You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) 2018

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) 2018

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)
Punyai rancangan untuk membeli rumah pertama?

Anda digalakkan untuk memohon Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang dibuka bermula 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, pemohonan MyDeposit dilanjutkan bagi memberi peluang kepada orang ramai memiliki kediaman terutama mereka yang tidak mempunyai wang pendahuluan.

Sebelum mengemukan permohonan Skim MyDeposit, pemohon perlu mengenal pasti terlebih dahulu projek perumahan yang hendak dibeli kerana syaratnya bukan projek perumahan yang menerima subsidi daripada kerajaan sebagai contoh PR1MA, PPA1M, Rumawip, PPR, MyHom dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri.

BACA : Apa Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu Mengenai Skim Rumah Pertamaku

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) membantu golongan M40 yang berpendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM15,000 sebulan untuk memiliki kediaman sendiri.

Kerajaan membantu dengan memberi sumbangan berupa geran 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama bagi membantu mereka membeli rumah di bawah harga RM500,000 ke bawah.

Syarat & Kelayakan Permohonan MyDeposit

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK.
  • Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000

Kriteria Pempelian Projek Perumahan Yang Dibenarkan

  • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
  • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
  • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK

Pemohonan MyDeposit bagi 2018 boleh dibuat secara online dengan mengisi borang yang disediakan di laman web rasmi Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) atau https://sprn.kpkt.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Skim MyDeposit, anda boleh hubungi 03-8891 4025/ 4026/ 4051/ 4057 atau emel kepada mydeposit@kpkt.gov.my

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top