April 19, 2024

Tempah Club Suite di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

Honeymoon at Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Jika tahun sebelumnya, acara photoshoot post-wedding menjadi pilihan untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami.

Tahun ini, Bro pilih cara yang berbeza sedikit yakni menginap di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan, ianya merupakan salah satu hotel pilihan kami sekeluarga. Cuma kali ini, Bro ambil bilik lebih besar – Club Suite selama 3 hari 2 malam, disertakan sekali dengan sedikit kejutan.

Kejutan apakah itu?

Nanti Bro cerita, kalau tidak korang tak akan baca artikle ini sehingga habis ;)

Club Suite Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Honeymoon at Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan beberapa jenis bilik untuk anda diami seperti Superior, Deluxe, Family, Club, Junior Suites dan Club Suites.

Kebanyakannya bertujuan memenuhi keperluan anda sewaktu menginap disini.

Bagi Club Suites ianya suai bagi mereka yang menginap atas urusan peniagaan / kerja dalam masa yang sama ingin meluangkan masa bersama keluarga sama seperti berada dirumah.

Dengan ruang yang lebih luas termasuk pemilihan perabot yang bersesuaian memberi lebih keistimewaan dan keselesaan ketika menginap di sini.

Honeymoon at Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Honeymoon at Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Honeymoon at Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Nama je bercuti + honeymoon, Bro tidak dapat lari dari tugas hakiki.

Maka Club Suite agak bersesuaian, dimana biliknya terbahagi kepada 2 bahagian yakni ruang tidur dan juga ruang tamu dimana masing-masing dilengkapi oleh tv.

Bro banyak luangkan masa di ruang tamu bekerja tanpa gangguan dari anak-anak yang ingin berhibur sambil menonton TV. Maka mereka banyak luangkan masa di bilik tidur, cuma kenkadang Bro masuk juga kedalam bilik join mereka bermain bersama.

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Ini port bro buat kerja.

Port paling banyak Bro luangkan masa ketika berada didalam bilik. Ini merupakan salah satu ciri yang selalu Bro titik beratkan jika ingin menginap dimana-mana hotel.

Paling penting, mesti mempunyai liputan wifi berkelajuan tinggi dan PERCUMA.

Apa keistimewaan mengambil Club Suite di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur?

  • Lebih privasi kepada tetamu
  • Mempunyai access kepada Club Lounge dimana ia dikhaskan kepada mereka yang mengambil pakej penginapan Club di sini.
  • Boleh memilih sama ada ingin sarapan pagi di sini atau bersama dengan tetamu yang lain di Coffee House.
  • Minum petang disediakan di Club Lounge antara pukul 6 – 8 malam.
  • Percuma minuman seperti teh, kopi, minuman bergas bersama snek sepanjang hari.
  • Daftar masuk / keluar lebih mudah.

Bukan itu sahaja, banyak lagi perkhidmatan lain yang anda boleh nikmati seperti perkhimatan wifi percuma dalam kawasan hotel, shuttle bas sekitar Kuala Lumpur dan lain-lain lagi.

Cuma Bro nak bezakan mereka yang mengambil pakej Club dengan pakej yang lain.

Set Menu Makan Tengahari Serendah RM25

A La Carte Specials Coffee House, Sunway Putra Hotel

Kalau ikutkan, bukan susah pun nak cari makan dekat kawasan sini dimana Sunway Putra Mall hanya berada bersebelahan.

Tapi, tak salah jika anda ingin makan di Coffee House @ Sunway Putra Hotel dimana terdapat beberapa menu ditawarkan pada harga serendah RM25 (lebih murah berbanding harga asalnya).

Antara menunya;

  • Lobster Cantonese Noodles,
  • Nasi Lemak Gunung Berapi,
  • Fried Noodle Mamak Style,
  • Hainanese Chicken Rice,
  • Penang Famous Char Kway Teow,
  • Homemade Classic Burger,
  • My Chicken Chop
  • Spaghetti Aglio Olio with Prawns.

BACA : Menu A La Carte Serendah RM25 Di Coffee House, Sunway Putra Hotel

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Coffee House ini terletak di tingkat 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan Barat, Asia dan Timur Tengah, yang menarik dan tersendiri.

Bagi mereka yang menginap di hotel ini, sarapan bufet disediakan setiap hari disini, begitu juga dengan a la carte untuk makan tengahari dan makan malam (setiap hari).

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Ciri lain yang perlu Bro tekanan setiap kali ingin menginap dihotel adalah kolam renang.

Ini kerana ianya port wajib bagi anak-anak Bro sekeluarga untuk bergembira dan luangkan masa bersama. Kalau tiada kolam renang nie, mahu monyok je muka memasing.

Mereka dari kecil dah set dalam minda, kalau pergi hotel kena mandi kolam renang. Lagipun, mereka masing-masing dalam fasa berlajar berenang, sekurang-kurangnya sebulan sekali kena masuk kolam renang juga.

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Sebenarnya, kejutan ini bukan sesuatu yang dirancang..

Memang terkejut, sebabnya dia tak sangka laki dia pandai buat kejutan seperti ini. Biasalah, Bro nie seorang yang agak serius, pembaris dan tak pandai melawak.

Apatah lagi mengambil hati orang lain.

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Memang sesuatu yang Bro sendiri tak sangka, Bro akan buat takala Bro tengah menguruskan beberapa urusan sepanjang menginap di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Terima kasih buat pengurusan Sunway Putra Hotel terutamanya En. Rahim yang banyak membantu Bro menyediakan kejutan ini dan idea dari orang lama seperti beliau berjaya menghidupkan malam kami sekeluarga.

Kami sekeluarga, amat menghargainya.

BACA : Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 Buat Isteri

Honeymoon at Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Itu sahaja perkongsian dari Bro pada hari ini, sekiranya berminat untuk menjadikan ia sebagai lokasi penginapan anda kelak, anda boleh rujuk maklumat dibawah ini ;)

Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +60 3-4040 9888
Laman Web : https://putra.sunwayhotels.com/

Bicara Bro : Terima kasih dan setinggi perhargaan diucapkan kepada pihak pengurusan Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur atas layanan yang diberikan kepada kami sekeluarga.

Terutama kepada pihak individu yang menjayakan kejutan ulang tahun perkahwinan Bro dan isteri. Kami amat menghargainya.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Tempah Club Suite di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

  1. Rasa macam nk tempah je hotel Sunway Putra ni..SA suka makanan yang sedap kat sini dan hotel attached to mall, boleh la bawak anak dara bermalam kat sini since cuti sekolah tak kemana- mana kan

  2. besar sgt bilik tu bro. memang nampak selesa sgt. byk juga keistimewaan ckub suite tu ye.

    serius, pembaris dan tak pandai melawak. tang ni lawak. tak sagka pandai suprise2 ni. happy anniversary bro dan isteri.

  3. wah.. romantik ni bro. nampak selesa biliknya. apa yang lagi best boleh buat surprise untuk yang tersayang. Tahniah ya bro. Moga terus berbahagia hingga ke jannah. InsyaAllah… :)

  4. happy anniversary bro, sesekali quality time macam ni bagus sangat, selalulah happykan isteri walau bukan pada hari istimewa, orang perempuan sukakan surprise :)

  5. Happy anniversary bro dan iera. hehehehe. Semoga terus kuat mengharungi alam rumah tangga. 5 TAHUN dah weiii. panjang lagi perjalanan. Good luck! Hahaha

Leave a Reply to Rawlins GLAM Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *