You are here
Home > Iklan > Advertorial > Teknologi Pintar Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande Menjimatkan Elektrik

Teknologi Pintar Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande Menjimatkan Elektrik

Mitsubishi LX Grande
Ruangan yang luas, mampu menyimpan lebih lama dan penggunaan elektrik yang menjimatkan.

Pasti itu antara ciri-ciri yang perlu ada sekiranya anda ingin mencari peti sejuk untuk kediaman anda dan boleh digunakan oleh seisi keluarga.

Tidak dapat dinafikan, keadaan ekonomi dan masa yang singkat banyak memberi kesan kepada kehidupan seisi keluarga anda.

Lebih-lebih lagi, bila perlu memasak dirumah dan barang perlu dibeli setiap hari untuk memastikan kesegarannya + kekurangan ruang untuk menyimpannya dirumah.

Kadangkala, ada juga barang yang dibeli terpaksa dibuang, akibat rosak dan tidak sempat untuk memasaknya. Maka berlaku pembaziran dimana ianya bukan sesuatu yang bagus untuk ekonomi seisi rumah anda.

Maka, apa penyelesaian yang terbaik boleh anda lakukan?

Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande Lebih Efeksi & Jimat Elektrik

Mitsubishi LX Grande

Bro baru-baru telah menghadiri majlis pelancaran model peti sejuk terbaru dari Mitsubishi Electric Malaysia, yakni Mitsubishi LX Grande yang hadir dengan teknologi terkini pada harga berpatutan.

Mempunyai rekaan dan bentuk yang elegen, peti sejuk Mitsubishi Electric LX Grande bukan sekadar menawarkan ruang simpanan makanan yang luas dan boleh diatur dengan cekap, bahkan memastikan ianya segar serta tahan lebih lama.

Bagi menerapkan inovasi teknologi dalam meningkatkan kualiti kehidupan, alam sekitar dan masyarakat, Mitsubishi Electric Group memperkenalkan inovasi peti sejuk 4 pintu, LX Grande.

Mitsubishi LX Grande

Menariknya, terdapat pintu jenis laci dengan teknologi pintar terkini untuk memberi lebih kesenangan kepada kehidupan orang.

Bagi sesetengah pihak beranggapan peti sejuk seperti ini menggunakan tenaga elektrik berlebihan sehinggakan meningkatkan kos hidup anda.

Jangan risau,

Selain menjimatkan penggunaan elektrik, ia turut didatangkan dengan Teknologi Neuro Fuzzy Inverter Mitsubishi Electric yang merekod corak penggunaan seseorang dan sentiasa memantau suhu dalam peti sejuk.

Ia akan menyesuaikan operasi kompresor dengan sewajarnya, sekaligus memberi kecekapan tenaga dan beroperasi yang lebih lancar.

Panel Kawalan Tersembunyi Pada Mitsubishi LX Grande

Mitsubishi LX Grande

Walaupun rupa luarannya nampak mewah dan lebih kurang macam peti sejuk kebiasaannya, tetapi disebalik reka bentuk pintu kaca yang menakjubkan, terdapat panel kawalan LED moden yang tersembunyi dari penglihatan.

Ianya akan diaktifkan dengan sentuhan lembut pada panel kacanya.

Dari sini, anda boleh membuat tetapan suhu, kadar penggunaan tenaga elektrik (sekiranya anda tiada dirumah untuk tempoh waktu yang lama) dan juga panel kekunci untuk mengelakkan ia disentuh oleh kanak-kanak.

Dan ianya akan tersembunyi sekiranya tidak disentuh untuk nyah-aktifkan fungsinya selepas digunakan.

Ruang Penyimpanan Lebih Besar & Luas

Mitsubishi LX GrandeMitsubishi LX Grande menawarkan ruang menyimpan dalaman yang sangat besar.

Mempunyai kapasiti ruang seluas 630 Liter menjadikan ini pilihan terbaik bagi menampung lebih banyak barangan membeli-belah dan stok penyediaan pra-hidangan.

Susun aturnya lebih teratur dan organisasi bagi memudahkan penyimpanan dengan reka bentuk ruang laci yang terdapat padanya.

Setiap ruang lacinya mempunyai tetapan suhu yang berbeza.

Ciri ‘Supercool Chilling Case’ yang terdapat pada Mitsubishi LX Grande menyelesaikan kebanyakan masalah yang selalu dihadapi oleh suri rumah ketika memasak – yakni nyah sejuk (defrost) makanan yang telah disejuk bekukan.

Pada laci ini, anda tidak perlu risau makanan yang anda ingin masak disimpan dalam peti sejuk untuk tempoh masa yang lama.

Ia direka untuk tidak membekukan dan merosakkan sel-sel makanan walaupun suhunya berada dibawah tahap beku.

Sekaligus, ia sesuai untuk menyimpan daging, ikan dan makanan mudah rosak pada suhu sekitar -3 hingga 0 darjah Celsius.

Ini membolehkan makanan siap dimasak tanpa perlu dinyah-sejukkan. Ia dapat menjimatkan masa dan memastikan kesegaran makanan terjamin.

Mitsubishi LX Grande

Alamak…!! Hari ini nak masak apa ek?

Tak perlu pening-pening kepala. Buka je peti sejuk terus masak apa yang sedia ada didalamnya (pastikan memang stok makanan untuk dimasak mencukupi).

Dah tak perlu ambil masa yang lama untuk difrost kemudian mati nafsu nak memasak akibat menunggu lama sangat.


Kilang Vitamin – Galak Proses Fotosintesis Sayuran Dalam Peti Sejuk

Mitsubishi LX Grande

Kita sedia maklum, tumbuhan hidup dengan menjalani proses fotosintesis, tanpanya ianya akan layu dan mati.

Maka laci sayuran didatangkan dengan teknologi “Kilang Vitamin” dari Mitsubishi Electric di mana lampu LED dipasang padanya.

Ia bertindak pada klorofil sayur-sayuran dengan merangsang proses fotosintesis dan mengekalkan pengurangan gula bagi mengekalkan kesegaran sayur-sayuran untuk masa yang lebih lama.

Pembuat Kiub Ais Automatik & Mudah Dibersihkan

Mitsubishi LX Grande

Tidak sah sesuatu peti sejuk itu, jika tiada kiub ais didalamnya.

Jika kebanyakan peti sejuk biasa, kita perlu buat kiub ais secara manual. Kadangkala ianya melecehkan bila ada ‘pihak’ yang menikmati kiub ais tanpa me’refill’kan ia semula. Sakit hati dibuatnya…!!

Mitsubishi LX Grande

Kini dengan Mitsubishi LX Grande anda tidak perlu risau lagi. Ia didatangkan dengan pembuat ais automatik dimana anda hanya perlu mengisi bekas air didalamnya, selebihnya akan diuruskan secara automatik.

Bekas penyimpanan air adalah berasiangan, maka ia boleh ditanggalkan dan dibersihkan dengan mudah untuk memastikan air yang digunakan bersih dan selamat untuk diminum.

Mitsubishi LX Grande

Mitsubishi LX Grande hadir dengan 2 pilihan warna untuk disuaikan dengan persekitaran kediaman anda dengan harga RM 5,959.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.mitsubishielectricmalaysia.com

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Teknologi Pintar Peti Sejuk Mitsubishi LX Grande Menjimatkan Elektrik

  1. bab sayur dan buah2 han tu yang paling best.. sebab laci sayuran didatangkan dengan teknologi “Kilang Vitamin” dari Mitsubishi Electric di mana lampu LED dipasang boleh membantu kita untuk memastikan sayur sentiasa segar

  2. Macam best pulak peti sejuak macam nie, besar dan luas.. boleh stok kan barang masakan banyak-banyak dan masih boleh mengekalkan kesegaran.. nak kena menabung dulu nie.. ehehe..

  3. Kalau dapat sebijik letak dekat rumah mmg best giler… macam-macam nak letak dalam tu… dah la besar… banyak kelebihan pulak tu memang berangan nak dapatkan sebijik. Harga 5K nak mula menabunglah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top