Pernah tak korang makan nasi yang dimasak didalam buluh?
Eh, bukan lemang tau. Lemang itu, beras pulut yang dimasak dalam buluh. Yang ini nasi dimasak didalam buluh.
Jika tak pernah lagi, apa kata anda cuba menikmatinya di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak.
Dulu, ianya pacak khemah tepi jalan. Kini mempunyai restorannya tersendiri dan boleh memuatkan hampir 1,000 pelanggan dalam satu-satu masa (Bro kira based on meja yang ada).
Nasi Bamboo Tarikkan Pelancong ke Sungai Klah
Untuk pengetahuan korang, Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah merupakan salah satu tarikan pelancong ke Sungkai selain kolam air panas semula jadi yang terdapat di Felda Residence Hot Springs.
Lokasinya pula tidak beberapa jauh dari susur keluar lebuhraya PLUS di Exit Sungkai.
Menjadikan ia salah satu lokasi makan yang mudah ditemui sekiranya anda dari KL nak ke utara ataupun sebaliknya.
Kalau hujung minggu, akan nampak beberapa group pelancong mahupun konvoi kereta/motor akan berhenti singgah makan di sini.
Maka kalau anda datang waktu weekend, walaupun awal pagi memang susah juga nak dapatkan meja, kecuali anda mai dalam 2-4 orang je.
Bro dah pernah rasa sebelum ini, rasa nak makan bersama keluarga agak kurang selesa, sebab kena makan dengan cepat untuk bagi can dekat orang lain untuk duduk makan (tak kan la kita nak pentingkan diri kita sendiri, bukan?).
So, kali ini Bro datang pada weekday.
Walaupun ramai orang, tetap selesa untuk makan disini bersama keluarga. Tetap meriah, cuma lebih mudah mendapat parking dan juga tempat duduk.
Ini merupakan kali ke-2, Bro bersama keluarga singgah makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai.
Siapa sangka masakan tradisional kampung orang Melayu Perak ini mendapat sambutan luar biasa sampai berjaya tarik pelancong antarabangsa untuk datang dan makan di sini.
Nasi Bamboo merupakan nasi yang dimasak dan dikukus dalam buluh dengan daun lirik atau lebih dikenali sebagai daun kalatia sebagai lapik berasnya.
Yang pasti, aromanya mampu menambahkan lagi selera anda.
**** iklan di Bro Framestone *****
Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.
Ianya boleh dinikmati bersama lauk pauk yang turut dijual disini. Tak susah pun, anda hanya perlu beratur dikaunter lauk yang ingin anda nikmati.
Pilih, bayar kemudian bawa ke meja sendiri untuk dinikmati (Yup, sini mengamalkan konsep self-service).
Beraneka hidangan boleh anda nikmati disini. Cuma Bro nak pesan, kalau beli nasi tue, beli lebih sikit. Nanti jenuh nak beratur balik bila tak puas nak makan.
Di sini Bro kongsikan beberapa lauk pauk yang kami nikmati baru-baru ini.
Setiap hidangan nasi disertakan dengan ulam dan sambal. Tetapi, rugi kalau tak rasa Kerabu Pucuk Paku mereka.
Ayam bakar dan juga ayam kampung bunian yang merupakan antara menu terawal disajikan disini. Ramai pelanggan yang datang mengatakan ayam kampung bunian memang terbaik.
(Maaf gambar kurang menarik T-T)
Burung puyuh pun boleh tahan enaknya. CUma Bro lupa berapa harganya seekor.
Yang pasti, Sup kambing dorang memang menyengat. Jika tak salah, semangkuk hanya berharga RM10.
Antara hidangan lauk lain yang popular di sini ialah daging kambing salai.
Daging kambing yang disalai selama 16 jam ini akan berasa lebih lembut, dimasak dengan pelbagai rempah yang menjadikannya sedap bila dimakan
So, jika anda terlajak / terlalu Sungkai, jangan lupa untuk singgah makan di sini. Memang Bro rekomen sangat dan pasti tidak akan mengecewakan anda.
Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah,
35600 Sungkai, Perak.
Waktu Operasi : 10 pagi – 6 petang (Sabtu – Khamis), Jumaat TUTUP.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Memang dia masak dalam bulu betul ke tu bro. Ya Allah, gigih sangat tu. Rasa dia berbeza ke dari nasi biasa?
Yup, dalam buluh… memang masakan tradisional melayu perak (blah batang padang).
