March 29, 2024

Sweet Aiman Junior, Uniform Sekolah Dari Aiman Tino Kini Dijual di Pasaraya Mydin

Sweet Aiman Junior Uniform Sekolah
Sweet Aiman Junior, jenama uniform sekolah dari Aiman Tino melalui kerjasama strategik antara Sweet Aiman dan syarikat kosmetik, Wonder Glow Cosmetics Sdn Bhd (Wonder Glow).

Sekaligus, beliau mencipta sejarah apabila muncul sebagai artis pertama mengeluarkan produk baju uniform sekolah.

Sebelum ini, beliau pernah muncul dengan tiga produk kesihatan dan kecantikan iaitu 3D Cream DD mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD, Mac lalu.

Beliau juga turut memperkenalkan kurta di bawah jenama Qurta by Sweet Aiman Fashion, Ramadan lalu.

Sweet Aiman Junior Uniform Sekolah

Sweet Aiman Junior telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.

Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Ameer Ali Mydin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Wonder Glow, Datuk Mohd Izal Jamaludin.

Jika kebanyakan selebriti lain lebih fokus mengeluarkan produk seperti tudung, minyak wangi dan sebagainya, Aiman nampak lebih berani mencuba sesuatu yang jelas berbeza tetapi mampu berdaya saing. Lebih-lebih lagi bila kebanyakan peminat beliau masih lagi dibangku sekolah.



Menurut Aiman,

Beliau menyahut cabaran dari Wonder Glow dan mengambil langkah berani untuk mempelbagaikan bidang perniagaan kerana mahu merealisasikan impiannya menjadi usahawan muda berjaya.

Langkah Aiman mempelbagaikan bidang agar sebagai usahawan muda, Aiman perlu lebih berdaya saing dalam meningkatkan keupayaan serta pendapatan.

Bidang keusahawanan merupakan bidang yang luas untuk diterokai dan mampu menjanjikan pulangan yang lumayan.”

Sweet Aiman Junior Uniform Sekolah

Sweet Aiman Junior Uniform Sekolah
Menurut Datuk Mohd Izal Jamaludin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow,

Produk uniform yang merangkumi baju, seluar dan baju kurung ini mula dijual di lapan cawangan Pasaraya Mydin sejak 14 November lalu.

Bagi pengeluaran pertama, 16,000 helai uniform dikeluarkan dengan 2,000 helai diperuntukkan bagi setiap cawangan, iaitu :-

  • Pasaraya Besar Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor
  • Pasaraya Besar Mydin MiTC, Ayer Keroh, Melaka
  • Pasaraya Besar Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Pasaraya Besar Mydin Kubang Kerian, Kelantan
  • Pasaraya Besar Mydin Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor
  • Pasaraya Besar Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak
  • Pasaraya Besar Mydin Gong Badak, Terengganu
  • Emporium Mydin Sinar Kota, Kuala Lumpur

Produk uniform Sweet Aiman Junior dijual pada harga serendah RM21.

Sempena pengenalan produk baharunya itu, Aiman akan mengadakan jelajah mempromosi Sweet Aiman di lapan cawangan Mydin terpilih dan peminat-peminat berpeluang berjumpa serta beramah mesra dengannya.

UPDATE TERKINI [26 Dis 2017] : Baju sekolah jenama Sweet Aiman Junior lalu laris dan dianggarkan berbaki 10 peratus daripada 16,000 yang dikeluarkan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Sweet Aiman Junior, Uniform Sekolah Dari Aiman Tino Kini Dijual di Pasaraya Mydin

  1. wah semakin maju aiman dalam bidang perniagaan. patut dicontohi generasi muda zaman skrg. confirm laku keras ni bro. silap hari bulan kena produce banyak lagi. pandai dia cari target market dia kan.

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *