Belum Conservation Malaysia telah melancarkan Belum Forest Friends (BFF) untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat secara aktif dalam pemuliharaan hutan hujan dan alam sekitar.
18 personaliti dari pelbagai bidang menjadi yang terawal berkerjsama dengan Belum Conservation Malaysia untuk menjayakan Belum Forest Friends (BFF) ini.
Sasaran Belum Conservation Malaysia adalah seramai 1,000 individu menyertai inisiatif Belum Forest Friends (BFF) bagi menanam 1,000 pokok gaharu pada tahun ini.
Menurut Pengarah Eksekutifnya, Datuk Fazwinna Mustapha Kamal,
Bagi memastikan tumbuhan itu tidak pupus, tanggungjawab menjaga keseimbangan ekosistem tidak hanya terletak pada saintis dan pembuat dasar, tetapi ia tanggungjawab bersama.
Tidak dapat dinafikan, keinginan & kesedaran untuk terlibat dalam alam sekitar semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.
Bagaimanapun mereka sering kali tidak tahu bagaimana dan di mana untuk memulakannya.
Oleh itu, BFF meletakan matlamat untuk menyediakan laluan mudah namun bermakna untuk semua orang bagi terlibat secara aktif dalam mengambil berat mengenai pemuliharaan hutan hujan.
Sebagai permulaan, ia menawarkan 2 pilihan kepada ahlinya.
Dengan yuran yang rendah, ahli BFF boleh memilih sama ada menyokong program penanaman pokok yang diuruskan oleh Yayasan Pulau Banding (PBF).
Atau, mendermakan seragam sekolah untuk kanak-kanak Orang Asli dari Belum-Temengor, difasilitasi oleh Yayasan Emkay.
Yayasan Emkay turut menyasarkan sebanyak 600 helai pakaian seragam sekolah untuk diberikan kepada kanak-kanak Orang Asli di situ.
Inisiatif BFF tidak akan berakhir di sini.
Sebagai program jangka panjang yang berterusan, peluang tambahan akan diwujudkan bagi BFF untuk #getlnvolved dalam pemuliharaan, contohnya sukarelawan projek pemulihan dan pemulihan spesies.
Untuk maklumat lanjut mengenai Belum Forest Friends (BFF), anda boleh layari www.brainsfeed.org
Bagus objektif penubuhan Belum Forest Friends(BFF) ni. Tapi, perlu diperluaskan lagi pendedahannya kepada umum, sebab ramai yang masih belum tahu.
Oo.. gud sharing! Ciktie tak pernah tahu pun sebelum ni
Bestnya. Akak belum sampai lagi sini. Nanti balik semenanjung akak nak Cuba la.
Sy suka program sebegini. Suka inisiatif yg diambil bg melangsungkan kelangsungan species pokok tersebut
Tq share.. memang kulihat hijau.. hahahaha..
1,000 pokok gaharu yg baru, bukan satu amount yg kecil tapi kalau semua berganding bahu, InsyaAllah ini satu program yg bagus utk ekosistem tumbuhan kita!
Is a good effort to protect our habitat and our forest to protect our world from global warming. I definitely will support this campaign.
Usaha yang sangat bagus. Kita selalu selalu terlupa dengan kepentingan menjaga alam sekitar. Inisiatif ini sangat bagus untuk diketengahkan.
Bagusnya ada program macam ni untuk pupuk kesedaran kepentingan pemuliharaan hutan dan menjaga ekosistem di kalangan masyarakat. Lagi2 zaman skrg ni banyak hutan yg di tarah utk pembangunan perumahan terutamanya.
Bestnya dapat support akviti yang menarik macam nie. Penjagaan hijau memang penting skg nie tambah2 mcm aktiviti tak sihat penebangan hutan.
Nak join lah program BFF ni sebab menarik sangat. Bukan selalu kan ada aktiviti macam ni.
http://www.liahasty.com
betul la. tak boleh nak harapkan saintis dan kerajaan shj. ni tanggungjawab bersama
Macam menarik je program BFF ni.mSa baru tau..sblom ni x pernah pun tau..kalau dapat join kan best kan
This indeed a very good campaign and I hope this campaign could bring strong awareness to all parties out there because we could see many Forest bring destroyed for over developing
Sis belum pernah lagi ke Belum ni..dari dulu teringin nak ke.sana. nak tgok org2 asli yg masih ada disana..nak menyusuri sungai kat sana, nak masuk hutan2 sana. Bila bro nak bawak sis ni?
Bagusnya program macam ni.. kempen yang amat sesuai untuk memastikan hutan kita terjaga dari terus pupus dengan pembangunan haram.. ia juga bagus untuk habitat semulajadi.. sokong program ni 100 %
this is nice initiative. Good for the community
nampak menarik belum forest… teriggin nak explore dekat belum tapi… belum berkesempatan sedih beno kita tau! dengar kata ada air terjun cantik