You are here
Home > Blog Masyuk > Polisi Jana Duit Melalui YouTube Partner Program 2018 Diperketatkan

Polisi Jana Duit Melalui YouTube Partner Program 2018 Diperketatkan

YouTube Partner Program 2018
Permulaan tahun 2018, Youtube mengumumkan perubahan polisi pada YouTube Partner Program terutamanya kepada pengguna yang menjana duit melalui iklan pada saluran Youtube mereka.

Sebelum ini, YouTube menetapkan yang mana pengguna perlu mempunyai sekitar 10,000 tontonan sebelum dapat menjana pendapatan tambahan melalui YouTube Partner Program.

Kini, YouTube memerlukan sesuatu saluran mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 subscribers dan juga 4,000 jam masa tontonan dalam tempoh 12 bulan lepas.

Akaun Youtube BroFramestone juga terkena kesan dari perubahan polisi ini.

Dimana Bro turut menerima email ‘ugutan’ dari pihak Youtube yang berbunyi,

“Under the new eligibility requirements announced today,

Your YouTube channel, Bro Framestone, is no longer eligible for monetization because it doesn’t meet the new threshold of 4,000 hours of watchtime within the past 12 months and 1,000 subscribers.

As a result, your channel will lose access to all monetization tools and features associated with the YouTube Partner Program on February 20, 2018 unless you surpass this threshold in the next 30 days. Accordingly, this email serves as 30 days notice that your YouTube Partner Program terms are terminated.

One of YouTube’s core values is to provide anyone the opportunity to earn money from a thriving channel.”

Youtube Channel Bro Framestone

Bunyi macam kejam (Ye la, Berapa USD sangat Bro dapat dari Youtube setiap bulan), lain la Selebriti Youtube yang berjaya jana berbelas juta USD pada tahun 2017.

Bagi menjaga kualiti / nilai iklan yang dipaparkan, hanya kandungan berkualiti dan mampu tarik pengiklanan premium akan diberi keutamaan.

Bagaimanapun ianya tertakluk kepada proses penyaringan yang lebih tinggi dari YouTube.

Setiap video yang diserahkan untuk iklan Google Pilihan mesti ditonton oleh moderator dan diluluskan secara manual sebagai kandungan yang mesra keluarga.

Diharapkan anda sudi subscribe Channel Bro Framestone (Target 1,000 Subscribers sebelum pertengahan Februari 2018).

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Polisi Jana Duit Melalui YouTube Partner Program 2018 Diperketatkan

  1. Macam2 la policy ye bro? Tak comply kita lak tak leh nak jana income. Nak tak nak kena bagi ramai subscriber tu. 4000 jam tontonan pun kalau akak susah gak tu….

  2. Patut la tengok ramai kawan2 blogger pakat duk mintak sub channel youtube dorang. Emi punya subs lagi laaa…sikit bebenor. Baru nak berjinak2 dgn youtube haha

  3. eh geramlah dengan polisi terbaru ni, eh tka kisahlah i post je la videos i, last time ada budak tanya macam mana nak dapatkan followers ramai dia tanya orang youtube famous.. orang tu cakap kalau tak ada followers pun dont stop your passsion, just post only dont worry sape yang tengok sape yang tak tengok yang penting “PASSION’ hahahaha

  4. Huu.. TB nak tunggu cashout je bro.. kalau dah cashout dia nak tukar syarat apa-apa pun biaq pi laaa.. ni earning yang ada pun lum cukup lagi nak cashout.. huwwaaa.. macam2 lah pulak songeh youtube ni

  5. Hahahahaha. Jenuh la kan. Dah le bukan zaman kegemilangan nak Tambah subscriber. Bebudak muda sekarang baru pos satu video dah ramai view dan subscriber. Wuwuwuwu. Hebat betol. Hahaha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top