arghhhhhhhh rindu Vietnam! Onie pergi Ho Chi Minh je haritu. Sorga shopping buat kaum hawa…. Sumpah best gila kalau nak shopping kat sini.. Barang lelaki pun ada juga macam beg deuter, jersi2.. Cuma pertuturan di sana agak sukar untuk kedua belah pihak fahami. Kena guna bahasa anjing dan kucing ataupun siap sedia tulis alamat bila nak kemana-mana.. Apapun, kopi vietnam memang terbaik! Next, nak ke Hanoi lak lah,heeee

  11. Vietjet ni baru ke? Sbb baru dgr.. Ke dh lama.. Huhuhu… Wah lps ni bolehlah ea naik vietjet selain airlines lain… Kebanyakkan kalau peniaga akan pergi ke ho chin minh sbb kat situla pusat beli belah brg2 murah… Mcm2 ada disana dan makanan pon sedap2.. Teringin nk ke sana sbb setiap kali tgk bos ke sna mesti akan update kemeriahan bndr disana… Makanan2 vietnam pon boleh tahan murah … Bolehlah nnti klo nk travel guna perkhidmatan vietjet pula..

  12. Vietnam memang destinasi Wajib utk orang Malaysia. Sebab suka shopping. Hahaha. Makanan halal pun banyak. Kopi sedap dan murah. Kalau ke sana tidak akan sesat. Mereka di sana pun fasih dan faham bahasa melayu. Haha. Cuma selalunya naik AirAsia. Nanti bleh cuba Vietjet. Kalau murah dengan harga tiket serta tax. Kami On je. Hehe

  13. Wow.. Lawanya awek2 Vietnam. Eh. Hehehe
    Walaupun Vietjet bukan pilihan Bella tapi bila nak ke sesetengah tempat tu haruslah pilih airline yang paling berbaloi dan Vietjet harganya kadang2 lebih baik dari airline2 yang biasa Bella fly with before. Haaa memang ada plan nak ke Vietnam tak lama lagi so, boleh lah Bella fly dengan Vietjet ni insyaAllah.

  14. Pernah dengar VietJet ni tapi tak pernah naik aircraft ni lagi. Ho Chi Minh City dah penah pergi. Teringin nak ke Hani dan juga tempat lain yang menarik kat Vietnam. Popia dan Kopi Vietnam adalah makanan favorite lepas pergi sana.

Leave a Reply to Suria Amanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *