You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Maxxan Realty Buka Peluang Untuk Miliki Hartanah Pada Tahun 2018

Maxxan Realty Buka Peluang Untuk Miliki Hartanah Pada Tahun 2018

Maxxan Realty
Pelancaran rasmi Maxxan Realty Sdn Bhd, agensi hartanah yang progresif membuka lebih peluang kepada orang ramai untuk memiliki hartanah pada tahun 2018.

Ditubuhkan dengan visi menyediakan perkhidmatan sehenti berkualiti bagi penyelesaian hartanah kepada pemaju, pemilik hartanah, pembeli & penyewa.

MAXXAN Realty juga membuka jalan kepada penyenaraian awam untuk syarikat induknya, MAXXAN Investment Holdings Limited di Bursa Saham Hong Kong menjelang tahun 2020.

Ekonomi Malaysia dan sentimen pilihan raya umum mungkin menimbulkan sedikit kebimbangan kepada pelabur, tetapi jika lokasi dan faktor lain yang menjadi penentu sesuatu hartanah itu adalah terbaik, maka mereka tetap akan melabur.

Kita boleh meramalkan pengukuhan ekonomi Malaysia dengan peningkatan demografi termasuk ekspatriat di mana hartanah di lokasi utama seperti KLCC dan Mont Kiara kekal sebagai termurah setiap kaki persegi,” – Pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan Maxxan Realty Sdn Bhd, Encik Sam Jee.
bur.

Menurut Encik Tee Kiat Siong, juga Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Maxxan Realty, dengan nilai Ringgit yang lemah dan harga pasaran mampu menarik lebih ramai pelabur terutamanya pelabur asing.

Walau bagaimanapun, tidak menafikan hakikat bahawa harga hartanah merosot dalam beberapa tahun kebelakangan. Mereka berdua meramalkan trend ini akan berterusan selepas beberapa pelarasan kecil.

MAXXAN Realty mensasarkan siapa sahaja yang mempunyai niat untuk memiliki hartanah, dalam masa yang sama menyediakan beberapa pilihan untuk memenuhi keperluan mengikut bajet pelanggan tersebut.

Contoh terbaik, seperti RUMAHW1P yang dijual kepada pelanggan mereka dengan kos RM300,000 untuk unit kediaman 3-bilik berkeluasan 800 kaki persegi sebagai pilihan yang berpatutan.

Maxxan Realty

Sehingga kini, Maxxan Realty mempunyai lebih 400 ejen dengan mensasarkan jualan minima 2,000 unit hartanah dengan nilai RM1bilion pada tahun hadapan.

Menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan pengurusan hartanah dan perkhidmatan lain dengan menyediakan pusat perkhidmatan sehenti di mana pelanggan hanya perlu menghubungi ejen untuk menguruskan semua proses termasuk sewa, membeli dan undang-undang yang dilakukan tanpa sebarang kerumitan.

Maxxan Realty turut memperkenalkan program keahlian M Privilege yang memberikan manfaat tambahan kepada perkhidmatan pelanggan.

Tahun 2018 akan menjadi asas di mana Maxxan Realty telah stabil dan akan terus menembusi rantau Asia memandangkan mereka mempunyai perancangan penting untuk mengembangkan perniagaan ke China, Filipina dan Thailand.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxxan Realty, anda boleh layari www.maxxan.com.my.

Maxxan Realty

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top