You are here
Home > Jalan Cari Makan > Setalam Nasi Arab Mamat Ini Habiskan di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Setalam Nasi Arab Mamat Ini Habiskan di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Setalam Nasi Arab Aroma Hijrah
Ada sesiapa kenal mamat dalam gambar diatas ini?

Dasyat dia makan sampai habis licin setalam Nasi Arab dia bedal. Katanya, hari ini nak start diet he…23x

Kalau korang kenal, boleh sangat bawa dia mai mana-mana majlis ataupun korang open table makan buffet, Tak kisah makan steamboat dekat Pak John Steamboat ataupun perkena Buffet Durian SS2.

Insya’lah berbaloi-baloi sangat korang bawa + open table bila dia ada sama.

**** iklan di Bro Framestone *****


Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Tahun ini je, dah 2x Bro mai perkena nasi arab dekat Restoran Aroma Hijrah yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam.

Dalam tempoh masa seminggu, 2 kali datang makan di sini.

Memang rasa berbaloi-baloi sangat lebih-lebih lagi bila dapat luangkan masa bersama kawan-kawan mahupun ahli keluarga menikmati hidangan di sini.

Bro ambil hidangan untuk 6-7 orang makan (Combo Set) pada harga RM122 + 1 jug air pilihan.

Set ini didatangkan dengan 3 jenis nasi yakni – Nasi Mandy, Kabsah & Maqlubah bersama ayam separuh, 2 jenis hidangan kambing, burung puyuh, fish fillet, salatah, salsa & sup.

Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Bro mai bersama adik beradik kali ini untuk meraikan ulang tahun kelahiran adik kandung Bro dalam masa yang sama open table untuk adik ipar Bro yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun nie.

Dalam masa yang sama, hidang ‘terakhir’ buat puan isteri sebelum memulakan diet hari ini.

Moga dipermudahkan segala urusan mereka semua. Bro? Entah la…

Waktu macam ini, baru dapat luangkan masa dengan mereka semua. Walaupun semua dok serumah, tapi waktu kerja memasing tak sama kenkadang tak de masa nak lepak bersama.

Lain la macam Bro, dok rumah 24 jam jaga anak je.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Setalam Nasi Arab Mamat Ini Habiskan di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top