You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Sambutan Chap Goh Mei di IJM Land Seremban 2 Pada 3 Mac 2018

Sambutan Chap Goh Mei di IJM Land Seremban 2 Pada 3 Mac 2018

Chap Goh Mei Celebration at IJM Land Seremban 2
Berita baik buat warga komuniti Seremban 2,

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, IJM Land Berhad (IJM Land) akan menganjurkan acara tahunan sambutan perayaan Chap Goh Mei di Seremban 2 dengan tema “Reunion in S2 with Joys Anew” pada 3 Mac 2018.

Menjadi tradisi buat mereka untuk menganjurkan dan meraikan acara tahunan ini bersama warga Seremban 2.

Selama bertahun-tahun, kami telah menganjurkan acara perayaan Tahun Baru Cina untuk komuniti Seremban 2, dengan tujuan memupuk hubungan bermakna dikalangan komuniti ini.

Kami sentiasa teruja dengan peluang untuk membawa perayaan ke tahap yang lebih tinggi ketika kami menyambut Tahun Anjing, dan kami tidak akan melepaskan peluang di mana kami dapat mengeratkan hubungan bersama dan membentuk kenangan indah sebagai sebahagian daripada masyarakat.” – IJM Land’s Senior General Manager, Dato’ Hoo Kim See

Pengunjung yang hadir ke acara ini akan melihat program sepanjang hari yang bermula dengan pertandingan kaligrafi Cina dari seawal jam 7.00 pagi.

Ia diadakan dengan kerjasama IJM Land dan Uni Art Fair Sdn Bhd ?????? di mana ia bertujuan untuk memberi pendedahan tentang chinese calligraphy kepada kanak-kanak dan masyarakat umum.

Kepada yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, boleh lah mendaftar pada maklumat seperti di bawah.

IJM Land Berhad – Seremban Office
PT 10786, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-7613 888 | Fax: 06-7618 122

Uni Art Fair Sdn Bhd ??????
390, Jalan Haruan 4/1, Oakland Commercial Center, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 016-6659480 | Fax: 06-6014 769

IJM Land Astro Celebrities
Anda pasti terujua bila mengetahui bahawa untuk kali kelima berturut-turut, Perayaan Chap Goh Mei IJM Land turut menganjurkan Konsert Chap Goh Mei dengan tema “Symphony of Love” oleh para artis & selebriti ASTRO.

Antaranya Jiang Han, Yoke, Geraldine, Kelly, Chris, Chezi dan beberapa selebriti yang akan mengadakan persembahan yang mampu memukau pengunjung yang hadir.

800 tetamu terawal juga akan menerima hadiah perayaan di kaunter penebusan mulai jam 7.00 malam dan acara tersebut akan berakhir dengan pertunjukan bunga api pada pukul 11:00 malam.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top