Ulang Tahun ke-20 Nando's Malaysia
Sebagai peminat Nando’s, Bro ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke-20 buat Nando’s Malaysia.

Tahniah diucapkan atas pembukaan cawangan terbaru Nando’s yang ke-75 yakni di The Waterfront, Desa Park City, Kuala Lumpur.

Terima kasih juga kepada pihak Nando’s Malaysia kerana sudi menjemput Bro sekeluarga untuk meraikan ulang tahun ini bersama (Bro start minat Nando’s since 2006/2007).

Daripada permulaannya yang sederhana di Jalan Telawi (Cawangan Pertama), Nando’s telah berkembang menjadi salah satu kegemaran di kalangan penggemar ayam bakar tempatan. Begitu juga dengan penggemar sos PERi-PERi Nando’s yang berpelbagaian rasa.

Ulang Tahun ke-20 Nando's Malaysia

Sebut pasal PERi-PERi Nando’s, Bro nak kongsikan satu informasi mengenainya.

Sebaik sahaja restoran Nando’s dibuka di Malaysia, sos PERi-PERi Nando’s juga turut dikenali dan merebak seumpama api apabila Iebih ramai orang mula mengalami rasa kepedasan yang begitu enak.

(Tidak dinafikan buat Bro yang juga pengemar sos PERi-PERi Nando’s).

Bahan Rahsia Sos PERI PERI Nando's

Cara Buat PERI PERI Nando'sDisebabkan pemintaan yang tinggi serta memastikan keaslian rasa PERi-PERi Nando’s terjaga, maka Nando’s menanam cili PERi-PERi sendiri dengan bantuan Iebih daripada 1,400 petani bebas di Afrika Selatan.

Dikatakan keadaan cuaca & jenis tanah disana mempengaruhi rasa cili yang ditanam disana untuk dijadikan PERi-PERi Nando’s.

Sekaligus membuka peluang dan ruang buat 1,400 petani bebas tadi menjana pendapatan dengan melakukan penanaman cili ini.

Untuk pengetahuan anda,

42,000 cili diperlukan untuk mengisi satu beg 14kg dan 25,000 beg diperlukan untuk menghasilkan sos PERi-PERi Nando’s setiap tahun.

Ini bersamaan dengan 1,000,000,000 (1 bilion) cili. Banyak bukan..!!

Setiap cili itu tadi dipetik & diasingkan satu persatu dengan tangan, kemudian dikeringkan secara semulajadi dibawah sinaran matahari Afrika.

Cili tadi diadunkan dengan bawang, minyak, herba, lemon segar dan bawang putih menghasilkan ‘senjata rahsia’ jenama ini yang tiada tandingannya, iaitu sos PERi-PERi Nando’s.

Hingga kini, PERi-PERi Nando’s mempunyai 4 tahap kepedasan tersendiri – Lemon & Herb, Mango & Lime, Mild, Hot, Extra Hot.

Rahsia Sos PERI PERI Nando's

Bro & tetamu yang hadir turut diajar untuk hasilkan sos PERi-PERi Nando’s sendiri.

Ini rupanya PERi-PERi Nando’s yang Bro adun sendiri, selamat kena dengan tekak Bro. Berselera Bro makan ayam Nando’s bercicahkan sos yang Bro adun ini.

Tidak dapat dinafikan ‘cili kecil’ ajaib yang dipanggil PERI-PERI menjadi senjata rahsia dan intipati kepada kepedasan yang menjadi keunikan ayam bakar Nando’s sehingga pengemarnya setiasa datang dan datang kembali selepas merasainya.

Mengutamakan rasa diikuti dengan kepedasan, menjadikan sos PERi-PERi Nando’s tidak bersifat ‘pedas secara langsung’ seperti sos cili yang lain.

Ayam-ayam disini diperap dalam sos selama 24 jam, kemudian dilumur dengan pilihan tahap kepedasan bermula daripada lemon & herb hingga ke Super Hot yang berapi-api pedasnya.

Ulang Tahun ke-20 Nando's Malaysia

Kini pengemar sos PERi-PERi Nando’s boleh membelinya dalam bentuk botol dan membawanya pulang ke rumah.

Terima kasih Nando’s Malaysia sebab sudi hadiahkan sebotol sos PERi-PERi Nando’s dengan label dicetak muka Bro sendiri. Limited Edition nie, hahahaha.

Anyway, Untuk maklumat lanjut mengenai Nando’s Malaysia, anda boleh layari www.nandos.com.my

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter