You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Great Wall iGame Memperkenalkan UMU Wallet Buat Pemain Mobile Game di Malaysia

Great Wall iGame Memperkenalkan UMU Wallet Buat Pemain Mobile Game di Malaysia

Great Wall iGame - UMU Wallet / Tembak Ikan
Ada tak sesiapa disini suka bermain permainan pada telefon pintar anda?

Hari ini Bro ingin memperkenalkan mengenai syarikat permainan (mobile game), Great Wall iGame Sdn. Bhd. (GWi) yang secara rasmi dilancarkan di Malaysia.

Ia telah ditubuhkan pada 21 September 2016, GWi dicipta khusus untuk penglibatan di dalam permainan telefon mudah alih dan platform bagi peranti yang menyediakan kandungan inovatit di dalam dan luar Malaysia.

Pada majlis itu juga,

Turut diperkenalkan UMU Wallet – sebuah platform hak milik yang dicipta khas oleh GWi untuk golongan pemain, pemaiu bisnes berkomunikasi dan peniaga diperkenalkan kepada umum.

Permulaan GWi adalah didorong oleh cita-cita kerajan Malaysia untuk menjadi pemimpin serantau dalam pasaran permainan serta pengeksportan keupayaan kandungan permainan. Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada revolusi digital yang menyediakan produk terbaik untuk kegunaan serta keseronokan masyarakat global,” – Dato’ Sri Wong Ing Soon, Pengasas Great Wall iGame Sdn. Bhd.

UMU Wallet Tawar Sistem Pembayaran Untuk Pemain Permainan Telefon Pintar

UMU Wallet Diperkenalkan Great Wall iGame
Selain daripada mewujudkan kerjasama dan perkongsian dengan pengeluar permainan terbaik global, strategi pembangunan pasaran GWi iuga merangkumi perlesenan kukuh dan program agen.

Ia akan memperlihatkan penyertaan aktif daripada pelbagai pihak termasuk operator pembayaran, agen jualan, pemaiu laman sesawang malah syarikat telekomunikasi terutamanya melalui platform UMU Wallet.

UMU Wallet menawarkan penyelesaian permainan yang menyeluruh. Ia merupakan platform yang mudah digunakan dan berkomunikasi melalui kepelbagaian permainan yang unik serta mekanisme pembayaran yang canggih.

Kemudahan inovatif ini membezakan ia daripada produk-produk lain yang berada dipasaran sekarang.

Untuk merealisasikannya, GWi telah berkerjasama dengan ARC PLAY Ltd. Co. daripada Taiwan untuk membawa masuk platform ini ke Malaysia.

Para pemain boleh menambah nilai kredit, bermain permainan dan melakukan pemindahan kredit P2P dengan UMU Wallet, sekaligus menawarkan pengalaman permainan yang lengkap, lancar dan selamat.

Great Wall iGame - UMU Wallet / Tembak Ikan

Great Wall iGame - UMU Wallet / Tembak Ikan

Selain pelancaran GWi dan UMU Wallet,

Majlis ini juga turut memperkenalkan permainan telefon mudah alih (mobile game) yang pertama daripada GWi iaitu Tembak lkan.

Permainan pengembaraan laut berdasarkan point-and-shoot ini dihasilkan melalui kerjasama GWi dengan ARC PLAY Ltd. Co.

Untuk maklumat lanjut mengenal GWi, UMU Wallet dan Mobile Game Tembak lkan, anda boleh layarl : www.greatwalligame.com atau Facebook: Great Wall lGame Sdn Bhd

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Great Wall iGame Memperkenalkan UMU Wallet Buat Pemain Mobile Game di Malaysia

Leave a Reply

Top