You are here
Home > Jalan Cari Makan > Sate Jawa @ Restoran Selera Antarabangsa Kampung Baru, Kuala Lumpur

Sate Jawa @ Restoran Selera Antarabangsa Kampung Baru, Kuala Lumpur

Sate Jawa Kampung Baru
Pertama kali menikmati sate jawa ketika jalan-jalan cari makan sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bro temuinya ketika makan bersama keluarga di Restoran Selera Antarabangsa yang terletak bertentangan dengan Line Clear Nasi Kandar (LC Restoran) Kampung Baru.

Lagipun dah lama tak perkena satay.

Sambil menunggu order Bro siap (at the end tak siap selepas hampir sejam diorder.. last2 bro cancel), bro usha gerai-gerai yang ada di situ.

Sate Jawa Kampung Baru

Maka terjumpa gerai yang menjual satay jawa.

Yup, sate jawa dan ia pertama kali mendengarnya. Selalu dengar satay minang (antara satay yang selalu Bro beli setiap kali pulang ke Tanjung Malim).

Harganya sekitar RM0.80 (ayam / daging) dan RM0.90 untuk kambing. Bro ambil 5 ayam & 5 daging = RM8.00.

Sate Jawa Kampung Baru

Sate Jawa Kampung Baru

Tak banyak bezanya sate jawa dengan satay yang biasa kita makan.

Masih menggunakan kuah kacang, bersama kicap pekat ABC, ditaburkan hirisan bawang dan cili padi untuk menaikkan pedasnya.

Makan dengan nasi putih. Perghhhhh…..!!! nikmat dia…

Tak sia-sia cancel order dekat satu gerai itu. Ketika nak balik, ada satu keluarga itu. Mereka order lebih awal dari Bro, tetapi masih belum dapat makanannya.

Sian….

Nota Kaki : Bro pernah makan satay tepi jalan di Jakarta, sataynya berkuahkan kicap dan hirisan cili / bawang sahaja.

Sate Jawa Kampung Baru

Sebelum balik, sempat bersembang dengan brader Hariz, dia berasal dari Jawa Timur (keturunan Bro pula dari Jawa Tengah & wife Bro pula Jawa Johor), patut la sate jawa ini kena sangat dengan tekak.

Katanya, dah 7 tahun dia menetap di Malaysia.

Selain sate jawa, ia turut menjual ayam penyet (RM6.00).

Next time, kalau terlajak ke sini lagi boleh perkena Sate Jawa + Ayam Penyet dari brader nie.

Sate Jawa @ Selera Antarabangsa
Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Sate Jawa @ Restoran Selera Antarabangsa Kampung Baru, Kuala Lumpur

Leave a Reply

Top