OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298
OPPO F5 telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada harga RM1,298.

Ia didatangkan dengan paparan skrin penuh 18:9 yang menyokong Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I (A.I. Beauty Recognition Technology) untuk pengalaman selfie yang lebih menarik dan cantik.

F5 dilengkapi dengan kamera depan 20MP f/2.0 dan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I membolehkan anda mengambil selfie sempurna pada bila-bila masa dan di mana juga.

Sekaligus menjadikan F5 sebagai telefon pintar yang sesuai untuk semua pengguna.



Seperti telefon pintar yang terkini, F5 juga untuk memperkenalkan funsgi ‘Facial Unlock’ untuk memudahkan anda membika kekunci telefon dengan segera melalui pengecaman wajah.

OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298

Bagi anda yang gemar selfie,

Pengecaman Kecantikan A.I yang terdapat pada F5 membantu menonjolkan wajah terbaik anda. Ia mampu mencatatkan lebih daripada 200 titik pengiktirafan pada wajah.

Ia juga dapat mengenal tona dan jenis kulit, jantina dan umur subjek untuk membuat penyesuaian menurut pangkalan datanya dan kemudian membuat peningkatan kecantikan yang disesuaikan untuk setiap individu dalam setiap selfie / wefie.

Ini memberikan peningkatan kecantikan pada wajah anda, tidak kira apa eksperesi yang anda pamerkan dan juga sudut muka anda ketika mengambil selfie.

OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298

Ia menyamai keupayaan jurugambar profesional yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan kemahiran teknikal dalam mengambil gambar potret.

Bagi anda sebagai pengguna F5 akan mendapat keupayaan serupa untuk mengambil gambar selfie yang berkualiti tinggi

Kamera OPPO F5

OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298
OPPO F5 mempunyai kamera hadapan 20MP dengan bukaan f/2.0, manakala kamera belakang 16MP dengan bukaan f/1.8.

Berbeza dengan jenama lain yang menawarkan harga yang sama, OPPO F5 mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan kualiti foto yang lebih baik. Ia juga mampu memberikan kesan ‘bokeh’ dan HDR pada gambar yang ingin anda ambil.

Paparan FHD+ Skrin Penuh (Full Screen FHD+)

OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298
OPPO F5 merupakan peranti dengan paparan FHD+ skrin penuh bersaiz 6.0-inci yang pertama dari OPPO.

Sekaligus memberikan pengalaman keseronokan visual kepada pengguna dengan skrin resolusi tinggi 2160 x 1080px dengan nisbah aspek 18:9.

Ini bermakna skrin adalah lebih memanjang untuk paparan lebih sinematik. Sesuai bagi mereka yang gemar menonton video ataupun bermain game pada telefon pintar.

Pra-Tempahan OPPO F5 di Malaysia

OPPO F5 Pasaran Malaysia RM1,298
OPPO F5 didatangkan bersama-sama dengan RAM 4GB + memori 32GB ROM dengan jangka hayat bateri (sebesar 3200 mAh) yang luar biasa dan kemampuan bertahan sehingga 12 jam penggunaannya.

Anda kini boleh didapatkan OPPO F5 melalui pra-tempahan (pre-order) dari 2 November 2017 hingga 10 November 2017 secara online ataupun datang ke kedai konsep OPPO dan rakan niaga rasmi OPPO diseluruh Malaysia.

Anda juga boleh membuat pra-tempahan melalui Celcom dan juga Senheng