You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Nasi Lemak Cajun Buat Peminat Makanan Laut di Just Seafood, Sunway Giza

Nasi Lemak Cajun Buat Peminat Makanan Laut di Just Seafood, Sunway Giza

Nasi Lemak Cajun Just Seafood, Sunway Giza
Ada tak peminat makanan laut (Sea Food) dekat sini?

Jika ada, pernah tak korang rasa / makan nasi lemak yang dihidangkan bersama makanan laut yang enak dimasak segar?

Sekiranya tidak pernah, apa kata anda mencuba Nasi Lemak Cajun yang boleh anda dapati di Just Seafood, Sunway Giza. Sebelum ini Just Seafood pernah menghidangkan Nasi Lemak Cajun, tetapi hanya bagi tempoh masa terhad, kini ia kembali lagi.

Maka anda jangan lepaskan peluang ini.

Harga Nasi Lemak Cajun @ Just Seafood

Harga Nasi Lemak Cajun, Just Seafood Sunway Giza

Di sini Bro kongsikan harga Nasi Lemak Cajun yang dijual di Just Seafood :-

  • RM119 (2 Pax)
  • RM219 (4 Pax)
  • RM429 (8 Pax)

Setiap hidangan Nasi Lemak Cajun disertakan dengan ketam, udang besar, kepah, kerang, kupang & sotong. Tidak lupa juga Nasi lemak bersama ikan bilis, kacang, lobak dan kentang.

Bukan itu sahaja.

Korang boleh juga Add-On :

  • Petai – RM8
  • Broccoli – RM10
  • Sotong Kembang – RM10 (150g)
  • Siput Sedup – RM10 (300g)
  • Kerang – RM10 (300g)

Nasi Lemak Cajun Just Seafood, Sunway Giza

Tak reti makan ketam?

Jangan risau, anda boleh minta staf mereka untuk pecahkan kulit ketam yang ingin anda makan. Lagipun mereka bukan menggunakan ketam biasa (risau rongak pula gigi korang untuk pecahkan kulut ketam sendiri).

Nasi tak cukup sepingan? Boleh request nasi lagi. Jangan risau, nikmati ia sepuasnya.

Just Seafood, Sunway Giza

Sebenarnya, makanan laut yang dihidang disini terdapat dalam pelbagai jenis. Korang boleh cuba Golden Salted Egg Sauce Seafood.

Hidangan makanan laut bersama dengan telur masin ini, sesuai sangat bagi mereka yang tidak mengemari / tahan makanan pedas. (Selamat Bro lidah Malaysia)

Kalau korang order hidangan ini, jangan lupa memesan Deep Fried Man Tou, iaitu roti yang digoreng rangup kemudian dicicah dengan sos Golden Salted Egg. Memang sedap..!!!

Just Seafood, Sunway Giza

EH, bukan itu sahaja, Just Seafood turut memperkenalkan menu terbaru mereka yakni Creamy Durian Sauce Seafood.

Hidangan makanan laut bersama dengan sos terbaru berperisa durian, kini boleh anda dapati di Just Seafood mulai 15 April 2018.

Pelik bukan makan makanan laut dengan sos berperisa durian? Jangan risau, korang tak akan rasa macam makan gulai tempoyak. Ianya sedap dan berbaloi untuk anda rasa.

Nasi Lemak Udang Karang (Lobster) & Udang Galah

Just Seafood Nasi Lemak Udang Karang

Sekiranya anda dah bosan makan nasi lemak sotong atau dengan ayam goreng, apa kata anda cuba CHEEZY nasi lemak udang karang atau udang galah.

Sekali sekala tukar menu, apa salahnya.

Kalau teringin nak rasa nasi lemak udang karang dan udang galah ini, anda boleh datang ke Just Seafood. Bagaimanapun, hidangan ini hanya ‘available’ dari 12 tengahari hingga 5 petang setiap hari!

Just Seafood Sunway Giza

Untuk pengetahuan anda,

Just Seafood telah mula beroperasi sejak tahun 2014 lagi dan restoran ini dimiliki oleh Mr Terence Ham. Kebanyakan hidangan di sini disajikan dengan menggunakan konsep ‘Shell-out’ dimana ia dilambakkan sahaja di atas meja.

Jangan risau, hidangan disini adalah HALAL dan boleh dikatakan hampir 40% pelanggan mereka adalah Melayu.

Sekiranya anda ingin merasa keenakan Nasi Lemak Cajun dan hidangan sea food yang lain, anda boleh keluarga, teman mahupun rakan sekerja ke :-

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya, Malaysia.

Masa Operasi : 12pm- 10.30pm (Isnin – Ahad)
No. Tel : 012-2290855 (Reservation)

Laman Sosial : Facebook Just Seafood | Instagram Just Seafood

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

24 thoughts on “Nasi Lemak Cajun Buat Peminat Makanan Laut di Just Seafood, Sunway Giza

  1. Penggemar makanan laut haruslah datang ni. Portion dia besar jugak kan… tengok udang dia, alahai sedapnya!
    makanan laut ada perisa durian tu baru dengar ni. Unik pulak rasa :)

  2. Cheezy nasi lemak udang kara nampak sedap sangat lah.cheesze melimpah ruah. Aduhai kenapa lah mendera hati ku ini. Mesti rare rasanya sebab makan nasi lemak ada udang kara dengan li.pahan cheese yang banyak

  3. Ya Allah ada pulak Nasi Lemak Cajun hehehe makan dengan limpahan makanan laut atas meja tu tengok kuah sambal merah tu sedapnya. Bila lak bro nak buat Char Kueh Teow Cajun hehehehehe

  4. Cheezy nasi lemak udang karang?. Menarik tu. Tak pernah lak merasa. Mengenengahkan konsep shell out ni. Saya memang suka makan makanan laut ni. Ketam tu menggamit selera….Nyumsss

  5. so bro dah makan apa rasanya.. sedap tak?
    memang menarik olahan sambal dgn seafood..
    harga really not bad.. ones onea boleh layan kalau
    nak merasakan.. thanks for sharing

  6. Fuhhh pandai owner ni buat nasi lemak sebagai penyedap seafood. Kebiasaannya kita beli nasi lemak mesti dengan sambal udang, sambal sotong dan seafood lain. Rendang kerang paling marbeles. Hehehe. Nanti nak cuba makan shell out dengan nasi lemak. Mesti bertambah – tambah makan. Haha

  7. Rare gak makan nasi lemak dengan seafod tu semua..tapi aku lebih tertarik dengan seafood salted egg sause tu..macam dah terasa kat anak tekak ni

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top