Pintu Masuk Jalan Jalan Japan
Ada berita baik buat peminat barang-barang pre-loved dari Jepun dan murah.

Jom beramai-ramai luangkan masa ke Jalan Jalan Japan yang terletak di One City, USJ pada hujung minggu ni 10 & 11 Februari 2018, sebab ada tawaran istimewa dan lucky draw buat pembeli bertuah.

Maka hujung minggu ini, Bro sekeluarga terus berada di sini, semata-mata untuk tidak melepaskan peluang ini.

Mana tidaknya, dengan hanya pembelian bernilai RM1 dalam satu resit melayakan anda menyertai lucky draw yang menawarkan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1,000 untuk pemenang pertama.

Biar betul ada benda bernilai RM1 dijual disini?

Yup betul… Percayalah cakap Bro….!!! Macam mana nak menang? Nanti Bro ceritakan di akhir artikel ini.

Jalan Jalan Japan @ One City Dibuka Semula

Jalan Jalan Japan One City

Kedai Jalan Jalan Japan merupakan cawangan pertama yang dibuka di Malaysia dimana ia terletak di One City Mall, USJ menjadikan ia kedai pre-loved barangan Jepun yang terbesar di Malaysia.

Ia dibuka melalui kerjasama antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn Bhd, Koike Corporation Limited dan Bok Marketing Sdn Bhd.

Bookoff merupakan rangkaian dari Jepun dengan 800 kedai di seluruh dunia dengan pengalaman 27 tahun dalam perniagaan penggunaan semula (preloved item).

Mereka turut membuka lagi satu cawangan baru di 1 Shamelin Mall.

Selamat Datang Jalan Jalan Japan One City

Jalan Jalan Japan One City

Jalan Jalan Japan mula beroperasi pada akhir November 2016 di One City, dan kini dibuka semula selepas beberapa pengubahsuaian dilakukan untuk memberi keselesaan kepada pelangan.

Selain mempunyai 2 tingkat,

Ia juga mempunyai satu jalan masuk (yakni ditingkat atas) dan satu jalan keluar ditingkat bawah selepas kaunter pembayaran. Maka urusan anda disini untuk membeli belah lebih teratur dan tersusun.

Pelbagai barangan pre-loved dari Jepun dijual disini dan ia beroperasi setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam termasuk cuti umum.

Kasut Kanak Kanak Jalan Jalan Japan One City

Anak Jepun Jalan Jalan Japan One City

Harry Porter Jalan Jalan Japan One City

Anak Bro Framestone Jalan Jalan Japan One City

Cuma ketika membeli disini, pastikan anda meneliti segala benda yang anda ingin belikan. Biasalah, tak semua barang pre-loved yang dijual disini dalam keadaan 100% sempurna.

Sebab itu, Bro ada nampak pelangan (sebenarnya cakap pasal diri sendiri) mengambil masa yang lama pada satu-satu seksyen semata-mata nak pilihan barang pre-loved yang berkenan pada hati mereka.

Tak percaya? Boleh tanya anak-anak Bro.

Mereka berdua lagi banyak nak beli itu ini. Boleh dikatakan kebanyakan benda yang dorang nak memang berkenan dihati mereka. Bila tengok harga terus Bro rasa berganda-ganda berkenan.

Jalan Jalan Japan One City

Bro Framestone Main Gitar di Jalan Jalan Japan One City

Selain itu, Bro juga tak lepaskan peluang usha apa-apa barangan yang menarik dijual disini.

Berkenan dengan gitar bass ini, harga dalam RM450. Telan air liur kejab, next time je la beli… Hari ini lari bajet sikit hahaha.

Jom kita lihat, apa yang ada dijual disini ;)

Pakaian Wanita Jalan Jalan Japan One City

handbag Jalan Jalan Japan One City

Kasut Jalan Jalan Japan One City

Surfing Jalan Jalan Japan One City

Camping Jalan Jalan Japan One City

Koleksi Kereta Jalan Jalan Japan One City

Koleksi Figure Jalan Jalan Japan One City

Fitting Room Jalan Jalan Japan One City
Untuk keselesaan kepada pelangan, Jalan Jalan Japan One City turut menyediakan fitting room.

Maka anda kini boleh mencuba pakaian pre-oved yang dijual disini untuk mendapat kepuasan dalam membuat keputusan sebelum membelinya.

Berbelanja RM1 & Boleh Menang Lucky Draw Wang Tunai RM1,000

Lucky Draw Jalan Jalan Japan One City

Anda hanya perlu berbelanja dengan nilai minimum RM1 dalam satu resit di Jalan Jalan Japan pada 10 & 11 Februari 2018.

Kemudian kongsikan pengalaman anda shopping di Jalan Jalan Japan pada laman sosial media anda dengan hashtag #JalanJalanJapan #HargaGiler.

Hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1,000 (sehari ada 1 pemenang). Tempat kedua pula voucher RM100 + Limited Figurines, manakala tempat ketiga, voucher Rm10. Saguhati pula berupa gula-gula, snek atau hadiah misteri.

Lucky Draw Jalan Jalan Japan

Kami sudah, anda bila lagi?

(Tak menang pun, janji dapat gula-gula pun dah kira ok)

Maka jangan lepaskan peluang ini, miliki barang pre-loved dari Jepun pilihan anda di mana-mana cawangan Jalan Jalan Japan :

Jalan Jalan Japan @ One City
Level 1A (Block A), Sky Park @ One City, USJ

Jalan Jalan Japan @ 1 Shamelin Mall
Unit L3-032, Level 3A, 1 Shamelin Mall,
100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10 pagi – 10 malam (dibuka setiap hari termasuk cuti umum)

Instagram : @JalanJalanJapanMY | Facebook : Jalan Jalan Japan