You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Susu Fernleaf UHT Kini Hadir Dengan Pek Mudah Bawa

Susu Fernleaf UHT Kini Hadir Dengan Pek Mudah Bawa

Fernleaf UHT Pek Mudah Bawa
Susu Fernleaf yang kini disediakan dalam pek UHT baharu dan mudah bawa serta sesuai untuk seisi keluarga.

Dilengkapkan dengan nutrien-nutrien penting seperti protein, vitamin A dan D serta kalsium bagi membantu warga Malaysia meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga di mana-mana sahaja mereka berada dan bersedia untuk mencapai kehebatan masing-masing.

Sempena pelancaran susu UHT sedia untuk diminum yang terbaru, Fernleaf menggalakkan warga Malaysia untuk mencapai kehebatan masing-masing dengan disokong oleh semangat pasti-boleh dan 100% kebaikan susu dari New Zealand.

“Dengan kebaikan susu 100% di mana-mana sahaja anda berada, Fernleaf berharap untuk menggalak warga Malaysia dalam mengejari kehebatan setiap hari, terutamanya sewaktu bekerja atau meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga,” – Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia.

Sepanjang 30 tahun,

Fernleaf telah membawakan kebaikan tenusu dari ladang-ladang kami di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan nutrien yang menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.

Untuk menggalak rakyat Malaysia dalam mencapai kehebatan, Fernleaf ingin menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai acara pendakian yang pasti dapat meningkatkan semangat anda.

Cabaran pendakian dinding dan aktiviti menarik lain menanti di LG Oval, Pusat Membeli-belah 1 Utama dari 10 hingga 14 Januari 2018.

Susu Fernleaf UHT

Dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri dan keluarga anda, jadikan kebaikan tenusu dari New Zealand memastikan anda 100% bersedia untuk mencapai kehebatan! Susu ini didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara pada harga RM5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.

Susu UHT Fernleaf didapati dalam tiga pilihan yang lazat ~ penuh krim, rendah lemak dan coklat untuk memenuhi setiap cita rasa yang berbeza dalam keluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fernleaf, anda boleh layari Facebook Fernleaf.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top