Texas Chicken Suria KLCC
Berita baik buat mereka yang berada di sekitar KLCC (Kuala Lumpur City Centre), cawangan ke-42 Texas Chicken telah dibuka secara rasminya di sini pada 29 November 2017.

Lebih menarik lagi, cawangan ini turut menampilkan konsep baru dengan memperkenalkan jenama antarabangsa terbaru mereka, yakni Tex Café.

Tex Café sebagai meluaskan lagi pilihan menu gourmet coffee dan pencuci mulut. Ia menjadi tarikan orang ramai terhadap kepelbagaian menu yang menarik, sedap dan penyediaan pantas dalam persekitaran ceria.

Secara tidak langsung menjadikan cawangan ini gabungan restoran Texas Chicken dan Tex Café terbesar di dunia.

New Texas Chicken at Suria KLCC

Pada hari pertama pembukaannya secara rasmi,

Bro nampak ramai pengunjung yang datang dari pagi hingga ke waktu puncak, yakni makan tengahari di sini. Sekaligus menjadinya ia sebagai petanda bahawa ia menjadi salah satu pilihan yang amat dinantikan oleh mereka yang berada disekitar KLCC.

Majlis perasmian ini juga merupakan kejayaan Envictus International Holding, yang merupakan pemegang francais Texas Chicken di Malaysia dengan pembukaan rangkaian outlet ke 42 di Malaysia.

New Texas Chicken at Suria KLCC

Kini, jenama Texas Chicken mempunyai peningkatan yang sangat memberangsangkan dalam pasaran.

Maka pihak Texas Chicken telah menambah menu makanan seperti pencuci mulut yang manis untuk memberi kepuasan kepada pelanggan terutamanya bagi mereka yang menjadikan menu dessert sebahagian dari gaya hidup mereka.

Tex Café – Konsep Terbaru Diperkenalkan Oleh Texas Chicken

Tex Cafe, Suria KLCC
Konsep terkini yang terdapat pada Tex Café, memberikan lebih pilihan kepada pengunjung untuk datang ke Texas Chicken.

Di sini, anda boleh nikmati minuman panas mahupun sejuk seperti cappuccino, latte, espresso, hot chocolate dan banyak lagi, tidak lupa juga pelbagai pilihan kek dan muffun.

New Texas Chicken at Suria KLCC

Tidak lupa juga, menu istimewa Texas Chicken turut terdapat di Tex Café, antarnya :-

  • Double-breaded dan hand-battered (Original and Spicy) chicken
  • Scratch-made Honey-Butter Biscuits,
  • Mexicana Burger or Wrap
  • Jalapeno Cheese Bombers®
  • dan banyak lagi.

Dan sempena pembukaan Tex Cafe ini, para pengunjung boleh menikmati Chocolate Chip Biscuits terbaru pada tempoh masa terhad.

New Texas Chicken at Suria KLCC

New Texas Chicken at Suria KLCC

Bagi mereka yang gemar menikmati ais krim sebagai pencuci mulut, anda boleh nikmati Strawberry dan Chocolate Shortcakes beserta Chocolate Volcano di sini.

Texas Chicken @ Suria KLCC
LC-C06, Concourse Floor, Ramlee Mall, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2856 8638

Masa operasi : 10 a.m. – 10 p.m (Isnin – Ahad)

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, anda boleh layari : www.TexasChickenMalaysia.com & Facebook Texas Chicken Malaysia.

 

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter