CAROMA Bentong Ginger
Siapa disini peminat minuman berasaskan halia?

Hari ini Bro ingin memperkenalkan satu produk jenama CAROMA, yakni produk minuman berasaskan halia Bentong.

Bro tahu mengenai produk ini ketika membeli belah di Village Grocer, Sunway Giza bila ternampak gadis promoter ini bagi Bro rasa tester kepada minuman ini.

Pertama kali Bro rasa, terus terpikat dengan aroma dan rasanya.

Ianya hadir dengan 3 jenis rasa – CAROMA Bentong Ginger dengan Teh, Madu & Lemon Madu (Ketiga-tiga rasa ini Bro suka). Menariknya ianya diadukan bersama halia asli dari Bentong yang mempunyai banyak khasiatnya.

Halia Bentong

Apa yang menariknya mengenai Halia Bentong ini?

Maka Bro Google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya. Dari keputusan yang Bro perolehi buat Bro teruja dan buat rasa macam nak beli je produk CAROMA ini.

Halia Bentong hanya boleh dikeluarkan di Bentong. Malah tanah yang digunakan untuk penanaman halia Bentong juga perlu direhatkan dua atau tiga tahun.

Hingga kini, Halia Bentong yang istimewa dan miliki banyak khasiat sentiasa mendapat pemintaan yang tinggi sama ada dalam pasaran tempatan mahupun luar negara.

Ia mampu memberikan kesan positif pada penguna yang mengalami masalah darah tidak lancar, banyak angin,sakit sendi,lemak di dalam saluran darah dan lain-lain lagi yang membantu menyihatkan tubuh badan.

Ia juga lebih wangi, pedas dan lebih kuat daripada mana-mana halia lain, serta mengandungi sejumlah besar antioksidan yang menguatkan imuniti dan melindungi badan dari jangkitan penyakit.

Untuk pengetahuan anda, ia bermula pada tahun 1976 sebagai perniagaan keluarga yang menghasilkan dan membekalkan serbuk kopi. Hari ini, mereka juga merupakan pengeluar dan pengedar utama kopi dan minuman pra-campuran di Malaysia. Bentong Halia Malaysia.

Pada tahun 2001, Caroma Cafe Food (M) Sdn. Bhd. mula ditubuhkan.

CAROMA mempunyai beberapa produk, tetapi hari ini Bro hanya ingin memperkenalkan produk CAROMA Bentong Ginger yang anda boleh dapatkan di pasaran :-

CAROMA Bentong Ginger

1 – CAROMA Bentong Ginger with Tea

Menggunakan halia asli dari Bentong bersama teh wangi untuk memberi anda kesihatan semulajadi dengan rasa pedas halia.

Ianya cara terbaik untuk menikmati kebaikan halia asli Bentong dengan segera

CAROMA Bentong Ginger

2 – CAROMA Bentong Ginger with Honey

Halia Bentong dengan madu diperbuat khas daripada Halia Bentong semulajadi dan madu asli. Kini, khasiat halia dan kemanisan madu boleh dinikmati secara mudah dengan minuman lazat ini.

3 – CAROMA Bentong Ginger with honey Lemon

Halia Bentong dengan lemon madu diperbuat khas daripada halia Bentong semulajadi, lemon berkualiti tinggi dan madu asli. Hidangkan secara panas, suam atau sejuk untuk menikmati rasa masam manis yang lazat dalam minuman ini.

Ia sesuai diminum secara panas mahupun sejuk

CAROMA Bentong Ginger

Promosi CAROMA Bentong Ginger di Village Grocer

CAROMA Bentong GingerKini terdapat PROMOSI Beli 2 kotak, dapat PERCUMA sekotak CAROMA Bentong Ginger Tea yang mengandungi 5 sachets.

Bagaimanapun tawaran promosi ini hanya sah di cawangan Village Grocer terpilih dari 1 Mac hingga 11 Mac 2018.

Antara cawanganVillage Grocer yang terlibat ;-

  1. Bangsar Village, Bangsar
  2. 1 Mont Kiara, Mount Kiara
  3. Sunway Giza, Kota Damansara,
  4. Desa Park City, Desa Park
  5. My Town, Peel Road, Cheras

Apa anda perlu buat?

Anda hanya perlu mencari gadis promoter ‘CAROMA Bentong Ginger’ untuk merasai sampel CAROMA Bentong Ginger Tea.

Jika berkenan, terus beli melalui booth dia untuk mendapatkan tawaran promosi yang Bro nyatakan tadi.

CAROMA Bentong Ginger juga boleh didapati di laman jualan 11Street.

Untuk maklumat lanjut mengenai CAROMA Bentong Ginger, anda boleh layari laman web : http://caroma.com.my/