You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Filem penyiasatan bersiri dari Korea Detective K di Astro tvN Movies

Filem penyiasatan bersiri dari Korea Detective K di Astro tvN Movies

Detective K
Baru perasan selama ini, pakej langanan Astro ada disertakan channel baru yakni tvN Movies di saluran 435 Astro yang menyajikan filem-filem dari Korea.

Antaranya Train to Busan, A Violent Prosecutor, The Age of Shadows, Inside Men dan Operation Chromite.

Jika ikutkan, Bro bukan seorang yang meminati rancangan Korea tapi ada beberapa yang menarik untuk dilayan terutamanya yang mempunyai unsur komedi atau aksi (cintan cintun, Bro agak kureng sikit).

Untuk permulaan tahun 2018 ini,

Bro boleh terlayan filem bersiri Detective K yang berkisarkan tentang seorang bangsawan yang merupakan seorang pencipta dan pakar mencuri sekitar tahun 1795.

Detective K Secret of the Lost Island

Untuk permulaan,

Bro layan Detective K: Secret of the Lost Island, best ceritanya siap ajak Puan Isteri untuk tonton sama. Menceritakan tentang zaman korupsi dimana matawang perak dari Jepun telah dipalsukan untuk urusniaga di Korea oleh pihak Korea sendiri.

Tetapi ianya tidak terlalu berat dan mudah dihadam serta diselitkan dengan jenaka dan juga ‘kelucahan’ yang mampu membuat penonton terhibur.

Detective K Secret of the Virtuous Widow

Dah habis tonton, baru tahu ianya filem bersiri dimana filem sebelum ini adalah Detective K: Secret of the Virtuous Widow dan Bro belum sempat untuk menontonnya.

Maybe esok atau lusa baru nak tengok. Selamat ada Astro PVR yang telah merakam beberapa cerita yang menarik tetapi belum sempat Bro nak tonton.

Cuma awek comel yang berlakon dalam Detective K: Secret of the Lost Island macam Bro kenal je. Lama juga dok fikir, rupanya dia ada berlakon dalam filem sebelum ini yang pernah Bro tonton.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Filem penyiasatan bersiri dari Korea Detective K di Astro tvN Movies

  1. dah terminate Astro dah,rasa macam aman je dunia..haha..tengok semuanya online je sekarang.sekali tengok tv kat rumah orang lain rasa macam jakun sekejap..:P

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top