You are here
Home > Iklan > Advertorial > Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 Dedah Peluang Keusahawanan Kepada Bumiputera

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 Dedah Peluang Keusahawanan Kepada Bumiputera

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB2018) telah berjaya menghimpunkan lebih 14,000 usahawan Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan berkaitan keusahawanan dan PKS.

Program dua hari anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp Malaysia dengan sokongan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ini, berlangsung di Axiata Arena dan di Parkir C, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Usahawan yang menyertainya berpeluang untuk sertai Sesi Sembang Petang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dimana beliau telah mengumumkan 11 insentif baharu sebagai satu usaha memperkasakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera yang keseluruhannya bernilai RM2.9 bilion.

11 insentif tersebut adalah :-

  • Lanjutan program Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua dengan peruntukan RM2 bilion
  • Insentif Program Local to Global Acsend 800 (LGC 800) dengan peruntukan berjumlah RM40 juta.
  • Insentif Penyenaraian Syarikat PKS di pasaran LEAP atau LIVE
  • Dana Insentif Tunas Usahawan Belia Bumiputera.
  • Galakan Elaun Peningkatan Eksport SME
  • Inisiatif Wira eDagang DFTZ
  • Insentif SpeedMeUp
  • Dana Industri Peruncitan dan Pengedaran
  • Pelanjutan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Pemerkasaan TERAJU
  • Peruntukan RM50 juta di bawah Dana Insentif Pelaburan.

Menarik bukan? Nampak tak kesungguhan kerajaan dalam membantu memperkasakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera.

Selain Pedana Menteri, turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Ahmad Maslan.

Sesi Young CEO Summit (YCS)

Young CEO Summit

HUB 2018 juga padat dengan perkongsian tentang strategi pemasaran transformasi minda, selok belok tentang kewangan dari pakar industri & usahawan selebriti dalam sesi Young CEO Summit (YCS).

Young CEO Summit (YCS) merupakan platform bagi mendalami strategi keusahawanan yang disampaikan oleh pakar industri, mentor dan usahawan berjaya, berkaitan ilmu ‘street smart’ dan ‘book smart’ sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan (IQ) dalam segala aspek keusahawanan.

Terdapat 4 modul pengisian Young CEO Summit 2018 ;-

  • Modul 1: Millenial Mindset Mapping 2018 oleh Fizo Omar.
  • Modul 2: Mekanik Wang oleh Abang Abu.
  • Modul 3: Transformasi Minda oleh Prof Datuk Dr Muhaya
  • Modul 4: Marketing & Branding oleh Fizo Omar

Fizo Omar Himpunan Usahawan Bumiputera 2018

Fizo Omar, individu yang tidak asing lagi dalam pengalaman jatuh bangun keusahawanan akan menyampaikan 2 modul perkongsian iaitu Millennial Mindset Mapping dan Marketing & Branding.

Ia merupakan aset penting dalam memajukan perniagaan, bersama pengisian ilmu kewangan oleh pakar kewangan Abang Abu dan transformasi minda oleh pakar motivasi Prof Datuk Dr Muhaya.

Prof Datuk Dr Muhaya Himpunan Usahawan Bumiputera 2018

Kehadiran Prof Datuk Dr Muhaya berjaya mencuri tumpuan kira-kira 3,000 belia yang menyertai program motivasi ini.

Di sini, Bro senaraikan beberapa pesanan buat usahawan yang beliau tekankan ;-

  • Lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sebelum menceburi perniagaan.
  • Tanam dalam diri kita bahawa berniaga bukan sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi matlamat utama adalah mencari keredaan Allah.
  • Kenal pasti hala tuju perniagaan sebelum meceburinya.
  • Punyai disiplin yang tinggi dan tidak mudah putus asa.
  • Keikhlasan dalam berniaga juga adalah kunci kepada kejayaan dan percaya peniaga yang tidak jujur tidak akan mampu mengecapi kejayaan.
  • Miliki jati diri, semangat dan minat mendalam terhadap perniagaan yang dijalankan.
  • Dalam berniaga kita tidak boleh ego dan meren­dahkan orang lain kerana itu adalah sifat negatif yang hanya me­rugikan diri selain melemahkan pemikiran sendiri.

Selain itu, terdapat juga karnival Jom Niaga 2018, yang menghimpunkan pelbagai produk dan perkhidmatan PKS Bumiputera daripada pelbagai latar belakang dan negeri di bawah satu bumbung.

Turut diadakan Bengkel Digital MDEC, Food Truck, Kapsul Kementerian, pameran satu daerah satu industri oleh MITi, gerai buah-buahan FAMA, street soccer, pelbagai pertandingan, demonstrasi, pertunjukan fesyen dan lain-lain.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB2018), anda boleh hubungi talian 03-2775 6269 / 03- 2775 6208, atau email ke hub2018@smecorp.gov.my.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 Dedah Peluang Keusahawanan Kepada Bumiputera

  1. Program mcm ni mmg patut kita sokong bagi menggalakkan lebih ramai penglibatan masyarakat menceburi keusahawanan sebagai membendung kekurangan pasaran pekerjaan masa kini. Potensi keusahawanan sememangnya luas dan melalui usaha sebaiknya, sky is the limit.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top