March 29, 2024

Neffos X1 Lite – Telefon Pintar Bawah RM500 Yang Berbaloi Untuk Dimiliki

Neffos X1 Lite
Siapa cakap, sukar untuk miliki telefon pintar yang menarik yang dapat memenuhi kehendak peribadi seharian anda pada harga mampu milik yakni dibawah RM500?

Biar betul ada telefon pintar yang memenuhi kateria itu?

Kini, Neffos X1 Lite mampu menjadi jawapannya.

Walaupun harganya dipasaran lebih kurang RM499, kualiti dan kemampuannya masih setanding dengan Neffos X1 yang dijual pada harga RM769 (harga yang ditawarkan pada awal tahun 2017 di Malaysia).



Tidak seperti Neffos X1 yang mempunyai pilihan storan dan memori yang berbeza, Neffos X1 Lite ditawarkan dalam satu versi sahaja iaitu versi 2GB RAM + storan dalaman 16GB (menyokong storan tambahan microSD sehingga 256GB).

Lebih menarik, Neffos X1 Lite antara peranti termurah yang terawal menawarkan sistem operasi Android 7.0 Nougat secara terbina membolehkan Sistem Operasi NFUI (Neffos User Interface) 2.0 berinteraksi lebih lancar pada X1 Lite.

Tidak seperti dengan peranti lain yang berada didalam kelasnya yang masih menawarkan Android 6.0 dan kebawah.

Perbezaan Neffos X1 & X1 Lite

Neffos X1 Lite

Terdapat beberapa perbezaan yang boleh anda dapati pada kedua peranti Neffos X1 & X1 Lite terutamanya pada harga walaupun menawarkan spesifikasi lebih kurang sama.

Dari segi rekaannya pula,

Ia tidak jauh berbeza dengan Neffos X1, bagaimanapun X1 Lite menampakkan rekaan dwi-lengkung pada bahagian belakangnya untuk memudahkan pengguna mendapat gengaman yang kemas ketika menggunakan ia dengan sebelah tangan.

Badannya diperbuat dari plastik menjadikan beratnya hanya sekadar 138g.

X1 Lite dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek MT6750 yang sebenarnya hampir menyamai prestasi yang hadir pada Neffos X1 (menggunakan MediaTek Helio P10).

Bagaimanapun X1 Lite ditawarkan dengan bateri berkapasiti sebesar 2550 mAh berbanding 2250 mAh yang terdapat pada Neffos X1.

Tip Photography Neffos X1 Lite

Neffos X1 Lite turut mengekalkan saiz skrin yang sama seperti Neffos X1 melalui skrin bersaiz 5-inci pada resolusi 1280 x 720p.

Penggunaan panel full in-cell IPS LCD pada skrin peranti ini amat membantu dalam memberikan paparan skrin yang terang, disamping memberi sudut pandangan yang lebih lebar untuk dilihat dari sudut berlainan.

Kemampuan Kamera Pada Neffos X1 Lite

Neffos X1 Lite
Salah satu keistimewaan yang terdapat pada Neffos X1 Lite adalah fungsi PDAF (phase-detection auto-focus) dengan kepantasan 0.2 untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana detik penting ketika mengambil gambar.

Kamera utamanya didatangkan dengan sensor 13MP f/2.0 dengan sokongan PDAF dan dual-tone LED flash.

Manakala kamera hadapan 5MP dengan sokongan lensa sudut lebar 84-darjah bagi memudahkan anda mengambil selfie beramai-ramai.

Ia turut menyokong rakaman 1080px pada kelajuan 30fps berbanding kebanyakan peranti sekelasnya yang hanya menawarkan rakaman selfie 720p. Digandingkan pula dengan fungsi Beautify Mode yang boleh diselaraskan.

Tip Photography Neffoa X1 Lite

Nampak seperti keupayaan kameranya hampir serupa seperti Neffos X1, tetapi ia tidak dilengkapi dengan penggunaan sensor Sony IMX untuk menjadikan ia setaraf dengan harga yang ditawarkan.

Baca : Tip Fotografi Menggunakan Telefon Pintar Neffos X1 Lite

Bagaimanapun, ia masih mempunyai sensor pada bahagian belakang untuk menyokong rakaman 1080px pada kelajuan 30fps bersama sokongan slow-motion dan time-lapse bagi tujuan merakam video.

Jom tengok beberapa gambar yang Bro ambil menggunakan kamera pada Neffos X1 Lite.

Gambar Diambil Menggunakan Neffos X1 Lite

Gambar Diambil Menggunakan Neffos X1 Lite

Gambar Diambil Menggunakan Neffos X1 Lite

Kini lebih ramai pengguna mencari telefon pintar pada harga mampu milik terutamanya dibawah harga RM500 untuk dijadikan peranti kedua ataupun peranti khas untuk menguruskan urusan bisnes melalui sosial media.

Lambakan peranti yang berada dipasaran membuatkan ramai pengguna tidak tahu mana yang terbaik untuk mereka miliki.

Namun dengan kehadiran pengimbas cap jari yang lebih pantas (0.2 saat), sistem operasi Android 7.0 yang lebih terkini, dan perlindungan waranti selama dua tahun, ia memberi kelebihan kepada Neffos X1 Lite.

Sekaligus X1 Lite boleh dijadikan peranti utama menemani kehidupan sehari anda ;)

Giveaway Telefon Pintar Neffos Bro Framestone

Apa-apa pun, Bro kini sedang mengadakan Giveaway Neffos X1 Lite buat pembaca blog Bro Framestone dengan kerjasama Neffos Malaysia.

Mudah sahaja, hanya perlu like, share dan komen sahaja.

Bro menantikan penyertaan dari anda.

Diskaun Pembelian Telefon Pintar Neffos X-Series Buat Pembaca Blog Bro Framestone

Giveaway Neffos Malaysia X Bro Framestone
Kalau rasa tak sabar sangat untuk memiliki Neffos X1 Lite, anda boleh terus membelinya secara online di Shopee – https://goo.gl/6KDvGN dan sertakan promo kod ini “ILOVENEFFOS” untuk menikmati diskaun sebanyak 10%.

Untuk melayari Neffos X-series yang lain pula seperti X1 dan X1 Max, anda juga boleh menggunakan promo kod yang sama iaitu “ILOVENEFFOS” melalui link ini: https://goo.gl/He1LBh untuk menikmati diskaun 10% juga.

Disertakan senarai produk yang boleh anda miliki melalui tawaran istimewa ini:

Giveaway Neffos Malaysia X Bro Framestone
Dah ada yang berkenan? Terus buat pembelian melalui link yang diberikan di atas.

Untuk panduan membeli, sila rujuk pada gambar rajah ini (Pastikan anda mengikuti step yang dinyatakan, supaya anda tidak terlepas nikmatinya pada harga diskaun):

Diskaun Pembelian Neffos di Shopee

Tawaran ini sah sehingga 30 November 2017.

Hanya untuk 30 pembelian pertama. Apa lagi, dapatkan Neffos X1 Lite, X1 & X1 Max sekarang…!!

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Neffos X1 Lite – Telefon Pintar Bawah RM500 Yang Berbaloi Untuk Dimiliki

  1. Best ni. Kinah pun tengah mencari phone baru yang ada sekarang ni tengah buat hal. Kena ada sebiji ni bro. Gambar dia pun setanding dengan phone mahal.

Leave a Reply to Cik Ash Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *