April 19, 2024

Belum Forest Friends (BFF) Pelihara Hutan Hujan & Alam Sekitar

Belum Forest Friends (BFF)
Belum Conservation Malaysia telah melancarkan Belum Forest Friends (BFF) untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat secara aktif dalam pemuliharaan hutan hujan dan alam sekitar.

18 personaliti dari pelbagai bidang menjadi yang terawal berkerjsama dengan Belum Conservation Malaysia untuk menjayakan Belum Forest Friends (BFF) ini.

Sasaran Belum Conservation Malaysia adalah seramai 1,000 individu menyertai inisiatif Belum Forest Friends (BFF) bagi menanam 1,000 pokok gaharu pada tahun ini.

Belum Forest Friends (BFF)

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Datuk Fazwinna Mustapha Kamal,

Bagi memastikan tumbuhan itu tidak pupus, tanggungjawab menjaga keseimbangan ekosistem tidak hanya terletak pada saintis dan pembuat dasar, tetapi ia tanggungjawab bersama.

Belum Forest Friends - Bro FramestoneTidak dapat dinafikan, keinginan & kesedaran untuk terlibat dalam alam sekitar semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun mereka sering kali tidak tahu bagaimana dan di mana untuk memulakannya.

Oleh itu, BFF meletakan matlamat untuk menyediakan laluan mudah namun bermakna untuk semua orang bagi terlibat secara aktif dalam mengambil berat mengenai pemuliharaan hutan hujan.

Sebagai permulaan, ia menawarkan 2 pilihan kepada ahlinya.

Dengan yuran yang rendah, ahli BFF boleh memilih sama ada menyokong program penanaman pokok yang diuruskan oleh Yayasan Pulau Banding (PBF).

Atau, mendermakan seragam sekolah untuk kanak-kanak Orang Asli dari Belum-Temengor, difasilitasi oleh Yayasan Emkay.

Yayasan Emkay turut menyasarkan sebanyak 600 helai pakaian seragam sekolah untuk diberikan kepada kanak-kanak Orang Asli di situ.

Belum Forest Friends (BFF) Brainsfeedlive

Inisiatif BFF tidak akan berakhir di sini.

Sebagai program jangka panjang yang berterusan, peluang tambahan akan diwujudkan bagi BFF untuk #getlnvolved dalam pemuliharaan, contohnya sukarelawan projek pemulihan dan pemulihan spesies.

Untuk maklumat lanjut mengenai Belum Forest Friends (BFF), anda boleh layari www.brainsfeed.org

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Belum Forest Friends (BFF) Pelihara Hutan Hujan & Alam Sekitar

  1. Is a good effort to protect our habitat and our forest to protect our world from global warming. I definitely will support this campaign.

  2. Bagusnya ada program macam ni untuk pupuk kesedaran kepentingan pemuliharaan hutan dan menjaga ekosistem di kalangan masyarakat. Lagi2 zaman skrg ni banyak hutan yg di tarah utk pembangunan perumahan terutamanya.

  3. Bestnya dapat support akviti yang menarik macam nie. Penjagaan hijau memang penting skg nie tambah2 mcm aktiviti tak sihat penebangan hutan.

  4. This indeed a very good campaign and I hope this campaign could bring strong awareness to all parties out there because we could see many Forest bring destroyed for over developing

  5. Sis belum pernah lagi ke Belum ni..dari dulu teringin nak ke.sana. nak tgok org2 asli yg masih ada disana..nak menyusuri sungai kat sana, nak masuk hutan2 sana. Bila bro nak bawak sis ni?

  6. Bagusnya program macam ni.. kempen yang amat sesuai untuk memastikan hutan kita terjaga dari terus pupus dengan pembangunan haram.. ia juga bagus untuk habitat semulajadi.. sokong program ni 100 %

Leave a Reply to Ana Suhana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *