April 19, 2024

Lepak Bersama Barisan Pelakon Drama Ana Kleopatrena di HyppSensasi HD

Barisan Pelakon Drama Ana Kleopatrena di HyppSensasi HD
Hari ini, Bro berpeluang meluangkan masa bersama barisan pelakon drama Ana Kleopatrena yang kini ditayangkan di HyppSensasi HD (HyppTV Saluran 116) bermula 29 November 2017 pukul 9.00 malam.

Siri drama romantik sebanyak 30 episod ini menampilkan pelakon seperti Mimi Ernida dan Nazim Othman sebagai teraju utama.

Ia turut dibarisi oleh pelakon hebat Mimi Lana, Adeline Tsen, dan Zoey Rahman bersama barisan pelakon berpengalaman seperti Linda Hashim, Esma Danial, Fazlina Ahmad Daud, Azlan Komeng, Arash Mohamad dan Marisa Yasmin.

Drama Ana Kleopatrena HyppTV

Ana Kleopatrena ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis bermula 29 November 2017 di HyppSensasi HD (HyppTV Saluran 116), dan juga boleh ditonton di aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere.

Sinopsis Drama Ana Kleopatrena

Poster Drama Ana KleopatrenaAna adalah seorang anak tunggal kepada hartawan balak, Dato’ Yusof dan isterinya Datin Deedee.

Walau dari keluarga kaya raya, Ana tidak pernah peduli tentang penampilan dirinya dan lebih gemar berpakaian ringkas.

Sebaik sahaja tamat sekolah, Ana bertunang dengan jejaka idamannya, Shahir tetapi tiga minggu sebelum tarikh perkahwinan mereka, Shahir meninggalkan Ana.

Dato’ Yusof cuba menjodohkan Ana dengan calon pilihannya tetapi Ana membantah dan mengambil keputusan untuk mencari pengganti Shahir sebagai calon suami di kalangan kenangannya dan sedar mereka hanya ingin mengahwininya kerana harta dan kekayaan.

Ana berjaya memujuk ibu bapanya agar memberi dia peluang mencari cinta sejatinya di Kuala Lumpur selama enam bulan.

Di ibu kota, Ana menumpang di rumah kawan karibnya, Nani yang bekerja di sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan terkenal, Rama Dhamani. Ana cuba mendapatkan pekerjaan untuk menyembunyikan latar belakang keluarganya tetapi gagal kerana dia tiada pengalaman kerja.

Drama Ana Kleopatrena HyppTV

Ana akhirnya diterima bekerja sebagai pembantu rumah Taufik, pegawai atasan Nani yang panas baran dan cerewet.

Sebaik tahu yang mereka sahabat karib, Taufik menjadikan Nani sebagai penjamin Ana supaya Ana tidak berhenti kerja sewenang-wenangnya.

Tidak lama kemudian, akibat kontroversi yang melanda duta produk terbaru Rama Dhamani, Taufik memaksa Ana menjadi pengganti duta produk ‘Kleopatrena’. Ana terpaksa bersetuju kerana Taufik mengugutnya untuk memecat Nani.

Dapatkah Ana yang baru keluar dari kepompong zon selesanya menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar di Kuala Lumpur, ditransformasi kepada seorang duta produk kecantikan yang elegan seperti Cleopatra dan di masa yang sama, menemui bakal calon suaminya?

Drama Ana Kleopatrena HyppTV

Jom layan beberapa pengisian yang dapat Bro kongsikan sewaktu lepak di Doutor Cafe, Sunway Velocity Mall bersama barisan pelakon drama ini.

Mereka berada disini semperna promosi jalanan HyppTV.

Bual Santai Bersama Pelakon Drama Ana Kleopatrena

Bro hanya sempat berbual bersama barisan pelakon utama bagi drama ini, Zoey Rahman, Nazim Othman, Adeline Tsen, dan Mimi Ernida. Malangnya Mimi Lana tidak dapat hadir.

Mimi Lana – Ana Kleopatrena – Seorang gadis dari pekan kecil yang mempunyai ibubapa yang berharta. Sebaik menghabiskan pengajian, Ana bertunang dengan jejaka idamannya, namun tiga minggu sebelum perkahwinan mereka, tunangnya telah membatalkan perkahwinan mereka.

Ana mula merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari cinta sejatinya / kerja dengan menyembunyikan latar belakang keluarganya

Maka beliau berkerja sebagai pembantu rumah kepada Ariff Taufik yang direkomenkan oleh kawan baiknya, Nani.

Tidak lama kemudian, akibat kontroversi yang melanda duta produk terbaru Rama Dhamani, Taufik memaksa Ana menjadi pengganti duta produk ‘Kleopatrena’. Ana terpaksa bersetuju kerana Taufik mengugutnya untuk memecat Nani.

Drama Ana Kleopatrena HyppTV

Barisan Pelakon Drama Ana Kleopatrena di HyppSensasi HDNazim Otham – Ariff Taufik – Beliau merupakan pegawai atasan Nani yang panas baran dan cerewet.

Kebanyakan pembantu rumahnya yang terdahulu terpaksa berhenti kerja dek tak tahan dengan perangai beliau. Perkara ini juga terjadi kepada Ana yang juga tidak tahan dan ingin berhenti kerja.

