You are here
Home > Iklan > 2 Perisa Edisi Terhad Frappuccino® Dari Starbucks

2 Perisa Edisi Terhad Frappuccino® Dari Starbucks

Two New Bold Limited-Edition Starbucks Frappuccino
Starbucks menyambut kedatangan musim panas dengan dua minuman Frappuccino baharu dalam perisa yang nyata memperlihatkan kelainan dan menjanjikan kepuasan dari saat pertama anda menghirup nikmat rasanya.

Terkenal kerana perisanya yang menambat selera, Frappuccino® diadun untuk penggemar manisan yang arif memilih dan sentiasa mendambakan kelazatan.

Pelancaran minuman Frappuccino baharu, Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®, pasti akan membawa kedinginan dan menghilangkan bahang cuaca panas!

  • Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino®: Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® menyeduh koko hitam ke dalam kopi Starbucks dengan adunan cip kopi dan dilapisi krim putar yang gebu. Minuman monokromatik ini ditaburi sedikit serbuk koko hitam di atas untuk mengembalikan kenangan manis.
  • Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino®: Memberikan sentuhan kelainan pencuci mulut ‘Tiramisu’ yang termasyhur, minuman adunan istimewa ini menggabungkan rasa enak krim kek keju dengan rasa pahit manis matcha (teh hijau) Jepun. Tea-ramisu membawakan tekstur unik dan rasa Frappuccino terbaharu Starbucks dengan adunan asas susu berperisa kek keju dan sos teh hijau yang ditambah krim putar dan taburan biskut teh hijau hancur.

Matcha Oreo Cheese Cake and the Salted Corn Chocolate Puff.

Rasai saat-saat indah bersantai di musim panas ini dengan menikmati minuman sejuk beku kegemaran anda berserta dua sajian ringan bercoklat baharu yang ditawarkan oleh Starbucks – Oreo Matcha Oreo Cheese Cake (Kek Keju Oreo Teh Hijau) dan Salted Corn Chocolate Puff (Paf Coklat Jagung Masin).

Oreo Matcha Oreo Cheese Cake dibuat daripada biskut Oreo sebagai lapisan dasar dengan mousse keju teh hijau berkrim di atasnya dan ditaburi cebisan biskut Oreo, manakala Salted Corn Chocolate Puff dibuat daripada pastri Danish dengan perisa emping coklat berinti jagung masin berkrim yang menyelerakan.

Istimewa untuk semua penggemar kopi, Starbucks memperkenalkan koleksi pek biji kopi yang dipanggang menggunakan kepakaran tersendiri, mengandungi Kati Kati Blend, adunan kopi yang dipanggang secara sederhana untuk memberikan sentuhan perisa sitrus dan rempah ratus dari Kenya dan aroma bunga dari Ethiopia, dan kopi tempal asal tunggal (single origin) baharu yang penuh berperisa dengan keasidan jus dan kemanisan coklat susu – Colombia Huila.

Untuk musim ini, terdapat juga barangan cenderahati baharu bertema Musim Panas dan kad istimewa Starbucks untuk Hari Ibu, yang sesuai dijadikan hadiah buat ibu tersayang.

Starbucks® Midnight Mocha Frappuccino® dan Starbucks® Tea-ramisu Frappuccino® yang diadun khas berharga RM18.60 ke atas. Semua minuman untuk Musim Panas ini boleh didapati di semua cawangan Starbucks dari 17 April 2018, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top