You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > IJM Land Half Marathon 2018 Bakal Berlangsung Pada 12 Ogos di Seremban 2

IJM Land Half Marathon 2018 Bakal Berlangsung Pada 12 Ogos di Seremban 2

IJM Land Half Marathon 2018
Memasuki edisi ke-7, IJM Land Half Marathon 2018 kembali lagi pada tahun ini bagi penggemar larian yang ingin mencabar adrenaline mereka di Seremban 2.

Acara yang bakal berlangsung pada 12 Ogos 2018, mensasarkan 9,000 penyertaan bukan sahaja dari rakyat Malaysia bahkan antarabangsa.

Matlamat asalnya untuk membantu komuniti Seremban 2 menjalani kehidupan lebih sihat & cergas kini menjadi aktiviti yang amat dinantikan saban tahun. Di mana ia mampu mengeratkan hubungan masyarakat setempat, bahkan memberi keseronokan menjalani aktiviti sukan yang cergas, pantas serta mencabar ini.

Menurut Pengurus Besar IJM Land Berhad (Kawasan Tengah), Dato’ Hoo Kim See,

IJM Land Half Marathon 2018 mampu menarik minat dikalangan komuniti larian dan masyarakat umum, sekaligus menjadikan ia salah satu cara buat IJM Land bagi menyediakan platform untuk menarik mereka mendekati komuniti dan alam di sini.

Masih mengekalkan tagline – ‘Run Togerther, Bond Stronger’ sejak tahun 2012 menjadikan mereka antara 10 Syarikat Pemaju Tempatan yang dianugerahkan “All-Star Award – Top Ranked Developer of the Year” sempena Anugerah StarProperty.my baru-baru ini.

IJM Land Half Marathon 2018

Antara kategori yang dipertandingkan untuk IJM Land Half Marathon 2018 ;-

  • 21 KM (Half Marathon) Lelaki & Wanita
  • 12 KM (18 tahun ke atas) Lelaki & Wanita
  • 12 KM (13 tahun ke atas) Lelaki & Wanita
  • 5 KM (Fun Run)

Bagi juara kategori 21KM Lelaki & Perempuan akan menerima Trofi Cabaran IJM Land Half Marathon yang akan diberikan pada juara setiap tahun.

Setiap peserta akan membawa pulang medal dan sijil penyertaan serta layak menyertai cabutan bertuah dengan harga keseluruhan bernilai RM50,000.

Pendaftaran telah dibuka mulai 30 Mac 2018 pukul 12 tengahari.

IJM Land Half Marathon 2018
Uncle Ong Kim Hwa, 84 – merupakan peserta paling tua yang berjaya menamatkan larian IJM Land Half Marathon pada tahun 2017, menjadi yang terawal mendaftar untuk edisi kali ini.

Buat tahun ke-3, dana yang terkumpul melalui kepada IJM Land Half Marathon 2018 akan disalurkan kepada 2 badan amal, yakni Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA).

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2018, anda boleh layari www.ijmlandrun.com

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “IJM Land Half Marathon 2018 Bakal Berlangsung Pada 12 Ogos di Seremban 2

Leave a Reply

Top