You are here
Home > Bersama BroFramestone > Bual Bicara Bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK

Bual Bicara Bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK

Dinner KPDNKK at Hotel Istana

Baru-baru ini, Bro dijemput untuk duduk dan berbual bersama dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama diantara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan blogger untuk memberi pendedahan kepada kepada masyarakat, yakni pengguna.

Mungkin anda tidak tahu, bahawa ada sesetengah barang dinaikan harga tanpa kawalan dari pihak berkuasa kerana wujudnya orang tengah yang mengaut keuntungan diatas angin.

Yang menjadi mangsa adalah penguna yang kemudiannya menyalahkan kerajaan dengan peningkatan kos sara hidup yang melampau.

Bagi Bro,

Tidak dinafikan kos sara hidup memang makin meningkat. Cuma kita sebagai pengguna perlu bijak dalam merancang perbelajaan supaya tidak menjadi mangsa kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menaikan harga barang sesuka hati.

Anda sebagai pengguna tidak boleh meletakkan beban tanggungjawab 100% kepada KPDNKK, tetapi ada baiknya turut terlibat sama untuk membenteras gejala ini dengan mejadi ahli Friends of KPDNKK.

Friends of KPDNKK dahulunya dikenali SKUAD PENGGUNA ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.

Keahlian Friends of KPDNKK adalah terbuka kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan

Sebagai balasan, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian.

Anda boleh muat turun aplikasi Friends of KPDNKK pada telefon pintar anda. Tidak lupa juga aplikasi Price Catcher KPDNKK yang membantu pengguna membandingkan harga bagi barang yang ingin mereka beli.

Aplikasi KPDNKK

Menurut Datuk Seri Hamzah Zainuddin,

Kementeriannya juga akan membuka sebanyak mungkin Kedai Rakyak 1Malaysia (KR1M) 2.0 yng akan dilancarkan tidak lama lagi.

Begitu juga dengan penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang telah diusulkan sewaktu Persidangan Ahung UMNO 2017 (PAU 2017) baru-baru ini.

Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri KPDNKK

Pihak kerajaan bersetuju menu­buhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dalam usaha menangani peningkatan kos sara hidup yang menjadi kebimba­ngan utama rakyat negara ini.

Inisiatif tersebut merupakan maklum balas kerajaan terhadap saranan beberapa wakil negeri semasa sesi perbahasan usul eko­nomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang telah mengetengahkan permasalahan tersebut.

Pihak KPDNKK akan mengkaji setiap faktor yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup seperti perumahan, pengangkutan, ultiliti serta makanan dan minuman untuk dibangkitkan dalam persidangan majlis berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang juga akan turut disertai oleh 6 menteri yang lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi.

Antara menteri yang terlibat;-

  1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin;
  2. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed;
  3. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah;
  4. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar;
  5. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh
  6. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), anda boleh layari www.kpdnkk.gov.my

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

21 thoughts on “Bual Bicara Bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK

  1. Moga kerajaan sentiasa prihatin tentang masalah rakyat. Kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Moga kedai rakyat 1 malaysia yg banyak tu menjadi realiti.

  2. Bagusnya program begini, bro. Selain membina jalinan antara blogger dan kementerian, kita dapat bersatu untuk mendidik pengguna khususnya pelayar digital untuk lebih telus memahami tindakan dari KPDNKK. Bagus ni, bro!

  3. bagus juga sekali sekala attend dialog macam ni. emmbuka mata dan juga membuka ruang untuk kita berkongsi cerita tanpa ada kasta. Senang tak puas hati direct cakap dan kala ada cadangan atau usulan blh jer kemukakan….harap dpt join sesi dialog macam ni lagi

  4. baguslah KPDNKK ada slot sebegini dengan blogger.. setidaknya kita sebagai end-user tahu apa yang sedang terjadi dgn kawalan harga barangan di malaysia ni

  5. Pihak tgh yg selalu nya buat hal..kadang2 pihak atasan pun tak dpt nak control diorg..yg baik nya, bykkan kedai 1 malaysia..kawasan bandar ni nak nmpk kedai tu pun bila balik kampung or kawasan yg terpencil je baru ada..igat org bandar ni senang sgt kot

  6. Is a good program whereby consumers can survey and report if overpriced. Consumers has the right to enjoy a reasonable price and voice out.

Leave a Reply

Top