Percutian Keluarga Ke Vietnam Dengan Vietjet Air
Musim panas akan tiba tidak lama lagi, maka tiba masanya untuk anda merancang percutian musim panas seisi keluarga anda.

Ada anak kecil?

Oh, itu bukan masalah jika anda merancang untuk membawa mereka bercuti disekitar Asia Tenggara yang mempunyai lokasi percutian serta aktiviti yang menarik sesuai buat si ‘pengembara kecil’.

Terdapat beberapa negara di mana perjalanan bersama kanak-kanak boleh menjadi perjalanan yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan, dan Vietnam adalah salah satu daripada mereka.

Kenapa Anda Perlu Bercuti di Vietnam?

Vietnam Map - Vacation with Vietjet Air

Bila sebut Vietnam, dalam kepala hanya terlintas Ho Chi Minh dan Hanoi. Kadangkala, ramai yang ke sana hanya melawat bandar ini sahaja.

Untuk pengetahuan korang,

Selain dari bandar-bandar Ho Chi Minh (yang berada di selatan) dan Hanoi (yang berada di utara), terdapat beberapa destinasi lain yang boleh membuat percutian anda sekeluarga menjadi sesuatu yang amat mengasyikkan.

Family Beach Holiday

Sekiranya anda merancang percutian keluarga, anda boleh masukan dalam ‘bucket list’ salah satu pantai peranginan Vietnam, yakni Hoi An atau Danang.

Selain keindahan pantainya, terdapat banyak tempat makan menarik & aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Turut terdapat beberapa resort tepi pantai terbaik di Vietnam terletak di Danang, Begitu juga dengan pantai Cua Dai berdekatan dengan Hoi An yang merupakan tempat bercuti yang popular.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pantai-pantai lain di bahagian tengah dan selatan Vietnam yang patut anda terokai.

Hoi An turut menawarkan beberapa lokasi unik yang boleh anda sekeluarga kunjungi.

Dari bangunan Pagoda Buddha yang berusia berabadlamanya, kuil-kuil dan muzium-muzium yang menarik hingga ke kedai runcit kolonial yang terdapat di sekitar bandar purba ini.

Salah satu cara terbaik untuk anda merapikan kekayaan budaya dan warisan sebagai sebuah keluarga adalah dengan berbasikal melalui jalan-jalan di sekitar Hoi An.

Sa Pa Valley

Bagi keluarga yang sukakan sesuatu yang lebih mencabar,

Terdapat gunung-ganang dan trek hutan yang menakjubkan dari stesen bukit Dalat di selatan, ke lembah Sa Pa di sebelah utara.

Kawasan pegunungan Sa Pa – bersempadan dengan wilayah Yunan di China – menawarkan laluan trekking yang menarik untuk didaki; teres dan air terjun; dan menjadi kediaman kepada beberapa puak etnik minoriti di sini.

Suoi Tien Cultural Theme Park

Percutian di Vietnam boleh diteruskan lagi di bandar metropolitan Ho Chi Minh yang moden dan sibuk.

Salah satu tarikan yang terdapat di sini ialah Taman Hiburan Budaya Suoi Tien di District 1.

Tarikan bertema Buddha ini, dilengkapi dengan patung-patung makhluk mitos yang berwarna-warni serta bangunan dan kuil-kuil Buddha di tengah-tengah gelongsor air, gelanggang rollercoaster, teater 4D dan akuarium!

Vietnamese Noodles

Percutian kurang bermakna sekiranya tidak merasai makanan tempatan, terutamanya ‘food street’ yang menjadi ikon pelancongan Vietnam. Kita sendiri sedia maklum bahawa masakan Vietnam yang sedap dan kurang pedas.

Dari mangkuk hangat Vietnam pho (sup mi) dan banh mi (sandwish Vietnam) kepada Banh Xeo (krep Vietnam), terdapat banyak makanan yang mesra kanak-kanak di Vietnam.

Anda juga digalakkan menyusuri kedai dan gerai yang dikendalikan bergenerasi turun menurun sepanjang kaki lima bandar raya. Selain itu, anda boleh melawat Pasar Ben Thanh juga untuk melengkapkan pengalaman cuti yang tidak dapat dilupakan di Ho Chi Minh.

Jom Bercuti ke Vietnam Bersama Vietjet

Free Up Your Summer With Vietjet

So macam mana? Macam menarik je kalau dapat bercuti di Vietnam.

Cuti sekolah bakal tiba pada bulan Jun dan Ogos, jom rancang percutian keluarga anda lebih mudah dengan Vietjet, syarikat penerbangan Vietnam yang sedang berkembang pesat.

Kini Vietjet menawarkan promosi yang tidak dapat dinafikan pada rangkaian domestik dan antarabangsanya sebagai sebahagian daripada promosi musim panas 2018.

Dari 9 – 11 Mei 2018, dua juta tiket promosi dijual dari serendah USD0 untuk direbut dari pukul 1 petang hingga 3 petang setiap hari.

Promosi ini sah untuk laluan domestik dan antarabangsa Vietjet ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Thailand, Malaysia, Myanmar dan Kemboja dalam tempoh perjalanan 20 Ogos hingga 31 Disember 2018 (tidak termasuk cuti umum).

Anda boleh menempah tiket promosi di www.vietjetair.com, atau di laman facebook www.facebook.com/vietjetvietnam (hanya klik tab “Tempahan”) atau melalui pusat panggilan 24/7 di (+603) 2730 9887.