Ada berbeza sikit rasanya, aroma dari daun menyerap masuk dalam nasi tue… Memang menyelerakan
femes kedai ni.. ofismate balik kg di perak, mesti datang kedai ni.sanggup beratur panjang. then balik ofis cerita kat memba2 lain..sedap giler katanya
Teman tak sanggup nak beratur panjang… Sanggup jadi yang terawal dan dapat makan dengan tenang… itu lagi nikmat
femes kedai ni.. ofismate balik kg di perak, mesti datang kedai ni.sanggup beratur panjang. then balik ofis cerita kat memba2 lain..sedap giler katanya
Penah makan nasi dlm buluh tapi bukan kat perak, xsilap kat sunway mall level 4. not bad sedap gak.
tapi baru tahu kat perak banyak gak port makan best ek
Yup, memang memang ada banyak port maka yang best, cuma kena pandai cari. Sebab setiap daerahnya, berbeza juga menunya
Alaaaaa bro…sup kambing tu mencongkam jiwa la bro…apesal kedai ni jauh sangat..kalau dekat KL ni kan best..
Jarak tak sampai sejam je dari KL… Try la
Fuh.. banyak yang sedap-sedap ni.. terutamanya kerabu pucuk paku tu.. alahai.. my feberet jugak tu.. lama dah tak makan.. balik kg nak request mak buatkan.. hahaha.. yang ni dekat sungkai yea.. boleh ajak famili singgah sini kalau ada lalu jalan ni..
Kalau ikutkan, Bro tak boleh nak makan pucuk paku…
Tapi masa kecik, selalu teman arwah nenek pergi petik pucuk paku…
restoran ni famous selalu tengok orang share kat FB. terliur betul tengok food kat sini, kalau ada kat KL memang aida dah terjah dah haha
EH, tak jauh pun dari KL.. Dalam sejam je dah sampai… Owner dia muda lagi, umur 20an lagi kot
tak pernah cuba lagi setakat nie, gambar pun menarik pasti sedap.. lagi sedap makan dengan family.next kena cuba nie.
oh baru tau ada nasi bamboo, rasanya macam nasi biasa ke tawar ke ada letak apa2? jauh pula nak try nye, kat kl selangor xde ke? hihihi
pertama dengar nasi kukus dalam buluh ni.. tarikan menarik untuk pelancong ni…
Tak pernah cuba nasi buluh ni dan tak pernah tahu. Macam Burasak sahaja. Makan pula dengan pucik ubi, sedapny alahai! ayam kampung bunian tu macam bahaya je Bro. Hehe
Wahh… semuanya nampak sedap. Hopefully satu hari nanti dapatlah mencuba. Teringat satu menu macam ni, tapi lauknya di dalam buluh di Toraja.
Dulu kedai dia tepi jalan je tapi kali ni dah besar. Suka kambing bakar dia..sedappp
Hmmm..sedapnya lain kali ajaklah kita tau!!
nasi buluh dan ayam kg bunian tu nampak sangat sedap… teruja nak JJCM bersama family disitu…
Uik…
Ni fav kita bro..
Memang kena dgn lidah kampung kita ni
Kambinh bakar dia best gila!
lalu hari tu tak singgah pulak, sbb dah kenyang
Rawlins akan makan begini time balik kampung dan family buat BBQ di ladang/ kebun. Maybe tak sama tapi Rawlins suka bau nasi tu lepas masak – wangi
nampaknya sedap! but i always have the experience like bau wangi but makan that time macam ok ok saja. hope this one is better!
Nak nasi wangi, kena makan atas daun pisang. Yang ini, dia xde la wangi, just ada bau macam daun2 hutan sahaja..
So long did not try the Nasi buluh. All the dishes looks so tempting. I craving for it.
lalu je selalu, singgah tak pernah lagi.sebab tiap kali lalu, penuh je orang.haha..
Boleh tahan juga tu masakannya, geng-geng motor pun suka ride pegi makan sini
Sejujurnya, masak nasi bamboo ni memang payah… sebab pernah cuba untuk pertama kali masa camping di Royal Belum, masak nasi dalam bamboo tu, tapi nasi tak masak,hahaha… nak jaga masa masak pun kena banyak bersabar tapi kalau nasi betul2 masak memang sedap dan nikmat,hee
Nasi dalam buluh ni yang pernah keluar kat majalah 3 ye? Pemilik tempat ni kahwin dua masa saya tengok kat tv3. Isteri tua dengan isteri muda sama-sama ikut tolong suami dia. Seronok saya tengok 2 isteri dia sama-sama majukan bisnes nasi dalam buluh.