You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Kemuncak Pameran Tour The World With Snoopy di Genting Highlands

Kemuncak Pameran Tour The World With Snoopy di Genting Highlands

Tour The World With Snoopy at Genting Highlands
Sempena cuti persekolahan yang telah bermula, ramai pengunjung berkumpul meluangkan masa di Genting Highlands bersama keluarga.

Menariknya, semalam di Time Square of SkyAvenue, Genting Highlands ramai berkumpul untuk menyaksikan pelancaran edisi Hari Natal yang istimewa pada tahun ini.

Di mana mereka sekeluarga termasuk anak-anak teruja untuk menyaksikan persembahan dan penampilan istimewa watak dari komik Peanuts, karya dari Charles M. Schulz—first yang terkenal sekitar tahun 1950.

Mereka adalah Snoopy dan Charlie Brown. Turut sama Santa Claus dan kawan-kawan.

Kehadiran mereka disini sebagai kemuncak bagi Tour the World with Snoopy yang telah bermula 1 November 2017 hingga 1 Januari 2018.

BACA : Tour The World Snoopy Di Resorts World Genting Highlands.

Tour The World With Snoopy at Genting Highlands

Jangan lupa untuk bergambar dengan patung Snoopy terbesar dengan ketinggian 6 meter sebagai kemuncak kemeriahan Tour The World With Snoopy di Genting Highlands.

Turut terdapat 52 patung Snoopy boleh anda temui sekitar SkyAvenue untuk pengunjung mengambil gambar dan memuat naik kelaman sosial.

Tidak lupa juga, sesi beramah mesra bersama Snoopy dan Charlie Brown.

Persembahan SkySymphony Yang Memukau Pengunjung SkyAvenue Genting Highlands

Genting Spectacular SkySymphony Christmas Show
Bukan itu sahaja.

Terdapat juga persembahan Genting SkySymphony bertaraf dunia dengan bertemakan Hari Natal (Genting Spectacular SkySymphony Christmas Show) mengelilingi pokok krismas sesuai sangat bagi mereka yang ingin menyambut perayaan ini di Genting Highlands pada hujung tahun ini.

Ini merupakan satu idea yang kreatif dari pihak Resort World Genting untuk menarik lebih ramai pengunjung setiap tahun menyambut perayaan Hari Natal di sini.

Genting Spectacular SkySymphony Christmas Show

Genting Spectacular SkySymphony Christmas Show

Genting Spectacular SkySymphony Christmas Show
Persembahan ini akan berlangsung setiap hari (ikut masa yang ditetapkan) dimana muzik sekeliling dihentikan dan lampu menjadi malap sebagai tanda ianya akan bermula.

Penari Krismas mula berada di kedudukan mengelilingi pentas bulat di Time Square sebelum pertunjukan bermula. 13 patung Snoopy juga berdiri di atas pentas untuk menyerikan lagi persembahan ini.

Berlatar belakangkan skrin LED setinggi empat tingkat tinggi menjadikan persembahan ini nampak hidup dimana mampu menarik pengunjung datang dan melihat kreativiti serta kepintaran teknikal yang dipamerkan.

Terdapat juga 1,001 mentol lampu yang sentiasa bergerak dan bertukar warna pada masa yang sama selari dengan muzik bagi menggambarkan cerita yang ingin disampaikan.

Tour The World With Snoopy at Genting Highlands

Persembahan berdurasi 5 minit ini berakhir dengan kemunculan pokok krismas setinggi 20 kaki di atas pentas, pasti mengejutkan pengunjung yang hadir.

Kemudian, ia diikuti oleh persembahan dari Santa Claus, Snoopy, Charlie Brown, Reindeer dan Elvas bersama Krismas Carol mendendangkan lagu krismas dengan persembahan tarian untuk menghiburkan pengunjung.

Tour The World With Snoopy at Genting Highlands

Tour The World With Snoopy at Genting Highlands

Tour The World With Snoopy at Genting Highlands

Dari 1 hingga 31 Disember 2017, selain Genting Spectacular SkySymphony Christmas Show yang berlangsung setiap 2 jam, terdapat juga 3 persembahan disertakan yakni The Forest, Urban Symphony dan The Goodess setiap jam dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Alang-alang anda sudah berada di Genting Highlands, jangan terlepas pula menonton Teater The Monkey King yang penuh dengan aksi akrobatik bertaraf antarabangsa bersama kesan khas 3D.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Hari Natal di Resorts World Genting dengan melayari www.rwgenting.com

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Kemuncak Pameran Tour The World With Snoopy di Genting Highlands

  1. Meriahnya sambutan Hari Natal kat Genting World Resort ni kan. Sesuai sangat-sangat kalau suggest kat kawan-kawan yang beragama Kristian tu. Mesti bermakna sambutan perayaan mereka kali ini dengan adanya patung Snoopy tu kan…

  2. Wahhh persembahan bertaraf dunia tu. Siap ada suprise element lg tu. Kalau yg tak tahu mesti tertanya knp muzik dan lampu senyap tetiba.

    Ada masa lagi nk ke sana ni. Lama sungguh tak ke GH. Boleh plan ni.

Leave a Reply

Top