March 29, 2024

THYMOS Anti HFMD/FLU Spray Beri Perlindungan Untuk Seisi Keluarga

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut.

Ia disebabkan oleh virus (kumpulan Enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan sentuhan secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.

Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Untuk makluman,

Penyakit HFMD merupakan penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sehingga penghujung April tahun 2015, sebanyak 13,497 kes HFMD telah direkodkan bagi seluruh Malaysia dengan purata 964 kejadian kes dalam seminggu.

Manakala bagi tempoh sama tahun 2014 pula, 7,368 kes telah direkodkan dengan purata 526 kes seminggu. Ini menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 83% kes yang dilaporkan antara tempoh dua tahun berkenaan.

Manakala bagi tempoh sama tahun 2014 pula, 7,368 kes telah direkodkan dengan purata 526 kes seminggu. Ini menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 83% kes yang dilaporkan antara tempoh dua tahun berkenaan.

Sumber : Situasi Semasa Kejadian HFMD di Malaysia

THYMOS Anti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) / FLU Spray

THYMOS Anti HFMD:FLU Spray

Selain penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD), Virus Influenza A juga berbahaya dan mudah berjangkit. Ia juga pernah mengemparkan negara kita sebelum ini.

Kebarangkalian ianya berlaku lagi ada.

Maka kita sebagai ibubapa perlu bersedia untuk menghidarkan anak-anak dijangkiti dimasa hadapan. Elok ambil langkah berjaga-jaga dari tidak berbuat apa-apa.

Hari ini, Bro ingin memperkenalkan produk THYMOS Anti HFMD/Flu Spray.

Ia merupakan produk sanitiser berkuasa tinggi dan terbukti secara klinikal akan membantu mencegah bakteria penyebab penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD) dan Virus Influenza A.

THYMOS Anti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) / FLU Spray

Dicipta khas bagi melindungi isi rumah dengan terbukti secara klinikal membunuh 99.99% bakteria pembawa penyakit berjangkit berbahaya seperti Enterovirus, virus influenza, aspergillus, Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) dan candida.melalui penemuan kaedah saintifik revolusi dan paling terkini dalam penghasilan ‘AirShield Technology’
dari United Kingdom.

Mudah dan pantas digunakan, namun tahan lama untuk permukaan yang tidak bersih untuk memberi perlindungan maksimum seisi keluarga dari HFMD dan Virus Influenza A.

Ia juga tiada bau dan tidak mengganggu bagi yang alah kepada sesetengah bauan. Ia juga tidak mengandungi alkohol, bahan kimia toksik ataupun steroid.

Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.

Saya cadangkan supaya mengguna dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS, sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada pada orang tersayang anda sebelum pergi ke sekolah atau ke mana-mana. Sebagai ibu bapa, anda boleh sembur pada alat mainan kanak-kanak dan menggilap rata agar barangan yang kerap disentuh adalah bebas dari segala kuman untuk jangka masa panjang.

Kini, THYMOS Anti HFMD/Flu Spray boleh didapati eksklusif di Farmasi Guardian Malaysia. Harga asal adalah RM75.00, kini ia dijual dengan harga pengenalan RM69.90.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.THYMOSglobal.com/hfmdspray atau laman sosial Facebook THYMOS dan Instagram @THYMOS.global

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “THYMOS Anti HFMD/FLU Spray Beri Perlindungan Untuk Seisi Keluarga

  1. fuh tengok statistik tak sangka penyakit HFMD ni serius rupanya.. kena ambil pencegahan ni since ianya adalah penyakit berjangkit.. bagus juga ada produk thymos ni.. bila baca boleh didapati di Guardian, rasa lagi yakin ni bukan produk timbang kilo

  2. TB ada juga baca komen rakan-rakan yang pernah guna thymos anti hfmd flu spray ni.. ramai bagi feedback positif bila guna ni.. yang penting tak perlu spray direct ke kulit kita kan? sembur pada udara je.. bagus produk ni.. nak cari satu lah..

  3. bagus produk thymos.Sangat berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit macam ni. Saya pon ada 1,tapi jnis sinus.. nak juga cari ni satu nanti.

  4. Produk kesihatan yang bagus untuk kanak-kanak sekarang ni yang mudah terjangkit dan terdedah dengan sebarang penyakit setiap rumah kena ada produk ni tapi kita tak ada anak lagi hehehehe..

  5. Bila ada anak kecik ni risaunya lain macam. Yela budak lagi kan. Sistem imun pun masih lemah lagi. Tambah pulak persekitaran yang tak berapa bagus. Wajib kena ada thymos ni. Penyakit sekarang macam2. Cegah sebelum terkena

  6. this is really a good product i can see… wow.. i love to read the review. so clear information and direction to use. wanna share this to my friend.. hope can help them a lot with their kids issue…

  7. penyakit berjangkit memang tak dapat dipisahkan dunia kanak-kanak, nak buat macam mana manusia ni badanya fragile dan kita ni memang perumah untuk pembiakan bakteria dan virus, tu sebab la kita kena mandi 5x sehari kena jaga kebersihan dan thymos ni mungkin salah satu produk yang membantu sedikit sebanyak merawat penyakit yang berjangkit

Leave a Reply to Racheal Loh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *