March 29, 2024

Dikelilingi Oleh Rakan Positif, Buat Kita Jadi Lebih Positif Dalam Hidup

Kawan Bisnes Kita Suka
Seronok bila dapat luangkan lebih masa bersama kawan-kawan, keluarga mahupun rakan searena. Tak kisah mereka muda, mentah atau baru nak mulakan hidup. Janji bila dikelilingi oleh rakan yang postif, buat kita jadi lebih positif

Ramai tanya, kenapa Bro suka lepak dengan mereka yang lebih muda. Simple je jawapannya. Baru terasa diri Bro nie muda remaja.

Cukup la selama ini selalu berkawan dengan mereka yang lebih berusia.

Tak kira dizaman persekolahan mahupun ketika berada di alam universiti. Begitu juga sewaktu awal-awal berada dalam alam perkerjaan (Bro kerja sebelum sewaktu masih study di Universiti).

Idea dan pandangan mereka lebih fresh (segar) dan lebih up to date. Walaupun nampak macam kurang matang tetapi kadangkala mereka lebih matang berbanding dengan orang yang lebih berusia.

Sebabnya?

Mereka berada difasa ingin mencuba itu dan ini (try & error) berbanding dengan mereka yang lebih dewasa hanya memberi fokus kepada sesuatu yang mampu meletakkan mereka dalam keadaan stabil dan lebih selesa bila berada dalam keadaan sedemikian.

Mungkin sebab itu juga, Bro berkahwin dengan isteri yang usianya jauh lebih muda (walaupun muka dia xde la nampak muda sangat)

BACA : Kenangan Zaman Kanak-Kanak – Main Kahwin-Kahwin

Keluarga Bro Framestone 2018

Alhamdulillah,

Sekarang sudah miliki 2 orang cahaya mata + seorang isteri (Belum plan untuk tambah lagi, ada rezeki maka ada la…)

Cuma antara isteri dengan Bro. Bro lebih banyak masa bersama anak-anak sebab Bro househusband dan kebanyakan kerja yang Bro buat sekarang nie, boleh dibuat dari rumah.

Inspirasi Sukur by Mohd Sukur IbrahimAnak pula, dah mula bersekolah maka pergerakkan akan mula terbatas sikit.

Kecuali terpaksa cutikan anak untuk bawa dia pergi bersama. Tercalar report kad dia.

Dua-tiga bulan ini, Bagi mereka yang mengenali Bro, mungkin perasan Bro lebih banyak menyepi.

Jangan risau, Bro masih lagi hidup. Cuma bagi ruang dan peluang untuk Bro bangkit semula.

Perlukan kekuatan dan sokongan, terutamanya dari rakan dan mereka yang dekat dengan Bro.

Buat masa sekarang, ada beberapa buku motivasi menjadi rujukan untuk Bro bangkit semula. Salah satunya adalah “Inspirasi Sukur” hasil nukilan rakan blogger Sukur Ibrahim.

Beliau seorang yang kelainan upaya (OKU) sejak dilahirkan mampu jadi seorang yang berjaya, ahli peniagaan, penceramah motivasi & suami penyayang.

Masa belajar dulu, beliau merupakan pelajar yang cemerlang. Walaupun terpaksa bersusah payah + menebalkan muka untuk secubit ilmu. Apa alasan korang pula untuk gagal?

Dengar cerita beliau bakal menyambut cahaya mata pertamanya tidak lama lagi.

Tulang Belakang Blogger
Berkenaan dengan dunia bloging?

Sekarang lebih banyak bergerak dibelakang tabir. Bukan apa.. Senang nak cover perut yang semakin maju kedepan (2-3 bulan ini, berat naik mendadak)

Perancangan 2018 banyak yang terbantut, dek kerana PRU (Pilihan Raya Umum) yang semakin dekat ini (pak menteri pun dah bagi bayangan tarikh PRU). Tunggu masa diumumkan secara rasmi je.

Mungkin terpaksa mengambil masa untuk mendapat rentak seperti sediakala atau lebih lagi.

Ada beberapa projek bakal Bro jalankan pada tahun ini. Buat masa ini, bagi Bro settle dulu beberapa urusan dengan pihak tertentu sebelum dedahkan ia kepada pihak umum. Tunggu je la ek.

Anyway, terima kasih kepada rakan-rakan dengan pihak tertentu yang masih memberi kepercayaan dan keyakinan untuk menjalinkan kerjasama dengan insan bernama Bro Framestone ini.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “Dikelilingi Oleh Rakan Positif, Buat Kita Jadi Lebih Positif Dalam Hidup

  1. Yup, betul tu. berkawan dengan orang positif, kita turut sama jadi positif. berkawan dengan usahawan, lama-lama, kita pun nak berniaga. berkawan dengan orang jahat, satu hari nanti, kita pun nak jadi jahat.

    berkawan dengan blogger hebat macam bro, insyaAllah, kita pun akan jadi hebat juga. hehehe

  2. wah tahniah dapat kawan yang positif, bagus jauhkan rakan yang negatif sebab aura negatif dia pun akan melekat kat kita, dan jauhkan juga rakan yang dengki dengan kita, nanti dia akan sebarkan cerita aib buruk yang dia create sendiri pasal orang lain pada orang lain… be positive all the times ! :)

  3. Betul tu Bro, hehehe. Jangan down k. Rezeki Allah maha luas. InsyaAllah dari cara lain dan bukan macam cara dulu yang meletihkan. Kawan dengan ramai orang, kita boleh observe mana satu yang ngam dengan roh kita.

  4. Kenapa takde gambar ngan SA…tak positif ke saya? hahahaha…setuju ngan entry Bro ni..amacam kat opis SA lebih selesa dengan rakan- rakan positif je..mana yang negative tu awal2 dah senyap2 jauhkan diri dah…macam tu jugak dalam dunia blogging..SA sekarang dah gerak sendiri dan malas nak join mana- mana komuniti..banyak negative dari positif..

  5. Betul tu Bro. Kita kena cari kawan yang berfikiran positif supaya kita pon sentiasa positive. Mana yang negative tu kita cuba elak. Tak nak vibes negative tu terkena kat kita jugak. Macam best jer buku tu.

  6. Seronoknya melihat rumah tangga Bro dengan isteri. Nampak bahagia dan lebih intim. Saya suka konsep berkeluarga macam berkawan. Boleh bergurau senda, berkongsi cerita dan perasaan dan ambil berat antara satu sama lain. Kesan berkawan ini pun cukup besar pengaruhnya, terutama dari segi pengurusan emosi.

  7. Well, it’s true…but I guess the age doesn’t really determine the amount of positivity that one can get. Because in my case, I try to shy away from younger girls as they are too materialistic (mostly not all). I prefer gaining knowledge from the older crowds..

    http://www.absoluteyana.com

  8. Setuju dengan bro.. kita perlu juga rakan positif untuk memberi impak positif kepada kita.. kalau kita ada masalah , mengadu dengan orang yang positif pun bagus gak tau.. sebab orang positif ni selalu memberi nasihat dan mengajar cara mengatasi masalah dengan tenang dan redha.. penting ada rakan yang positif di sekeliling kita..

  9. umur sekadar no bro..janji jiwa dan cara kerja selalu muda kan. Masalah datang dan pergi. Semoga lu sentiasa kuat hadapi semua cabaran hidup. Gua doakan lu berjaya sentiasa..

  10. Rawlins tergolong blogger muda la kot? Haha.
    Memang benar jika ingin berjaya, dekatkan diri dengan yanh sudah berjaya. Begitu juga dengan positiviti diri. Moga urusan kita semua dipermudahkan ye Bro

  11. it is good to have positive friends around us but what is more important is our ownself.. we our ownself must adapt to the positive attitude as well… From what I can see a little complain mean negative too… positive ppl dun crate chaos.. so everything starts from us

    I believe you are also a great positive ppl to mix around with

  12. memang senang untuk kita berkawan dan bukan semuanya akan sekepala dgn kita…so kita kena bersedia dan positif kan diri kita utk mendapat kawan yang positif jgk…

Leave a Reply to Ruby Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *