You are here
Home > Iklan > Bengkel Penulisan Cerita Kanak-Kanak oleh Lan Hussain (Sinaganaga)

Bengkel Penulisan Cerita Kanak-Kanak oleh Lan Hussain (Sinaganaga)

Bengkel Penulisan Cerita Kanak-Kanak oleh Sinaganaga
Siri Berilmu di MarkasKD kembali lagi.

Kali ini mereka membawakan Bengkel Penulisan Cerita Kanak-Kanak oleh Lan Hussain atau lebih dikenali sebagai Sinaganaga. Beliau merupakan antara penulis dan pelukis cerita kanak-kanak yang paling menonjol ni di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda,

Penulisan cerita kanak-kanak di Malaysia merupakan antara cabang penulisan yang masih belum diterokai sepenuhnya. Diakui kita mempunyai ramai penulis yang berbakat dalam bidang penulisan seperti cerpen dan novel remaja, triller,travelog, kritik, esei, dan puisi, namun penulis yang benar-benar fokus pada penulisan cerita kanak-kanak adalah sangat kurang.

Ramai yang beranggapan penulisan cerita kanak-kanak adalah mudah – straight to the point, plot yang ringkas dan seronok dibaca. Ini adalah benar, namun tak ramai yang tahu cara yang betul untuk menjadikan cerita yang ditulis itu ‘mesra’ kanak-kanak. Gaya penceritaan, penggunaan perkataan dan ayat, susunan plot dan pembentukkan karektor antara perkara yang sering diabaikan.

Menulis cerita kanak-kanak memerlukan skill dan teknik yang betul, agar tulisan itu dapat menangkap imaginasi, selain menyelitkan kisah tauladan yang harus menghiburkan. Karya yang bosan dan tidak difahami, membuatkan kanak-kanak mudah hilang tumpuan pada satu satu bacaan.

Latar Belakang Sinaganaga – penulis dan pelukis cerita kanak-kanak

Sinaganaga Lan Benhussain
Sepanjang karier sebagai penulis cerita kanak-kanak selama hampir 25 tahun, Sinaganaga telah menghasilkan lapan buku bergambar kanak-kanak. Antaranya Si Lalai (1992, DBP), Kasut Belang Hilang (1992, DBP), Meet My Friend! (2001, ACCU), Din Nakal (2006, DBP) dan All About Gragong (2009, Ameen Books).

Karya Kasut Belang Hilang pula pernah memenangi Hadiah Karya Terbaik Peraduan Penyediaan Illustrasi Buku Bergambar Kanak Kanak 89/90 anjuran DBP malah ilustrasi dari buku tersebut juga telah mewakili Malaysia di Peraduan Penyediaan Ilustrasi Buku Kanak-Kanak Norma Concours di Tokyo, Jepun.

Kini kesemua ilustrasi asal Kasut Belang Hilang dipamer dan disimpan di Chihiro Art Museum, Nagano, Jepun.

Selain menulis buku kanak-kanak, Sinanaga juga giat menulis cerpen dan puisi untuk pembaca matang. Antara buku tulisannya adalah Stingarden (PTS), You Want a Gum, Soljah (Sindiket Sol-jah), Sajak- Sajak Palsu (SelutBooks) dan Kata Plato (Studio Anai-Anai).

Beliau juga adalah pereka grafik dan illustrator yang prolifik. Dianggarkan hampir ribuan reka bentuk kulit buku dari pelbagai penerbitan mendapat sentuhan beliau.

Dalam Bengkel Penulisan Cerita Kanak-Kanak oleh Sinaganaga ini, beliau akan menerangkan cara dan teknik yang betul dalam menghasilkan bahan bacaan untuk kanak-kanak. Beliau akan membantu peserta menstruktur dan mengolah cerita yang mungkin sedia ada agar sesuai dan mampu menarik minat kanak-kanak untuk membacanya.

Sinaganaga juga akan berkongsi pengalaman dan rahsia beliau menulis buku kanak-kanak best-seller sepanjang 25 tahun dia bergelar penulis. Sebuah bengkel yang tidak harus dilepaskan oleh penulis-penulis berbakat yang meminati bidang penulisan cerita kanak-kanak di luar sana!

Bengkel Penulisan Cerita Kanak-Kanak

Berminat?

Anda boleh sertai Bengkel Penulisan Cerita Kanak-Kanak oleh Sinaganaga yang akan diadakan pada 20 Januari 2018, 10 pagi – 5 petang di Markas Kota Damansara pada harga RM130 seorang (terhad kepada 20 peserta).

Untuk sertai, anda boleh whatsapp : 012-737 9386.

Lokasi :

Markas Kota Damansara
No 68-1, Jalan PJU5/21, Kota Damansara
Petaling Jaya, 47810 Selangor

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top