You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Minuman Teh Hijau Menyegarkan ‘Matcharena’ di San Francisco Coffee

Minuman Teh Hijau Menyegarkan ‘Matcharena’ di San Francisco Coffee

Matcharena San Francisco Coffee
San Francisco Coffee kini memperkenalkan minuman berasaskan teh hijau yang menyegarkan – Matcharena yang boleh didapati disemua cawangan kopi premiumnya bulan Mac 2018.

Ia telah disenaraikan sebagai minuman siri bulanan terkini di San Francisco Coffee bersama minuman bersiri yang lain.

Sebelum ini, SF Coffee telah memperkenalkan beberapa minuman seperti Yo! Mango & Hello Berry pada awal tahun 2018.

Teh hijau Frisco Frappé merupakan campuran sempurna teh hijau dan krim dengan sentuhan manis vanila, Matcharena sangat baik untuk peminat SF Coffee kerana ia berfungsi sebagai minuman menyegarkan yang ideal.

Sesuai diminum ketika hari panas.

Bagaimanapun minuman ini, hanya dijual dalam tempoh masa terhad.

Matcharena boleh didapati di semua cawangan SF Coffee dari 6 Mac hingga 30 April 2018 pada harga RM16 (saiz sederhana 16oz) & RM17 (saiz besar 20 oz).

Jika anda perasan, Matcharena bunyinya macam tajuk lagu yang biasa kita dengar.

Minuman “Matcharena”, memberi penghormatan kepada lagu popular Sepanyol hit Macarena oleh Los del Rio (Jom layan lagunya).

Baucer Beli 1 Percuma 1 SF Coffee

Bagi menyemarakkan vibe Matcharena, anda boleh memenangi baucer Beli 1 Percuma 1 SF Coffee bermula 10 Mac hingga 31 mac 2018.

Apa anda perlu buat?

Anda hanya perlu membuat video versi tarian Matcharena berdurasi 2-3 saat, kemudian kongsikan di Facebook atau Instagram dengan hashtag #SFCoffeeMatcharena.

Mudah bukan?

Jom sertainya untuk menyemarakkan lagi vibe Matcharena dengan tarian Matcharena dari anda.

Matcharena San Francisco Coffee
Sekiranya anda ke San Francisco Coffee, jangan lupa memesan dan mencuba Matcharena.

Kini San Francisco Coffee mempunyai 39 cawangan di Lembah Klang, Negeri Sembilan & Pahang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.sfcoffee.com

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Minuman Teh Hijau Menyegarkan ‘Matcharena’ di San Francisco Coffee

Leave a Reply

Top