You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Iklan Menarik Bagi Perayaan Tahun Baru Cina 2018

Iklan Menarik Bagi Perayaan Tahun Baru Cina 2018

Iklan Tahun Baru Cina 2018
Bro ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan pembaca yang meraikannya.

Macam biasalah bila tibanya perayaan seperti Tahun Baru Cina, semestinya kita semua ternanti-nanti video best serta menarik yang menghiasi media sosial sempena sambutan perayaan ini.

Seperti kebiasaan, video iklan dari TNB & Petronas pasti menjadi perhatian netizen.

Maka kali ini, Bro nak berkongsi dengan anda – Top 5 video Tahun Baru Cina 2018 pilihan Bro.

The Coming Together – TNB Chinese New Year 2018

Sejak raya tahun lepas, Bro sentiasa teruja untuk menonton video baru dari TNB.

Mesti anda semua ingat lagi video raya tahun lepas pasal minah yang terpaksa tumpang kawan balik kampung sebab tiket bas dia hancur dalam mesin basuh kan? Haha..!

Jadi video Tahun Baru Cina ini masih kekalkan humor sebagai medium dan minah dari video raya itu pun ada juga dalam video ini (Korang perasan ke tidak?).

Lunar New Year 2018 | #NeverGrowApart | StarHub

Ini pula video dari Starhub, simple tapi padat isi dengan mesej yang nak disampaikan.

Yakni sesuatu yang kita sendiri ketepikan terutama bila sudah mempunyai keluarga sendiri. Korang macam nie tak?

True Love True Wealth – #YouCanDuit Chinese New Year 2018

Video dari #YouCanDuit ini pun sangat padat dengan mesej.

Bro rasa macam kenal budak lelaki yang berlakon dalam video ini tapi tak teringat pula. Anyway video ini mengingatkan kita betapa besarnya pengorbanan keluarga untuk kita.

Dalam masa yang sama jangan lupa untuk membalas jasa mereka.

Sekarang ini, ada banyak cara untuk buat kerja / duit walaupun secara online dan ia boleh dilakukan secara partime.

5 Sekawan Selamanya – Chinese New Year Short Film by Celcom

Video dari Axiata ini boleh tahan touchingnya.

Video ini yang menariknya menggunakan pelakon dan konsep yang sama dengan video Axiata sempena Hari Malaysia. Macam dalam filem Marvel pula Bro rasa.

Rasanya akan ada video kesinambungan kot.

Elemen Baba Nyanyo dan juga penggunaan Bahasa Melayu… Rasanya lebih dekat pada jiwa rakyat Malaysia.

#PETRONAS CNY 2018: A Long Way Home

Video dari Petronas pun macam biasa tak pernah mengecewakan.

Kadang-kadang kita sendiri sentiasa lupa moment-moment kita bersama orang tua kita, betul tak? Maka dimusim perayaan ini, elok kita eratkan hubungan terutama pada mereka yang telah berkorban membesarkan dan mendiduk kita menjadi diri kita yang sekarang ini.

Jadi ini top 5 video Tahun Baru Cina yang menarik bagi Bro. Anda pula, macam mana?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Iklan Menarik Bagi Perayaan Tahun Baru Cina 2018

  1. wow banyak juga iklan sempena tahun baru cina kan ? Apa pun selamat menyambut tahub baru cina kepada rakan rakan cina ku… I paling suka iklan yang a long way home tu… dah lama tak balik kampung gitu setelah busy bekerja…

  2. Menarik iklan2 ni sbb ada sentuhan jiwa kepada yg menonton.. mmg berguna dalam menyampaikan mesej kpd msyarakat dalam menghargai keharmonian budaya dan nilai-nilai kekeluargaan terutama sewaktu musim perayaan seperti ini. Gong Xi Fa Cai! :)

  3. Memang betul, tahun baru cina pasti selalu penuh dengan kejutan, salah satunya banyaknya iklan dan beberapa pentas di setiap mall :D suka lihat kalo jalan-jalan ke mall soalnya.

  4. Sekarang memang semua berlumba-lumba buat iklan yang menarik dah berkesan. Teringat akan iklan2 dari arwah Yasmin. Tak sah kalau tak ada iklan sedih masa perayaan. Buat bangsa Cina, Selamat menyambut CNY 2018!

  5. Bila tiba perayaan memang iklan yg ditunggu-tunggu samada kelakar atau sedih..banyak maksud dalam setiap iklan..SA blom sempat nak tgok lagi mana-mana iklan sebab sibuk urusan harian..nanti nak tgok di youtube aje…

Leave a Reply

Top