March 28, 2024

Promosi honor 7X Pada Harga RM999 Bagi Tempoh Masa Terhad

honor 7X
Honor Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri-X yakni honor 7X yang dijual pada harga RM1,099 mulai 22 Disember 2017.

Sekaligus, menjadikan ia peranti pertama dari honor dengan ciri skrin nirbingkai 18:9 termurah dalam pasaran Malaysia.

Lebih menarik lagi,

Anda boleh memilikinya dengan harga RM999 pada 18 Disember ini melalui Lazada dan VMall antara pukul 3 petang ke 4 petang.

Pastinya ia sesuatu yang amat dinantikan oleh Bro yang pernah mencuba siri-X yang lain seperti honor 5X dan honor 6X (sekarang puan isteri tengah menggunakannya)

Honor 7XBoleh dikatakan honor 7X mempunyai ciri hampir sama seperti Huawei Nova 2i dengan beberapa spesifikasi lebih rendah membuatkan ia dijual lebih murah berbanding Nova 2i.

Ia merupakan peranti pertama dari honor yang mempunyai paparan skrin nirbingkai dengen bersaiz 5.93″ bersama reka bentuk skrin bezelless memberikan kualiti paparan yang luar biasa.

Ia dikuasakan oleh cip pemproses octal-core Kirin 659 dengan memori 4GB dan ruangan simpanan 64GB.

Dari segi kameranya pula,

Kamera utamanya mempunyai dual-lensa 16MP + 2MP dengan kemampuan merakam pada tetapan tertinggi 1080P 30FPS mampu memberi pengalaman kepada anda seakan menggunakan DSLR pada telefon bimbit.

Manakala kamera hadapannya pula sebesar 8-Megapixel.

Berbeza dengan Nova 2i, dimana honor 7X mengembalikan semula ciri dwi-kamera pada bahagian belakangnya. Jeng jeng jeng…

Ciri Menarik Terdapat Pada Honor 7X

  • Paparan FHD + dengan resolusi 2160 X 1080, memberikan definisi ultra tinggi dan kualiti paparan yang luar biasa.
  • Mmepunyai reka bentuk futuristik dengan casis logam dengan sudut tepi melengkong.
  • Paparan skirn 18:9 sesuai buat pemain game dan hampir menyamai ratio 21:9 yang digunakan oleh setengah video memberi pengalaman menonton wayang optimum pada peranti pintar.
  • Produktiviti mampu meningkat hingga 2x ganda dengan fungsi split screen dimana anda boleh buat 2 kerja dalam satu masa.
  • Mempunyai bateri sebesar 3,340 mAh yang mampu bertahan lebih dari 1 hari penggunaannya dengan sekali pengecasan.

Honor 7X Flash Sale

Untuk tempoh masa terhad,

honor 7X boleh dibeli pada harga RM999 melalui VMall dan Lazada pada 18 Disember 2017, antara pukul 3 – 4 petang (1 jam sahaja), dan mula dijual diseluruh negara bermula 22 Disember 2017 pada harga RM1,099.

Untuk maklumat lanjut mengenai honor 7X, anda boleh layari www.hihonor.com/my/

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Promosi honor 7X Pada Harga RM999 Bagi Tempoh Masa Terhad

  1. Tak pernah try honor ni lagi tapi bila tengok harga dan fungsi macam best pulak. Yg ana suka of course sebab kamera dia seperti kamera DSLR. Sesuai utk org yg suka bergambar mcm ana ni. Lg satu yg best sebab bateri dia boleh tahan sampai 1 hari tu dgn sekali caj.

  2. Menarik. Bolehlah beli buat hadiah untuk suami sempena anniversary akan datang.. Makin banyak persaingan makin murah harga hp sedangkan spec dan body hampir sama dengan brand yang lebih mahal

  3. Kami kalau bab handphone ni tak reti, reti pakai aje hahaha. Orang bagi kita pakai hihi. Lama tak beli sdiri handphone ni, bro buat contest gadget impian plak hihi

  4. Rasanya macam tiap-tiap minggu ada model baru daripada pelbagai brand dikeluarkan. Aku pun dah pening nak pilih mana satu. 18hb? Esok?..boleh jimat RM100 dah tu

    1. honor sister company kepada huawei.. dah 3-4 tahun berada di Malaysia (if x salah).

      Semuanya punyai kualiti lebih kurang sama dengan Huawei cuma spek lebih rendah sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Leave a Reply to Neeza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *