You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Mahkamah Keadilan Beraksi Di Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Beraksi Di Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018
Tahniah diucapkan kepada Tronoh Theatre Shop atas kejayaan Teater Mahkamah Keadilan yang dinorbatkan sebagai Juara Festival Teater Kuala Lumpur 2017.

Tahun ini, mereka sekali lagi berentap di Festival Manifestasi Teater Negeri 2018 yang kini sedang berlangsung di Auditorium Kompleks JKKN WPKL.

Festival ini menampilkan beberapa naskah teater yang bertanding untuk mereput tempat ke Festival Manifestasi Teater Kebangsaan 2018 yang bakal berlangsung pada bulan Ogos nanti.


Alhamdulillah, Bro tidak melepaskan peluang turun dan memberi sokongan kepada Tronoh Teater Shop yang membarisi pengiat teater kelahiran Universiti Teknologi Petronas, Perak.

Walaupun kebanyakan mereka telah menamatkan pengajian, jiwa teater masih ada dalam diri mereka. Bagaimanapun, untuk pentas teater kali ini banyak menampilkan muka-muka baru yang tidak kurang hebatnya.

Di sini, Bro kongsikan beberapa gambar aksi sewaktu Teater Mahkamah Keadilan dipentaskan sempena Festival Manifestasi Teater Negeri 2018.

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Mahkamah Keadilan Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

Jika anda ingin tahu kisah mengenai Mahkamah Keadilan, anda boleh baca : Teater Mahkamah Keadilan

Untuk pengetahuan anda, Festival Manifestasi Teater Negeri 2018 berlangsung dari 9 Mac hingga 13 April 2018 menampilkan beberapa pengiat teater seluruh negara yang akan berentap untuk merebut tempat ke Festival Manifestasi Teater Kebangsaan 2018.

Hanya 6 teater terbaik, akan terpilih.

Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

 

Bagi rakan-rakan yang berada di sekitar Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan teater di Auditorium Kompleks JKKN WPKL :-

  1. Mahkamah Keadilan oleh Tronoh Theatre Shop UTP (Juara Festival Teater Kuala Lumpur 2017)
  2. Amy Sofea oleh Putih Pro, UiTM (Juara Festival Teater Selangor 2017)
  3. Zulaikha oleh Produksi Karya, Unit Kebudayaan UiTM Pulau Pinang

Masuk adalah PERCUMA, Jom sama-sama kita saksikan ;)

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

25 thoughts on “Mahkamah Keadilan Beraksi Di Festival Manifestasi Teater Negeri 2018

  1. Wah menariknya teater macam ni. Marsha pun peminat teater. Lama dah tak tengok teater. Kat ipoh ni kalau ada teater memang pegi bawa anak-anak beri pendedahan.

  2. Wah! Menarik juga teater macam ni.
    Pelakon pun macam pakai otfit warna warni je. Unik macam sesuai juga untuk kanak-kanak.
    Tapi ni cerita berat kan?
    Teringin nak tengok teater macam ni

  3. Tahniah kerana Mahkamah Keadilan menjadi juara. Dah baca kisah Mahkamah Keadilan ni memang best. Banyak pengajaran yang tersirat kita dapat pelajari. Apa yang kita kena ingat, bila kita mempunyai pangkat,darjat dan kuasa, kita janganlah memyalahgunakan kelebihan yang kita ada itu untuk melepaskan diri bila buat kesalahan sebaliknya menuding jari pada mereka yang tak bersalah

  4. tak pernah tengok teater seumur hidup.huhu. macam best kalau dapat tengok ni, masuk percuma pulak tu. Tahniah krew dan team teater yang menang

  5. Owhhh percuma je nak masuk. Menarik nie tgok teater. Sbb sy pernah juga teibat dlm sebuah teater n sy rasa teater nie sgt susah utk di lakukan. Salute to everyone who has worked hard to do this theatre.

    Anyway bro, itu merebut tempat ke mereput tempat tu ? hahahahah

  6. Oohh I love theatre but too bad I only came across this post today and have missed the lineup! Would have loved to go watch and support local artistes!

  7. Lama betul tak layan teater. Menarik plak tengok costume hang menarik dan warna warni ni. Suasana dan pengalamn tonton teater beza dengan wayang dan kita dapat rasa sendiri watak tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top