You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Aspiro Sdn Bhd Sasar 1,500 Peluang Pekerjaan Penghujung 2019

Aspiro Sdn Bhd Sasar 1,500 Peluang Pekerjaan Penghujung 2019

Aspiro Sdn Bhd
Aspiro Sdn Bhd mensasarkan 1,500 peluang pekerjaan sebelum penghujung tahun 2019 dengan melancarkan Pusat Perkhidmatan Perniagaan Globalnya di Malaysia.

Syarikat berstatus MSC ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan berpusat di Malaysia.

Ia merupakan sebuah penyedia perkhidmatan perniagaan global yang dinamik serta berdedikasi di dalam memberi sokongan kepada para pelanggannya dengan membina keupayaan strategik serta memberikan kecemerlangan perkhidmatan melalui persekitaran digital.

Aspiro menyediakan perkhidmatan terbaik di dalam bidang Sumber Manusia, Teknologi Maklumat serta Kewangan dan Perakaunan pada lebih 80,000 pengguna merentasi perniagaan di Indonesia dan China.

Melalui pelancaran pusat perkhidmatan perniagaan inovatif ini menjadikan ia penandakan bab baru bagi Aspiro dalam menyediakan bukan sahaja kemahiran dan kecekapan penting kepada pekerjanya, bahkan juga pendedahan yang luas terhadap amalan dan pengalaman terbaik bertaraf antarabangsa.

Menurut Lee Teck Seng, CEO of Aspiro, kepelbagaian dan inklusi merupakan salah satu pemacu utama ke arah inovasi dalaman dan pertumbuhan perniagaan bagi mana-mana syarikat. Oleh itu, pemilihan Malaysia sebagai lokasi pilihan bagi ibu pejabat adalah keputusan terbaik.

Aspiro Pertingkatkan Jumlah Pekerja Tempatan di Malaysia

Menjadi platform yang menyokong para pelanggannya dengan membina keupayaan strategik dan memberikan kecemerlangan perkhidmatan melalui persekitaran digital dengan memanfaatkan amalan terbaik industri dan penyelesaian digital, Aspiro bersedia untuk meningkatkan jumlah pekerja tempatan di Malaysia.

Mensasarkan 1,500 pekerjaan pada akhir 2019 bagi memperkasakan tenaga kerja dalam pelbagai teknologi dan keupayaan di Malaysia dengan pertumbuhan kerjaya yang berkesan.

Aspiro membuka peluang pekerjaan kepada graduan-graduan baru dan membantu graduan-graduan dengan membolehkan mereka mencatat perjalanan kerjaya yang memuaskan dengan organisasi berkenaan.

Para pekerja diberi latihan yang menawarkan mereka peluang untuk dipindahkan ke unit perniagaan dan memainkan peranan korporat di dalam ruang klien terpilih.

Ini akan membolehkan para graduan mendapat pengalaman dari pelbagai latar belakang budaya.

Pengetahuan yang diterapkan serta dipraktikkan kemudiannya akan diterapkan pula di dalam kehidupan professional yang berpotensi menjadikan para graduan lebih berdaya saing dan dapat menyesuaikan diri dengan baik.

Secara tidak langsung, Aspiro menjadi platform bagi melahirkan para pekerja yang terbaik serta memberikan mereka inspirasi untuk berkembang dan mengembangkan diri untuk mencapai impian masing-masing secara individu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aspiro Sdn Bhd, anda boleh layari https://www.aspiro.co/

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top