You are here
Home > Iklan > Bro Framestone OK K.O.! Let’s Be Heroes! di Cartoon Network

Bro Framestone OK K.O.! Let’s Be Heroes! di Cartoon Network

OK K.O! Let’s Be Heroes!
Bro Framestone, OK or K.O?

Hahaha Baru-baru ini, Bro terima hadiah istimewa dari Cartoon Network dimana mereka membuat custom made power card sempena salah satu rancangan terbaru mereka – OK K.O! Let’s Be Heroes!

OK K.O.! Let’s Be Heroes! merupakan siri original terkini dari Cartoon Network, karya dari Ian Jones-Quartey mengisahkan mengenai K.P yang bakal menjadi pahlawan terhebat satu masa nanti.

Tayangan perdananya bermula 20 Januari 2018, pukul 11 pagi di Cartoon Network (Astro Saluran 616).

27044707_1599835173437636_807589873_n

Pada kad power ini, dilukisnya Bro sebagai tukang masak (dulu Bro pernah berniaga Char Kuey Teow, sebab itu kot mereka dapat idea ini) sebagai watak kartun dalam rancangan ini dengan nama BRO.

Jom baca apa yang tertulis pada kad ini,

“Known only as Bro, he is able to build excitement whereever he goes be it at an event or the kitchen. Don’t let his extroverted personality fool you, if needed he can cook you up a mean one to protect the ones he love with his ever-reliable super spatula.”

Wowwwww…!! Dia punya description..!! Jom baca ciri-ciri yang ada pada Bro pula.

  • Strengths : Enthusiasm, determination
  • Weaknesses : Feisty
  • Powers & Abilities : Can release fireballs from spatula

OK K.O.! Let’s Be Heroes!

Sebagai pejuang muda, K.O. menangani segala-galanya dengan penuh semangat, tanpa rasa mengalah, termasuk tugasnya di Bodega Gar di Lakewood Plaza, kedai sehenti untuk semua pahlawan.

Di mata K.O., setiap orang adalah pahlawan yang perlu beradu tenaga, setiap cabaran adalah peluang untuk menjadi lebih kuat dan setiap kejayaan atau kegagalan adalah satu lagi batu loncatan untuk menjadi pahlawan terhebat.

Selepas anda menontonnya,

Jangan lupa mengalahkan Lord Boxman yang jahat dalam permainan mudah alih, OK K.O.! Lakewood Plaza Turbo yang kini boleh didapati secara percuma di Google Play dan App Store.

Untuk meraikan tayangan perdana ini,

Cartoon Network Asia akan menjadi menganjurkan Pertandingan Watch & Win selama satu bulan di Facebook dari 23 Januari dan tiga (3) pemenang bertuah akan membawa pulang pelbagai hadiah setiap minggu!

Maka, jangan lupa menonton tayangan perdana OK K.O.! Let’s Be Heroes! pada hari Sabtu, 20 Januari, pukul 11.00 pagi di Cartoon Network (Astro Saluran 616).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari CartoonNetworkAsia.com atau Cartoon Network Asia Facebook Page.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top