You are here
Home > Iklan > Advertorial > Sunfeet International Tawar Khidmat Pakar Penjagaan Kaki

Sunfeet International Tawar Khidmat Pakar Penjagaan Kaki

Sunfeet International Petaling Jaya
Tahukah anda, kebanyakan penyakit yang kita hadapi kini ada kaitan dengan cara penjagaan kaki kita.

Ramai yang menganggap ianya perkara remeh berbanding penjagaan penampilan dan kesihatan dengan mengamalkan makanan seimbang / sihat.

Daripada bayi, kanak-kanak sekolah, eksekutif, ahli sukan, wanita hamil sehinggalah mereka yang sakit terutamanya pesakit diabetes, dan warga emas – mereka semua mengalami masalah kaki berbeza yang mencetuskan masalah kesihatan kaki masing-masing.

Tetapi, perkara remeh ini juga yang menjadi penentu kepada permasalahan kesihatan yang bakal anda hadapi kelak.

Ramai menganggap kesakitan yang ditanggung merupakan perkara kecil dan ia akan pulih sekiranya mendapat rehat yang mencukupi.

Malah masyarakat masih tidak menyedari kesakitan yang ditanggung, kadangkala boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada pesakit.

Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya

Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya

Di Sunfeet International Rehab Centre, kaki anda akan diberikan penjagaan menyeluruh oleh pakar dan pasukan profesional yang terdiri dari pelbagai bidang termasuk terapi pekerjaan, pemulihan sukan, prostetik, podiatri, orthotics, pedorthics dan fisioterapi.

Setiap orang mempunyai tapak kaki yang berbeza, lebih ketara lagi bila mempunyai tapak kaki kanan dan kiri yang berbeza. Lebih menyukarkan pemilihan kasut yang sesuai dan selesa untuk digunakan.

Kesakitan pada tapak kaki secara umumnya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu jari kaki, depan tapak kaki dan belakang kaki.

Biasanya pesakit sering berhadapan dengan masalah pada jari kaki kerana mereka menggunakan kasut yang tidak selesa atau sempit.

Sunfeet International Petaling Jaya

Kesakitan pada bahagian depan tapak kaki biasanya melibatkan tulang metatarsal (kelima-lima tulang pada kaki yang menyambung pergelangan kaki kepada jari-jari kaki) dan tulang sesamoid (tulang berbentuk nodul bujur yang terletak di dalam tendon dan melongsor di atas permukaan tulang lain).

Kesakitan yang berpunca pada belakang kaki akan mendatangkan kesan yang berlanjutan di bahagian tumit dan juga tapak kaki.

Jika anda mempunyai masalah tapak kaki yang rata, palsy serebral, mengalami sakit lutut, scoliosis dan juga kaki kencing manis, ia memerlukan perhatian perubatan khas oleh pasukan profesional terlatih.

Orthotic Beri Keselesaan Pada Tapak Kaki

Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya

Orthotic diperbuat daripada material yang ringan dan ia membantu menyelaraskan kaki pada kedudukan paling efisien secara anatomi.

Bagi pesakit yang menghidap penyakit berkenaan mereka dinasihatkan supaya menukar alat tersebut pada jangka waktu tertentu ekoran kaki pesakit yang semakin membengkak.

Malah orthotic juga sesuai digunakan oleh ahli sukan yang tidak pernah berhadapan masalah kesakitan pada kaki dan alat tersebut turut direka khusus untuk kegunaan acara sukan tertentu.

Ia juga sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah yang sama.

Sunfeet International Petaling Jaya

Sunfeet International Tawar Penjagaan Kaki Menyeluruh Dari Pakar

Sunfeet International memberi tumpuan kepada perkhidmatan orthotic serta produk preskripsi, orthotic dan prostetik bagi memenuhi keperluan penjagaan orthotic dan prostetik yang semakin berkembang di negara ini.

Dengen pembukaan cawangan pertamanya di Petaling Jaya, Sunfeet International juga menawarkan perundingan dan pemulihan profesional kepada pesakitnya di mana pendekatan holistik membolehkan pesakit berasa selesa dan terkawal sambil memberi perhatian dan perhatian khusus kepada kaki mereka.

Mereka akan diberikan khidmat nasihat dan latihan terbaik melalui pendekatan peribadi supaya seseorang berasa yakin selepas menjalani proses pemulihan di Sunfeet International.

Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19
46300 Petaling Jaya, Selangor

Tel No. : 013-528 3939
Laman Web : www.sunfeet.com.my : Facebook : Sunfeet
Waktu Operasi : 10:00 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari)

Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya

Nota Kaki : Anda boleh sahaja walk-in, tetapi jika ingin mendapatkan konsultansi dari pakar, seeloknya buat temujanji dulu sebelum datang.

Dapatkan 10% DISKAUN dari Sunfeet International dengan menunjukkan artikel blog ini ketika datang ke sini. Tawaran ini sah sehingga 31 Januari 2018.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top