April 16, 2024

Pengalaman Anak Menanam & Menuai Sayur di Tropicana City Mall

GROW Campaign at Tropicana City Mall
Sebelum ini, Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall (The Mines) telah melancarkan kempen GROW di Tropicana City Mall sempena Earth Day.

Sasaran kempen ini adalah memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim dengan menarik penglibatan mereka dalam memahami manfaat sebenar alam sekitar melalui pendedahan kemahiran berkebun di kalangan kanak-kanak yang cintakan alam.

Kempen GROW ini merangkumi beberapa siri penanaman organik dalam rumah hijau oleh kanak-kanak, makanan sihat dan memelihara alam sekitar sepanjang tahun di mana pembeli muda dan pelajar dari sekolah akan dijemput ke sini untuk menanam dan menuai sayuran melalui Kaedah Hidroponik.

Aktiviti ini juga membiasakan kita dengan budaya memberi kembali kepada masyarakat terutamnya di kalangan generasi masa depan dimana hasil dari penjualan sayuran tadi akan disumbangkan kepada badan amal.

Nampak menarik bukan aktiviti seperti ini?

Maka, Bro tidak melepaskan peluang membawa anak-anak merasai pengalaman berharga / bermakna seperti ini dalam hidup mereka.

GROW Campaign at Tropicana City MallSempena siri pertama kempen GROW di Tropicana City Mall,

Pengunjung yang membawa anak-anak dijemput untuk menuai sayuran dan menanam kembali sayuran baru di rumah hijau yang disediakan di sini.

Tiba-tiba teringat lagu kanak-kanak, Omar & Hana :-

Tanam benih (Tanam benih)
Siram air (Siram air)
Letak baja (Letak baja)
Dah selesai (Dah selesai)
Siapa yang menanam pasti ada hasilnya

Petik petik (Petik petik)
Kutip kutip (Kutip kutip)
Masuk bakul (Masuk bakul)
Boleh makan (Boleh makan)
Siapa yang menanam pasti ada hasilnya

Selalunya dorang berdua asik menyanyi je lagu ini.

Kali ini, bagi mereka rasa macam mana pengalaman menanam & menuai. Balik dari acara ini, mereka seronok bercerita tentang pengalaman dorang sepanjang hari di sana.

Seronok pula kita mendengar mereka bercerita.

GROW Campaign at Tropicana City Mall

GROW Campaign at Tropicana City Mall

GROW Campaign at Tropicana City Mall

Tutorial dan demonstrasi dijalankan oleh landscaper profesional; Professor Kajendiran Latchmanan.

Untuk pengetahuan anda, Sewaktu Earth Hour (24 Mac 2018) di The Mines shopping mall, menyaksikan 50 pelajar berumur 5 hingga 12 tahun dari Global Modern International School dan Wendy Montessori menanam benih sayuran dalam rumah hijau menggunakan sistem hidroponik.

Sesi kedua kempen GROW di The Mines pada 20 April juga menjemput kanak-kanak ini datang kembali untuk menuai sayuran yang mereka tanam tempoh hari.

GROW Campaign at Tropicana City Mall

Dengan bantuan dari peruncit tempatan, Oliver Gourmet membungkus sayuran tadi dan dijual di Oliver Gourmet. Hasil yang diperolehi dari jualan itu tadi akan didermakan kepada badan amal.

Bermula hari ini hingga 31 Disember 2018, ahli CapitaStar akan menerima ganjaran 500 STAR$ dengan setiap pembelian minima RM30 merangkumi produk dari Oliver Garment di Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall (The Mines).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Tropicana City Mall dan Facebook The Mines Shopping Mall.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Pengalaman Anak Menanam & Menuai Sayur di Tropicana City Mall

  1. This is a good activities especially for children learn how to grow and take care of the plant. It actually a good explore to the public to participation in green activities

  2. Aktiviti yang sangat bagus untuk mengajar anak2 tentang cara menanam dan menuai. Dania dulu pun pernah ada aktiviti tanam pokok dengan Kak Yunalis Zarai. Dapat pula bersosial dengan rakan yang sebaya.

  3. Alahai… Comey nya!
    Menariknya ada program macam ni. Bagus bagi pendedahan tuk anak² tentang ‘green’.
    Ni pun memupuk semangat anak makan sayur. Sebab dia ada pengalaman menanam sayur. Kannnn..??

  4. Seronoknya tengok anak- anak join program ni…tanam dan tuai kan..bayam dia pun subur dan gemuk2 ha..geram plak SA..sib baik xde kat situ…kalau ada sure dah beli dah bayam tu

  5. Seronok, boleh bawak anak buah ni..
    Bagi exposure sikit pasal bercucuk tanam ni.. Ye lah, now budah semua duduk dekat high-rise building, mana ada nak bercucuk tanam dah…
    Ingat lagi dulu masa hidroponik ni tengah top, ada berapa bekas kat rumah…

  6. Pengalaman yang menyeronokkan untuk anak-anak.

    Teringin nak tanam sayur secara hidroponik tetapi belum ada masa nak buat satu dirumah.

    Jimat duit belanja beli sayur petik dirumah sahaja.

  7. Kat bandar tanam sayut konsep hydroponic sangat bagus dan menyihatkan selain menambah kehijauan bumi kita. Dulu suka juga cucuk tanam ni hehehehe…

  8. Wah.. lepa sni dah tak perlu ke pasar la ye.. hihihi.. dah pandai tanam sayur sendiri.. hehehe.. suka TB tengok gambar anak2 tu pegang sayur tu.. comel dan berusngguh je rupa

  9. Kanak-kanak zaman sekarang mana ada pendedahan sangat tentang bercucuk tanam ni kan. Yang depa tau main henpon, main laptop je. Sekali sekala buat program macam ni bagus jugak. At least depa dapat mengenali lebih dekat dgn alam semulajadi

  10. Nih sayurannya pastilah dijamin sehat dan padat gizi. Patut di contoh bagi yang lainnya. Apresiasi buat Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall (The Mines) telah melancarkan kempen GROW di Tropicana City Mall sempena Earth Day.

  11. This is one good activities for all the people from different ages on how we can grow and harvest vegetables. I like this idea as nowadays at least children could learn from hands on instead of playing harvest game from hp

  12. Oh dekat the mines ke benda ni. Dulu2 kerap gak pergi the mines. Tapi nowadays dah lama tak ke sana. Sejak pindah duk area wangsa maju ni ha.

  13. Untung event sebegini. Pendedahan kepada anak kecil. Teringin tau nak tanam pokok sendiri. Dapat makan sayur organik. Tapi tangan kami panas. Pokok mati ja

Leave a Reply to Airah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *