You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Enjin No. 9 – Filem Komedi Sulung Terbitan Rangkaian Melati

Enjin No. 9 – Filem Komedi Sulung Terbitan Rangkaian Melati

Poster Filem Enjin No.9
Filem sulung terbitan Rangkaian Melati Production Sdn Bhd, Enjin No. 9 yang bergenre komedi ringan bakal ditayangkan diseluruh Malaysia mulai 29 Mac 2018

Syarikat ini baru sahaja menapak dalam bidang penerbitan filem tempatan dikendalikan oleh pasangan suami isteri, Tengku Azalli Tengku Sulaiman dan juga Muliati Ratna Kasuma.

Walaupun usia penubuhannya masih muda, ianya bukanlah satu penghalang bagi mereka menerbitkan sesebuah filem. Sebaliknya, Rangkaian Melati sentiasa mencari peluang dan ruang untuk sebaris dengan syarikat-syarikat penerbitan yang sedia ada.

Filem Enjin No. 9 ini diarahkan oleh Raja Azmi.

Ia merupakan karya Tengku Azalli dibantu oleh Muliati Ratna, memfokuskan kepada nilai seni dan muzik yang popular sekitar tahun 50an sehingga 60an.

Manakala skrip, jalan cerita, lokasi pengambaran, lagu-lagu lama dibuat dan dipilih khusus oleh Tengku Azalli, suami isteri.

Membariskan pelakon berpengalaman seperti Kazar, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahira, Abon, Dottie, Qazim Nor, Ayuni Haris dan juga Hafiz Baharl.

Ianya turut menampilkan buat pertama kalinya di layar perak iaitu Tajul Arif dan juga Bila AF yang sebe|um ini dikenali sebagai penyanyi.

Lokasi pengambaran telah dijalankan sekitar Pahang & Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas.

Sinopsis Filem Enjin No. 9

Filem Enjin No. 9

Filem Enjin No. 9 ini mengisahkan tentang Pak Leman (Kazar) seorang yang sudah berumur tetapi miang keladi.

Pengalaman beliau yang pernah berkahwin sebanyak 8 kali tidak membuatkan beliau serik untuk berkahwin buat kaIi yang ke-9.

Filem Enjin No. 9

Untuk merealisasikan hasratnya itu, Ujang (Tajul) dan juga isteri Ujang, Nora (Ayumi) ditugaskan untuk merisik Wan Limah (Datin Fadhilah Mansor).

Wan Limah merupakan seorang janda yang masih lawa. Hasrat Pak Leman itu tidak dipersetujui oleh Kak Leha (Sharifah Shahira) yang merupakan Ketua Pembebasan Wanita (Women Liberation) yang memperjuangkan anak-anak dara terlajak di kampung mereka.

Kak Leha dan kuncu-kuncunya berusaha bersungguh-sungguh dalam menggagalkan hasrat Pak Leman itu.

Filem Enjin No. 9

Tujuan utuma Kak Leha berbuat demikian kerana beliau beranggapan tindakan Pak Leman berkahwin buat kali ke-9 itu memalukan orang kampung. Namun yang demikian, Kak Leha mempunyai agendanya yang tersenduri.

Apakah agenda tersembunyi yang dirancang oleh Kak Leha? Adakah rancangan tersebut ditujukan kepada Pak Leman atau Wan Limah? Dan bagaimana pula hasrat Pak Leman yang ingin memperisterikan Wan Limah?

Sama-sama kita saksikan filem ini.

Filem Enjin No. 9 ini merupakan edaran MIG Pictures Sdn Bhd dan akan berada di pawagam tempatan bermula 29 Mac 2018.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Enjin No. 9 – Filem Komedi Sulung Terbitan Rangkaian Melati

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top