March 29, 2024

OPPO F5 6GB Edisi Merah Bertatahkan Kristal Swarovski Buat 1,000 Pelangan Terawal

OPPO F5 6GB Red Edition
OPPO Malaysia telah memperkenalkan OPPO F5 6GB dengan dua varian warna – hitam dan merah.

Sebagai tambahan, OPPO juga telah mereka satu kotak hadiah edisi terhad yang anggun berwarna merah yang mengandungi satu sarung telefon yang bertatahkan kristal Swarovski.

Bagaimanapun ia hanya ditawarkan kepada 1,000 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan untuk telefon edisi merah bermula pada 6 Disember 2017, dari jam 12:30 tengahari.

IKLAN ; Pra-Tempah OPPO F5 6GB Red Edition di Lazada SEKARANG!

OPPO F5 6GB menawarkan pilihan konfigurasi 6GB RAM (lebih tinggi berbanding peranti lain dipasaran) dan 64GB ROM untuk pengalaman permainan, bertukar antara aplikasi, penstoran dan pengalaman operasi yang lebih
lancar.

Kini anda tidak perlu khuatir mengenai masalah kekurangan memori atau penstoran.

Sama seperti model OPPO F5 (telefon pertama yang diperkenalkan daripada siri F5), F5 6GB juga ditawarkan dengan pemproses Octa-core yang memberikan kelajuan prestasi lebih tinggi untuk pengalaman permainan terunggul buat pengguna.

OPPO F5 6GB Red Edition

Dari segi spesifikasi, Oppo F5 6GB hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan FHD+, menawarkan skrin pada nisbah 18:9, dan rekaan hampir nirbingkai.

OPPO F5 6GB didatangkan dalam dua varian warna, iaitu warna merah dan hitam. Warna merah begitu memukau dan bergaya manakala warna hitam kelihatan elegan dan canggih.

Persamaan yang dikongsi oleh kedua-dua warna ini adalah ia sesuai dipadankan dengan sebarang pakaian.

Apabila digabungkan dengan kemasan depan berwarna hitam, rona merah atau hitam yang anggun di belakang peranti ini pastinya menyerlahkan aura sofistikated OPPO F5 6GB.

Sarung Telefon Bertatah Kristal Swarovski Eksklusif F5 6GB Edisi Merah

OPPO F5 6GB Red Edition

OPPO turut mengumumkan mengenai perkongsian mereka dengan Swarovski menandakan satu lagi langkah daripada pihak mereka untuk terus mewujudkan keistimewaan pada OPPO F5 6GB.

Kedua-dua jenama diminati oleh golongan muda yang secara kebetulannya, turut merupakan penaja pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret baru-baru ini yang menjadi ikutan generasi muda yang mementingkan fesyen dan trend terkini. Perkongsian ideal ini akan melahirkan satu sarung telefon eksklusif, yang bertatahkan kristal Swarovski.” – Nikki Chen Lu, Pengarah Penjenamaan bagi OPPO Malaysia.

OPPO F5 6GB Red Edition

OPPO F5 6GB Red Edition

Sempena pelancaran OPPO F5 6GB (Edisi Merah), sebuah kotak hadiah edisi terhad telah direka khas sebagai ganjaran buat 1,000 pelangan pertama yang membuat pra-tempahan bagi OPPO F5 6GB (Edisi Merah).

Kotak hadiah edisi terhad ini turut didatangkan dengan sebuah sarung telefon satu yang bertatahkan kristal Swarovski secara eksklusif untuk F5 6GB merah bagi meraikan perkongsian OPPO dengan Swarovski Malaysia.

Sama seperti OPPO F5, OPPO F5 6GB juga dilengkapi dengan mod medan jelas – satu fungsi baru yang memberikan sentuhan profesional kepada swafoto hasil gabungan kamera hadapan 20MP dan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. yang hebat diperkatakan dan menghasilkan swafoto berkualiti premium.

Oppo F5 6GB dijual pada harga RM1,698 (Pra-Tempah OPPO F5 6GB Red Edition di Lazada SEKARANG!)

OPPO F5 6GB Red Edition

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “OPPO F5 6GB Edisi Merah Bertatahkan Kristal Swarovski Buat 1,000 Pelangan Terawal

  1. OPPO dah la selfie expert. Warna merah plak, pastu dengan batu lip lap lip lap cantik. Pastu Neelofa plak. Memang memanggil la utk ruby beli. Sebab i support apa je Neelofa buat. Hehehe

Leave a Reply to Mahamahu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *