You are here
Home > Iklan > Drama Bersiri DO[S]A – An Astro Original Series Mulai 14 Februari 2018

Drama Bersiri DO[S]A – An Astro Original Series Mulai 14 Februari 2018

Original Series DO[S]A
Buat julung kalinya, Astro tampilkan sebuah siri mini Nusantara premium eksklusif berjudul DO[S]A di platform digital, ‘on demand’ dan Astro GO, serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First saluran 480 dan di platform NJOI.

DO[S]A merupakan naskhah Nusantara pertama di bawah slot ‘An Astro Original Series’ dan bakal bersiaran mulai 14 Februari ini.

Dengan hanya RM 19.10 (termasuk 6% GST), penonton boleh menikmati kesemua lapan episod (berdurasi satu jam untuk setiap episod) dengan berulang kali dalam tempoh 10 hari dari waktu pembelian.

Ia menampilkan barisan pelakon dari 3 negara yakni Dato’ M.Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya dari Indonesia, serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid dari Singapura.

BACA : DO[S]A Catat Fenomena Baharu Industri Hiburan Nusantara

Fakta Menarik Drama Bersiri DO[S]A – An Astro Original Series

Original Series DO[S]A

  • DO[S]A merupakan naskhah asal dua orang karyawan hebat, gandingan Malaysia dan Indonesia, saudara Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo, yang turut bertindak sebagai Penulis Skrip.
  • Ia turut mendapat sentuhan daripada Pengarah Terbaik Festival Filem Indonesia 2011 iaitu Ifa Isfansyah.
  • Menggunakan khidmat Pengarah Fotografi terkenal, Yadi Sugandi
  • Turut menampilkan Cecep Arif Rahman sebagai Pengarah Koreografi adegan aksi untuk melatih dan mempersiapkan para pelakon dengan disiplin silat dan koreografi seni mempertahankan diri.
  • Dibarisi pelakon-pelakon hebat gabungan tiga buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura bagi menggerakkan setiap watak dalam jalan cerita.
  • Siri original yang bergenre aksi ini berlatarkan lapan asas utama yang mendasari setiap episod; ‘Khianat’, ‘Tamak’, ‘Nafsu’, ‘Dengki’, ‘Derhaka’, ‘Fitnah’, ‘Munafik’ dan ‘Fitnah’. Kelapan-lapan ini memperkasakan slogan utama DO[S]A, “Niat Tidak Menghalalkan Cara”.
  • Ia sarat dengan babak-babak yang mendebarkan, aksi suspen dan ganas. Namun begitu, pada masa yang sama turut diapit dengan pergolakan emosi, pengorbanan, ikatan kekeluargaan serta bibit percintaan.
  • Karya ini adalah kerjasama di antara Astro, Arie Zaharie Production dan Capitol Entertainment Production (produksi dari Indonesia).
  • Sesi penggambaran telah berlangsung selama 58 hari, dari bulan Julai 2017 sehingga September 2017. Lokasi penggambaran rata-ratanya dilaksanakan di Jakarta Timur dan Jakarta Barat, Indonesia (dengan anggaran 90% jumlah penggambaran) dan selebihnya di Malaysia.
  • Ia juga dijangka akan menembusi pasaran Indonesia menerusi platform OTT (Over-The- Top); Tribe Indonesia dan di saluran Astro Citra dalam waktu terdekat ini.

Sinopsis DO[S]A

DO[S]A mengisahkan tentang empat beradik dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Latif (Dato’ M. Nasir), dengan nilai-nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat, dan disiplin persilatan.

Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid), dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka dipelusuk paling sunyi Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat, berlatih ilmu persilatan hari demi hari. Seolah-olah bersiap-siaga untuk menghadapi sesuatu.

Rungutan mereka, terutama daripada Fara yang semakin memberontak langsung tidak diendahkan oleh bapa mereka.

Rutin harian yang memerlukan adik-beradik ini bertumbuk, bertendang dan berhayun parang sesama sendiri akhirnya turut mewujudkan ketegangan di antara mereka di luar gelanggang.

Perhubungan keluarga ini semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa dengan Latif.

Original Series DO[S]ADalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu dengan Latif, mereka menjadi semakin rapat.

Menyedari akan hal ini, abang sulung Fara, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara untuk terus bertemu dengan Arian.

Fuad kemudian bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta. Menjanjikan bahawa Latif tidak mahu lagi ada kaitan dengan ‘orang-orang seperti Arian’.

Berang dengan tindakan Fuad, Fara bertindak mengekori Arian ke Jakarta, tanpa mengetahui bahaya yang menanti dirinya di situ.

Sebaik sahaja Fara keluar daripada pintu ketibaan di lapangan terbang Jakarta, dia terus diculik, dihumban ke dalam van, lalu dikurung di dalam sebuah gudang.

Tidak mengetahui nasib adik mereka, Fuad, Farid dan Fahad dihantar Latif ke Jakarta untuk membawa adik mereka pulang.

Di sana, ketiga-tiga beradik itu sering mendapati diri mereka diserang tanpa sebab yang pasti, sekaligus memaksa mereka untuk mempertahankan diri di dalam pertempuran-pertempuran yang ganas.

Original Series DO[S]A

Arian yang baru mendengar mengenai berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang-abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami tentang asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka yang sebenarnya.

Sebelum mereka sedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu menamatkan perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan.

Apakah kesudahan kisah mereka?

Dengan hanya RM 19.10 (termasuk 6% GST), anda boleh menikmati kesemua lapan episod (berdurasi satu jam untuk setiap episod) dengan berulang kali dalam tempoh 10 hari dari waktu pembelian bermula 14 Februari 2018 ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Drama Bersiri DO[S]A – An Astro Original Series Mulai 14 Februari 2018

Leave a Reply

Top