Sebaik tahu yang mereka sahabat karib, Taufik menjadikan Nani sebagai penjamin Ana supaya Ana tidak berhenti kerja sewenang-wenangnya.

Walaupun Taufik sudah mempunyai buah hati, Edora tetapi hatinya sudah mula tawar dengan perangai Edora yang agak menjengkelkan.

Malangnya beliau terpaksa meneruskan hubungan kerana dia berkerja satu syarikat milik bapa kepada Edora. Sehinggakan kemunculan Ana membuatkan hatinya berpaling arah dan mula meminati Ana.

Selepas Ana dilantik menjadi Duta Produk, Taufik sedaya upaya menggunakan kuasanya untuk membuat Ana sentiasa mendekatinya sehinggakan Edora sakit hati. Dalam masa yang sama kawan baiknya, Johan turut jatuh hati kepada Ana.

Ini menyebabkan beliau dan Johan bergaduh berebut Ana.

Barisan Pelakon Drama Ana Kleopatrena di HyppSensasi HDAdeline Tsen – Edora – Seorang yang amat menjengkelkan dan paling tidak disukai oleh semua stafnya.

Perkara ini turut dirasai oleh Taufik yang telah lama berkawan bersama Edora dan Johan sejak dari zaman sekolah lagi.

Bila mengetahui Taufik punyai hati dengan Ana, Beliau sedaya upaya cuba menjauhkan mereka berdua dengan menyingkirkan Ana dari syarikat milik bapanya.

Pelbagai cara beliau gunakan untuk menyingkarkan Ana.

Tetapi Taufik tetap bertegas untuk memastikan Ana sentiasa ada disininya.

Bro teringin sangat nak tahu apa kesudahan yang bakal menimpa si Edora ini.

Biasalah, ending drama ini pasti si Taufik akan bersama dengan Ana.

Barisan Pelakon Drama Ana Kleopatrena di HyppSensasi HDZoey Rahman – Johan – Kawan baik Taufik yang berkerja satu syarikat dengan Edora juga.

Watak beliau sekadar menyerikan jalan cerita dan pasti mencuit hati penonton. Beliau dari kecil memang mengtahui bahawa Taufik bercinta dengan Edora, maka beliau cuba mengorat si Ana.

Bila memasing meminati Ana, maka berlaku pergaduhan sehingga Taufik menumbuk Johan maka berlaku konflik antara mereka berdua.

Tetapi pada akhirnya, Johan terpaksa menarik diri untuk memberi peluang kepada kawan baiknya, Taufik.

Dengar cerita, ending drama ini Johan akan berkahwin dengan Nani (Kawan Ana) yang selama ini suka dengannya.

Untung la…!! Tak dapat Ana, dapat kawan dia pun jadilah kan ;)

Barisan Pelakon Drama Ana Kleopatrena di HyppSensasi HDMimi Ernida – Nani – Beliau merupakan kawan baik kepada Ana yang banyak membantu Ana sewaktu Ana berada di Kuala Lumpur.

Beliau yang merekomenkan Ana untuk bekerja sebagai pembantu rumah kepada Taufik.

Sepanjang konflik yang berlaku, beliau sentiasa memberi sokongan dan dorangan kepada Ana terutamanya bila berlakunya cinta tiga segi antara Ana, Taufik dan Johan.

Dia siap kenenkan, supaya Ana memilih Johan walaupun Ana lebih mencinta Taufik tetapi kerana Edora, beliau terpaksa pendamkan.

Dalam masa yang sama, sebarnya Nina telah lama menaruh hati kepada Johan.

Perghhh….!!!

Complicated juga cerita percintaan mereka ini. Tetapi bila ditanya kepada barisan pelakonnya, naskah ini agak ringan dan tidak menjadi masalah kepada mereka untuk menjiwai watak.

Barisan Pelakon Drama Ana Kleopatrena di HyppSensasi HD

Bagi Zoey Rahman, Adeline Tsen, dan Mimi Lana pula, mereka sebelum ini pernah berkerja bersama dan ini merupakan kali pertama mereka bergandingan dengan Nazim Othman.

So, jangan lupa untuk menonton drama Ana Kleopatrena pada setiap hari Rabu dan Khamis bermula 29 November 2017 di HyppSensasi HD (HyppTV Saluran 116), dan juga boleh ditonton di aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Lepak Bersama Barisan Pelakon Drama Ana Kleopatrena di HyppSensasi HD

  1. Dalam banyak2 barisan pelakon tu ana suka lakonan adeline tsen dan fazlina ahmad daun. Menjadi dan bersahaja bila diberi watak apa pun.

    Jalan cerita drama ni agak menarik juga bro. Mcm dh boleh bygkan kejengkelan si taufik ni. Haha

    HyppTV everywhere tu dah lama install tp xpernah terpikir nak tgk dr situ. Boleh start tgk dah lps ni. Tp kena make sure drmaa yg free je lah.

  2. Wah bestnya. Sonoklah jadi blogger untuk HyppTV. Kita sibuk melayan customer HyppTV sajer. Hahaha. Bolehlah menonton drama ni nanti. Kat HyppTV Everywhere pun ada, sonok sangatlah.

Leave a Reply to Kak Sue Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *