Sweet Aiman Junior, jenama uniform sekolah dari Aiman Tino melalui kerjasama strategik antara Sweet Aiman dan syarikat kosmetik, Wonder Glow Cosmetics Sdn Bhd (Wonder Glow).
Sekaligus, beliau mencipta sejarah apabila muncul sebagai artis pertama mengeluarkan produk baju uniform sekolah.
Sebelum ini, beliau pernah muncul dengan tiga produk kesihatan dan kecantikan iaitu 3D Cream DD mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD, Mac lalu.
Beliau juga turut memperkenalkan kurta di bawah jenama Qurta by Sweet Aiman Fashion, Ramadan lalu.
Sweet Aiman Junior telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.
Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Ameer Ali Mydin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Wonder Glow, Datuk Mohd Izal Jamaludin.
Jika kebanyakan selebriti lain lebih fokus mengeluarkan produk seperti tudung, minyak wangi dan sebagainya, Aiman nampak lebih berani mencuba sesuatu yang jelas berbeza tetapi mampu berdaya saing. Lebih-lebih lagi bila kebanyakan peminat beliau masih lagi dibangku sekolah.
Menurut Aiman,
Beliau menyahut cabaran dari Wonder Glow dan mengambil langkah berani untuk mempelbagaikan bidang perniagaan kerana mahu merealisasikan impiannya menjadi usahawan muda berjaya.
“Langkah Aiman mempelbagaikan bidang agar sebagai usahawan muda, Aiman perlu lebih berdaya saing dalam meningkatkan keupayaan serta pendapatan.
Bidang keusahawanan merupakan bidang yang luas untuk diterokai dan mampu menjanjikan pulangan yang lumayan.”
Menurut Datuk Mohd Izal Jamaludin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow,
Produk uniform yang merangkumi baju, seluar dan baju kurung ini mula dijual di lapan cawangan Pasaraya Mydin sejak 14 November lalu.
Bagi pengeluaran pertama, 16,000 helai uniform dikeluarkan dengan 2,000 helai diperuntukkan bagi setiap cawangan, iaitu :-
- Pasaraya Besar Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor
- Pasaraya Besar Mydin MiTC, Ayer Keroh, Melaka
- Pasaraya Besar Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Pasaraya Besar Mydin Kubang Kerian, Kelantan
- Pasaraya Besar Mydin Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor
- Pasaraya Besar Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak
- Pasaraya Besar Mydin Gong Badak, Terengganu
- Emporium Mydin Sinar Kota, Kuala Lumpur
Produk uniform Sweet Aiman Junior dijual pada harga serendah RM21.
Sempena pengenalan produk baharunya itu, Aiman akan mengadakan jelajah mempromosi Sweet Aiman di lapan cawangan Mydin terpilih dan peminat-peminat berpeluang berjumpa serta beramah mesra dengannya.
UPDATE TERKINI [26 Dis 2017] : Baju sekolah jenama Sweet Aiman Junior lalu laris dan dianggarkan berbaki 10 peratus daripada 16,000 yang dikeluarkan.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
ala.. kenapa kuantan takde..
Doakan dorang buka Mydin dekat sana nanti ;)
Bagus Aiman Tino ni kecil kecil dah pandai berbisnes mesti duit dia kepok kepok kan, ugh apa pun suka pakaian dari Mydin
Wahhh bijaknya Aiman Tino! Dia memang menjadi idola pada kebanyakan pelajar sekolah dan sekarang sudah ada uniform. Memang besar pengaruhnya!
Wahhh… Baju sekolah AIman Tino pulak. Boleh lah try cari nanti.
Anak kecik lagi la bro..blh mtk belikan dekat anak sedara la ni hehe
wah semakin maju aiman dalam bidang perniagaan. patut dicontohi generasi muda zaman skrg. confirm laku keras ni bro. silap hari bulan kena produce banyak lagi. pandai dia cari target market dia kan.
dari segi harga tu nampak macam berbaloi…nanti nak terjah tengok kualiti pulak…bagus betul Aiman Junior ni…
Ya Allah, bagusnya Aiman Tino ni punya bisnes mind set. Muda-muda dah buat banyak bisnes sebab mesti dia tau nyanyi tak lama pun
Wah aiman tino pun dah buka business uniform sekolah. Idea lain dari yang lain. Bijaknya.
seronok budak2 sekarang ni dapat pakai baju macam Aiman Tino pakai hehehe bergaya lepas ni dengan baju baru …..
bijaklah si aiman tino ni amik peluang dalam berbisnes. tak terlintas lak nak buat bisnes jual baju sekolah kan
Best gak… dan I betul kagum dengan Aiman Tino.. muda muda dah banyak business…
Can share with my friends that has children that started primary school. New resources to the parents
Bagus. Memuda dah meniaga. Masa ada nama elok buat perniagaan dan pelaburan untuk masa depan kan.
Wahhh mcm2 busines si aiman ni buat kan.
Leh lah jd calon menantu ni..hehehe
Bagusnya aiman Tino ni. Kecik-kecik pandai usaha cari duit sendiri dah.
Bgus budak tino ni…
Kecik2 otak ligat buat brand sendiri sementara tengah dok hot ni..